
Lagu Peperangan Igor[1] (Slavik Timur Kuno: Слово о пълкѹ Игоревѣ, rumi: Slovo o pŭlku Igorevě Слово о пълкѹ Игоревѣ) ialah puisi epik atau kumpulan lagu oleh penulis awanama. Bahasa yang dipakai ialah bahasa Slavik Tua.
Puisi itu menceritakan tentang pencerobohan gagal yang dilakukan Igor Svyatoslavich (maut 1202) terhadap bangsa yang mereka sebut Polovtsians di pedalaman Cumania. Beberapa ahli sejarah mengatakan bahawa lagu/puisi ini palsu dan ditulis dua abad selepasnya pada masa naiknya pengaruh Republik Novgorod. Mereka berpendapat tidak mungkin Pengiran Igor meluahkan tentang kekalahannya sendiri dan memuji Konchak.
Lagu Peperangan Igor diadaptasi oleh Alexander Borodin sebagai opera dan menjadi salah satu teater klasik Rusia paling laris.
Isi cerita
Puisi menceritakan secara panjang penyerangan yang dilakukan pada 1185 oleh Pengiran Igor Svyatoslavich dari Novgorod-Seversk, di pedalaman Cumania. Watak lain Rus' juga disebut seperti Viceroy Boyan, pengiran Vseslav dari Polotsk, Yaroslav Osmomysl dari Halych dan Vsevolod si Mulut Besar. Dalam inti cerita ini, penulis awanama mengajak secara halus untuk menguatkan persekutuan sesama wilayah bangsa Rus' dalam menghadapi serangan orang-orang Turkik di timur. Kempen Igor juga direkodkan dalam Kronik Rus (s. 1300).
Kronik ini juga menceritakan Yaroslavna, yang diam-diam merupakan seorang pagan. Tidak peduli apa agama orang Rus, Rus harus bersatu.
Debat dan kontroversi
Menurut pandangan majoriti sejarahwan awal abad ke-20, puisi pertama ditulis pada abad ke-13 dan mungkin kebanyakan isinya sengaja ditambah oleh penulis seiring masa dari era Romanticist. Beberapa bahkan menuliskan thesis bahawa puisi-puisi di dalamnya semuanya palsu. Mereka menuduh bahawa penulisnya ialah seseorang dari akhir abad ke-18. Pada 1951, sejarahwan menemukan sebuah parchment yang berisi bahasa Kiev Rus lama di dalam sebuah pohon. Isi bahasa dari manuskrip itu sama dengan yang dituliskan di dalam Lagu Peperangan Igor.
Beberapa sejarahwan yang membuat thesis kepalsuan antara lain: Mazon menyebut ada banyak kata-kata Gallicisms di dalam teks; beberapa (Trost, Haendler) menyebut pengaruh Germanisme, yang lain (Edward L. Keenan) menyebutkan adanya pengaruh Bohemisme. Aleksandr Zimin, salah satu daripada sejarahwan menulis dan menuduh Josef Dobrovsky, penulis dari Czech/Hungary abad ke-18 ialah penulis sebenar.

Meski manuskrip lama dengan bahasa Slav kuno telah ditemukan, banyak dari sejarahwan yang ragu dengan Lagu Peperangan Igor. Salah satu teori yang paling kuat ialah penulis kumpulan ini dan Zadonschina, ialah orang yang sama yang dipekerjakan Dmitri Donskoi selepas Pertempuran Kulikovo. Kedua puisi memang ditulis dengan dua bahasa yang berbeza, tetapi sangat banyak kemiripannya.
Pada 1975, Olzhas Suleimenov seorang sejarahwan Kazakhstan menyebut dalam bukunya Az i Ya, bahawa puisi ini ditulis pada abad ke-15 bukan abad ke-11. Edward L. Keenan yang membela pendapat sejarahwan Soviet Zimin, menuliskan dalam rencananya, "Was Iaroslav of Halych really shooting sultans in 1185?" Dia menuliskan dalam buku Josef Dobrovsky and the Origins of the Igor's Tale (2003), kisah Igor yang mempermalukan dirinya sendiri ialah tulisan Josef Dobrovský.
Rujukan
- ^ Katchanovski, Ivan; Kohut, Zenon E.; Nesebio, Bohdan Y.; Yurkevich, Myroslav (2013). Historical Dictionary of Ukraine. Lanham, Maryland; Toronto; Plymouth: Scarecrow Press. m/s. 197. ISBN 9780810878471. Dicapai pada 22 January 2023.