Laluan Persekutuan 1 atau Jalan Persekutuan 1 merupakan laluan persekutuan pertama di Malaysia, serta merupakan jalan persekutuan tertua di Malaysia, di samping antara jalan raya awam yang terawal dibina di Malaysia.[1] Laluan Persekutuan 1 menjadi tulang belakang kepada sistem rangkaian jalan raya di bahagian pantai barat Semenanjung Malaysia sebelum diambil alih oleh Lebuhraya Utara-Selatan (E1 dan E2).
Latar belakang laluan


Jalan Persekutuan 1 merupakan salah satu daripada tiga laluan persekutuan tulang belakang utara-selatan di Semenanjung Malaysia; dua lagi laluan lain ialah Jalan Persekutuan 3 dan 5.[4] Kilometer Sifar bagi Jalan Persekutuan 1 terletak di Sempadan Malaysia-Singapura di Tambak Johor. Pada kilometer pertamanya di bandar raya Johor Bahru, ia dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 3, jalan raya utama bagi pantai timur Semenanjung Malaysia. Seterusnya di Kilometer 19 di Skudai, laluan ini dihubungkan dengan Jalan Persekutuan 5 yang merupakan jalan raya utama di sebelah pantai barat Semenanjung Malaysia.[5]
Jalan Persekutuan 1 merupakan jalan raya tulang belakang utama di pedalaman Semenanjung Malaysia tetapi melalui negeri-negeri pantai barat. Dari Tampin ke Sungai Siput, jalan FT1 menyelusuri sepanjang kaki bukit Banjaran Titiwangsa. Jalan FT1 bersilang dengan Jalan Persekutuan 2 di Kuala Lumpur sebelum bersilang dengan satu lagi penghujung Jalan Persekutuan 5 di Ipoh. Di Sungai Siput, Perak, laluan ini mengubah haluannya menjadi laluan timur-barat, dan seterusnya berubah menjadi jalan raya pantai barat utama, bermula dari Changkat Jering, Perak sehingga ke Alor Setar, Kedah.[5] Laluan ini ditemukan dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 di Jitra, Kedah dan seterusnya jajaran Lebuhraya Utara-Selatan dari Jitra sehingga ke Bukit Kayu Hitam merupakan sebahagian daripada Jalan Persekutuan 1.[3][6][4]
Terdapat 92 buah nama jalan yang dikaitkan dengan Jalan Persekutuan 1 di sepanjang laluannya.[7] Tambahan pula, adalah dianggarkan bahawa lebih sejuta rakyat Malaysia bergantung kepada pengguna Jalan Persekutuan 1 sebagai sumber ekonomi utama mereka.[3]
Sejarah
Jalan Persekutuan 1 dipercayai sebagai jalan raya awam terawal yang dibina di Malaysia. Pembinaannya bermula pada tahun 1880 atas titah perintah Sultan Kedah pada masa itu, Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah, bagi menghubungkan antara Alor Setar, Kedah dengan Songkhla, Thailand.[1] Kini, jalan raya tersebut juga membentuk sebahagian daripada jajaran Jalan Phetkasem (Laluan Kebangsaan Thailand 4), Laluan 407 dan 414 di Thailand.[3]
Jalan raya ini menjadi semakin penting, memandangkan ia menghubungkan sebahagian besar ibu negeri di sebelah pantai barat (kecuali Perlis dan Melaka), dan hasilnya, banyak pekan dan kampung yang dibuka dan berkembang di sepanjang laluannya. Fasa-fasa seterusnya dibina sebahagian besarnya oleh kerajaan penjajah British sebagai pendekatan untuk menyediakan satu rangkaian pengangkutan yang cekap untuk mengeksploitasi sumber ekonomi Tanah Melayu.[3] Bahagian kedua yang disiapkan ialah jajaran Perai-Ipoh, dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1897. Pada tahun 1915, jajaran Kuala Lumpur-Ipoh dan Johor Bahru-Kulai pula siap.[2] In Pada tahun 1924, Tambak Johor siap dibina, menghubungkan antara Johor Bahru dengan Singapura.[8][9][10][11][12][13][14] Jajaran seterusnya yang disiapkan ialah jajaran Butterworth-Alor Setar dan Kulai-Yong Peng, kedua-duanya dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1928. Keseluruhan jalan akhirnya berjaya dilengkapkan pada tahun 1939 setelah siapnya jajaran terakhir yang menghubungkan antara Yong Peng dengan Tampin pada tahun 1939. [2][3]
Semasa Perang Dunia Kedua, Jalan Persekutuan 1 mengalami kerosakan teruk susulan kempen penjajahan Jepun di Tanah Melayu. Semasa kempen tersebut, dianggarkan lebih 100 buah jambatan diletupkan oleh Kor Jurutera Diraja British untuk mengekang kemaraan tentera Jepun ke selatan. Antara jambatan terkenal yang diletupkan ialah Jambatan Sungai Kelamah (juga dikenali sebagai Jambatan Gemencheh), Jambatan Gemas dan Jambatan Buloh Kasap - ketiga-tiganya terletak di Jalan Persekutuan 1 - susulan Pertempuran Jambatan Gemencheh yang meragut nyawa lebih 1,000 orang anggota Tentera Empayar Jepun.[15] Setelah Perang Dunia Kedua tamat, jalan FT1 dipulihkan semula dan jambatan yang rosak telah dibina semula.[3]
Telah banyak pembaharuan yang diimplementasikan terhadap Jalan Persekutuan 1 sejak kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957 dan seterusnya pembentukan Malaysia pada tahun 1963. Antara pembaharuan terawal semasa zaman pasca kemerdekaan Tanah Melayu ialah pembinaan Jambatan Merdeka di sempadan negeri Pulau Pinang-Kedah. Ia dibina bagi menggantikan jambatan lama yang musnah pada tahun 1942 semasa Perang Dunia Kedua. Jambatan tersebut mendapat namanya kerana dibuka kepada pengguna jalan raya pada tahun kemerdekaan Tanah Melayu.[6]
Pada tahun 1966, Lebuhraya Tanjung Malim – Slim River FT1 dibuka kepada lalu lintas, yang merupakan jalan raya tol terawal di Malaysia.[16] Lebuh raya dua lorong tersebut memintas jajaran lama antara Slim River dengan Tanjung Malim, yang seterusnya diturun taraf menjadi Jalan Negeri Perak A121 dan Jalan Persekutuan 193[17][5]
Penambahbaikan laluan FT1 turut dilaksanakan di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, bagi menambah baik rangkaian jalan raya di kawasan bandar raya. Ketiadaan perancangan jalan raya yang teratur dipersalahkan sebagai penyebab kesesakan teruk di bandar raya. Pada masa itu, laluan FT1 dalam Kuala Lumpur terdiri daripada Jalan Cheras, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak (sebelum ini dikenali sebagai Java Street dan kemudian Mountbatten Road), Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Ipoh (kedua-duanya dikenali sebagai Batu Road).[18] Di bawah syor oleh Laporan Reviu Lembah Klang 1979, jajaran FT1 di Kuala Lumpur dilalukan semuka ke satu sistem jalan raya baharu yang terdiri daripada Jalan Loke Yew, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu dan Jalan Kuching bagi tujuan penyuraian trafik di samping bagi menyediakan kesinambungan laluan FT1 yang berterusan di Kuala Lumpur.[19] Salah satu daripada komponen sistem jalan raya baharu tersebut ialah jejambat Jalan Kinabalu, yang dibuka pada 15 Mac 1963.[20]
Pembangunan jajaran FT1 yang paling kontroversi di Kuala Lumpur ialah kutipan tol di Jalan Kuching FT1. Tempoh konsesi sembilan tahun bagi kutipan tol Jalan Kuching FT1 diberikan kepada Kamunting Corporation Berhad, ditandatangani pada 15 April 1985. Dalam perjanjian asal konsesi, Kamunting Corporation Berhad perlu membina sebuah persimpangan bertingkat di Bulatan Kepong serta menaiktaraf Jalan Kepong FT54, sebagai balasan kepada hak mengutip tol selama sembilan tahun bermula tahun 1987 sehingga tahun 1996. Namun, pada tahun 1987, perjanjian konsesi tersebut dipinda, dan Kamunting Corporation Berhad diminta untuk menambah dua lagi lorong di sepanjang Jalan Kuching FT1 daripada empat lorong sedia ada, mengakibatkan pelanjutan tempoh konsesi tol selama 7 tahun yang berakhir pada tahun 2003.[21] Kutipan tol di Jalan Kuching FT1 telah membangkitkan kemarahan di kalangan pengguna jalan raya di Kuala Lumpur, dan beberapa siri tunjuk perasaan diadakan bagi mendesak kerajaan menamatkan kutipan tol di situ.[22][21] Kutipan tol Jalan Kuching FT1 akhirnya dimansuhkan pada 8 Januari 2003.[23]
Pada tahun 1977, kerajaan bercadang untuk membina sebuah lebuh raya kembar utara-selatan baharu sebagai alternatif bagi Jalan Persekutuan 1, yang kini dikenali sebagai Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2.[24] Cadangan untuk membina lebuh raya tersebut dibangkitkan susulan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Persekutuan 1.[25] Disebabkan projek tersebut bakal memakan belanja yang sangat besar, maka lebuh raya tersebut dirancang untuk diswastakan pembinaannya serta dikenakan tol, tetapi tiada satu pun syarikat pembinaan yang dijemput oleh kerajaan mahu melakukan kerja tersebut disebabkan ketidaktentuan ekonomi pada masa itu, menyebabkan rancangan tersebut tidak dapat dilaksanakan.[24][25] Hanya setelah Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri barulah projek Lebuhraya Utara-Selatan dihidupkan semula. Projek Lebuhraya Utara-Selatan dilancarkan pada tahun 1981,[24] yang mana jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam dibina sebagai naik taraf Jalan Persekutuan 1 sedia ada kepada jalan raya kembar dengan kawalan masuk separa dan persimpangan searas.[25] Pada masa itu, pembinaan Lebuhraya Kuala Lumpur–Seremban E2 masih berlangsung, maka lebuh raya tersebut membentuk laluan perintis bagi jajaran selatan. Tidak seperti jajaran lain di Lebuhraya Utara-Selatan, jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam tidak mematuhi piawaian lebuh raya ekspres capaian terkawal yang telah ditetapkan dalam Arahan Teknik 8/86: A Guide on Geometric Design of Roads yang diterbitkan oleh Jabatan Kerja Raya Malaysia (JKR) pada tahun 1986, menyebabkan jajaran tersebut diterapkan mengikut dasar klausa datuk sebagai sebahagian jajaran Lebuhraya Utara-Selatan E1.[25] Setelah Lebuhraya Utara-Selatan siap sepenuhnya pada tahun 1994, lebuh raya ekspres tersebut mengambil alih peranan Jalan Persekutuan 1 sebagai laluan tulang belakang utama di Semenanjung Malaysia.[26]
Selain daripada jajaran Jitra-Bukit Kayu Hitam yang telah dinaiktaraf sebagai sebahagian jajaran Lebuhraya Utara-Selatan E1, terdapat beberapa lagi jajaran jalan FT1 yang dinaiktaraf menjadi jalan raya tol dan lebuh raya capaian terkawal. Misalnya, Lebuhraya Skudai FT1 siap pada November 1985 sebagai lebuh raya kembar bertol sehingga 1 Mac 2004.[27] Sementara itu, Jalan Cheras-Kajang FT1 telah dinaiktaraf daripada jalan raya 2 lorong lama kepada lebuh raya capaian terkawal 8 lorong yang dikenali sebagai Lebuhraya Cheras-Kajang E7/FT1. Lebuh raya tersebut dibuka kepada lalu lintas pada 15 Januari 1999.[28]
Sebahagian besar jajaran jalan ini masih digunakan sehingga sekarang, sungguhpun pada September 2009, sebahagian jalan FT1 di utara Ipoh ditutup sementara bagi membolehkan kerja-kerja pembinaan landasan berkembar elektrik dari Ipoh ke Padang Besar.
Projek meluruskan jajaran selekoh Batu 24 antara Kelapa Sawit dan Kulai telah bermula sejak Oktober 2017, dan siap pada hujung tahun 2023..[29][30][31]
Fakta menarik
- Laluan Persekutuan 1 adalah laluan persekutuan tertua dan terpanjang di Semenanjung Malaysia.
- Laluan Persekutuan 1 menjadi laluan utama bagi Tentera Empayar Jepun dari Singgora (kini Songkhla) ke Singapura semasa Penjajahan Jepun di Tanah Melayu antara tahun 1941 dan 1942.
- Terdapat banyak bekas kubu zaman Perang Dunia Kedua di kawasan sawah padi berhampiran Alor Setar, boleh dilihat dari Laluan Persekutuan 1.
Senarai persimpangan (Utara - Selatan)
Petunjuk:
- I/C - Persimpangan, I/S - Persilangan, RSA - Kawasan rehat dan rawat, OBR - Restoran jejantas, L/B - hentian sebelah, V/P - titik vista, TN - terowong, T/P - plaza tol, BR - jambatan
Negeri | Daerah | Subdaerah | km | Susur keluar | Pertukaran/Simpang | Destinasi | Catatan |
---|---|---|---|---|---|---|---|
![]() |
Kota Setar | Bukit Kayu Hitam-Jitra | lihat juga ![]() ![]() ![]() | ||||
Jitra | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jitra-Alor Setar | lihat juga Lebuhraya Darul Aman | ||||||
Alor Setar | |||||||
Alor Setar-Alor Setar Selatan | lihat juga Lebuhraya Sultan Abdul Halim | ||||||
Alor Setar Selatan | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Simpang Empat | ![]() |
Simpang empat | |||||
Kota Sarang Semut | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Yan | Padang Lumat | ||||||
Madrasah Taufiqiah Khairiah Al-Halimiah (Pondok Pak Ya) | |||||||
BR | Jambatan Sungai Padang Terap | ||||||
Guar Chempedak | |||||||
Guar Chempedak | ![]() |
Simpang empat | |||||
Guar Chempedak | |||||||
Jalan Gunung Jerai | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kuala Muda | Gurun | ||||||
Gurun | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Gurun | |||||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Bedong | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Sungai Lalang | |||||||
Sungai Petani Utara-NSE | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Lencongan Timur | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Taman Lagenda Indah | |||||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Sungai Petani | ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Sungai Petani Selatan-NSE | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Lencongan Timur | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Tikam Batu | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Sempadan negeri Kedah-Pulau Pinang | BR | Jambatan Sungai Muda Jambatan Merdeka | |||||
![]() |
Seberang Perai Utara | Kampung Bumbung | |||||
Permatang Tiga Ringgit | |||||||
Lahar Ikan Mati | |||||||
Kepala Batas | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Simpang Empat Permatang Sintok | ![]() |
Simpang empat | |||||
Titi Mukim | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Bagan Tambang | |||||||
Bagan Ajam | Bagan Lalang Sungai Puyu | ||||||
Jalan Heng Choon Tian | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() Jalan Terminal Feri – Pangkalan Kontena Butterworth Utara, Bagan Ajam, Terminal feri |
||||||
Butterworth | ![]() |
Pertukaran | |||||
Jalan Bagan 1 | Telaga Air Jalan Mak Mandin | ||||||
Sempadan daerah Seberang Perai Utara-Seberang Perai Tengah | BR | Jambatan Sungai Perai | |||||
Seberang Perai Tengah | |||||||
Perai | Taman Perai Jaya | ||||||
Butterworth–Juru | lihat juga Lebuhraya Butterworth–Juru | ||||||
Bukit Minyak & Kawasan Perindustrian | Bukit Tambun, Batu Kawan (Selatan) | Persimpangan T | |||||
Permatang Tinggi | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Sempadan daerah Seberang Perai Tengah-Seberang Perai Selatan | BR | Jambatan Sungai Junjong | |||||
Seberang Perai Selatan | Simpang Empat | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | ||||
Taman Simpang Ampat & Bukit Tambun | Bukit Tambun, Batu Kawan | Persimpangan T | |||||
Kampung Paboi | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Val d'Or | |||||||
Kampung Gurun | |||||||
Sungai Bakap | |||||||
Jawi | |||||||
Jawi-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Nibong Tebal | |||||||
BR | Jambatan Sungai Kerian | ||||||
Telok Ipil | |||||||
Sempadan negeri Pulau Pinang-Perak | BR | Jambatan Parit Sempadan Parit Buntar | |||||
![]() |
Kerian | Parit Buntar | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||
Parit Buntar | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Simpang Lima | ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kampung Sungai Bongak | |||||||
Bagan Serai | |||||||
Bagan Serai | ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kampung Alor Senggut | |||||||
Kampung Masjid Tinggi | |||||||
Kampung Teluk Medan | |||||||
BR | Jambatan Sungai Kurau | ||||||
Sungai Gedong | |||||||
Jalan Gula-Jalan Semanggol | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Sempadan daerah Kerian-Larut, Matang dan Selama | BR | Jambatan Sungai Sepetang | |||||
Larut, Matang dan Selama | Kampung Dew | ||||||
Taiping (Utara) | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kampung Air Putih | |||||||
BR | Jambatan Sungai Jebong | ||||||
BR | Jambatan Sungai Bukit Teguh | ||||||
Taman Bukit Jaya | |||||||
Taiping Simpang |
![]() |
Simpang empat | |||||
Changkat Jering | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Paya | |||||||
Jalan Sungai Bukit Gantang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Bukit Gantang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Sungai Serai | |||||||
Kampung Pauh | |||||||
Kampung Pasir Besar | |||||||
Bukit Berapit | |||||||
Sungai Bukit Gantang | |||||||
Kuala Kangsar | Padang Rengas | ![]() |
Persimpangan T | ||||
Kampung Padang Asam | |||||||
Kampung Binjai | |||||||
Kampung Dendang Kering | |||||||
Kampung Kuala Dal | |||||||
Kuala Kangsar (Barat) | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
Pintu Gerbang Kuala Kangsar | |||||||
Jalan Tun Razak | Jalan Tun Razak – Stesen keretapi Kuala Kangsar | Persimpangan T | |||||
Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) | |||||||
Kuala Kangsar Menara jam Kuala Kangsar |
![]() ![]() |
Bulatan | |||||
Kuala Kangsar | Medan Selera Kuala Kangsar Tepian Sungai Perak |
Persimpangan T | |||||
I/S | Kuala Kangsar Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah |
Jalan Tun Razak – Stesen keretapi Kuala Kangsar Jambatan Sultan Abdul Jalil Shah – Sayong, Manong, Parit, Bandar Kraf Labu Sayong |
Simpang empat | ||||
Kampung Banjir | |||||||
Kampung Parit | |||||||
Kampung Masjid | |||||||
Kampung Kota Lama Kiri | Kampung Kota Lama Kiri, Kampung Bendang Susur | Persimpangan T | |||||
Kampung Kledang | |||||||
Jalan Sungai Temong | ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Perak Jambatan Iskandriah |
||||||
Jalan Sayong | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Karai | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Salak Baharu | |||||||
Jalan Kampung Kangsar | |||||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Jalan Lintang Barat | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Lintang Timur | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Sungai Siput | |||||||
SMJK Shing Chung | |||||||
Taman Tun Sambanthan | |||||||
Kinta | Kanthan | ||||||
Chemor | ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Jalan Tasek | Jalan Tasek – Bercham | Persimpangan T | |||||
Ipoh Utara-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
Bukit Cheroh | Bukit Cheroh, Bukit Lang | Persimpangan T | |||||
Ipoh Jalan Kelab |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Ipoh | Stesen Keretapi Ipoh | ||||||
Ipoh Bulatan Sultan Yussuf |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Bulatan | |||||
Istana Kinta | |||||||
Ipoh Taman Gopeng |
Jalan Sultan Azlan Shah Selatan (Jalan President Kennedy) – Taman Cerilex, Pasir Puteh Jalan Sultan Azlan Shah – Tambun, Sungai Siput, Tanjung Rambutan ![]() ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
Jalan Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Simpang Pulai | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Simpang Pulai-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Batu Gajah | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampar | Gopeng | ||||||
Balai Bomba dan Penyelamat Gopeng | |||||||
Masjid Jamek Baru Gopeng | |||||||
Saluran paip Gopeng Bersejarah | Tapak sejarah | ||||||
Gopeng | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Gopeng | |||||||
Gopeng-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jeram | |||||||
Kampung Kuala Dipang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Chenderiang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampar | |||||||
Kampar | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampar | |||||||
Batang Padang | Tapah | Temoh | ![]() |
Persimpangan T | |||
Kampung Pasir | |||||||
Jalan Sungai Chenderiang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Baharu Ladang Banir | |||||||
Jalan Chenderiang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Cherok | ||||||
Tapah | ![]() ![]() ![]() ![]() Ipoh |
Simpang empat | |||||
BR | Jambatan Sungai Batang Padang | ||||||
Tapah | ![]() |
Simpang empat | |||||
Kampung Bukit Pagar | |||||||
Bidor | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
BR | Jambatan Sungai Bidor | ||||||
Pintasan Bidor | ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kampung Baharu Pekan Pasir | |||||||
Kampung Bikam | |||||||
Taman Permai Jaya | Taman Permai Jaya, ![]() |
T-junctions | |||||
Sungkai | ![]() |
Persimpagan T | |||||
Sungkai | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Buloh Telor | |||||||
BR | Jambatan Sungai Sungkai | ||||||
Sungkai-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Pekan Sungkai | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Pekan Lama | |||||||
Kampung Gajah | |||||||
Jalan Sungai Klah | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kandang Rusa Sungkai | |||||||
Muallim | FELDA Terolak | ||||||
Kampung Terolak | |||||||
Terolak | |||||||
Jalan FELDA Besout | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Batu Ampat | |||||||
Slim River-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Sempadan negeri Perak–Selangor | Slim River–Persimpangan Tanjung Malim | lihat juga Lebuhraya Tanjung Malim-Slim River | |||||
![]() |
Hulu Selangor | Kampung Keliang | |||||
BR | Jambatan Sungai Keliang | ||||||
Kalumpang | |||||||
BR | Jambatan Sungai Keliang | ||||||
Taman Tempua Bestari | |||||||
Kampung Gumut | |||||||
Kampung Air Panas | |||||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Kerling | |||||||
BR | Jambatan Sungai Keliang | ||||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Jalan Kampung Kuala Kubu | |||||||
Kampung Kuala Paya | |||||||
Kuala Kubu Bharu | Jalan Stesen Keretapi – ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kawasan Perindustrian Rasa | |||||||
BR | Jambatan Sungai Selangor | ||||||
Ampang Pechah | ![]() Ampang Pechah, uala Kubu Bharu ![]() |
Persimpangan T | |||||
Rasa | ![]() |
||||||
Batang Kali | Jalan Stesen – ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Ulu Yam | ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Serendah Golf Resort | |||||||
Serendah | ![]() |
||||||
Pintasan Rawang | ![]() |
Persimpangan trumpet | |||||
Sungai Choh | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Gombak | Rawang | ||||||
Sempadan Selangor-Kuala Lunpur | Rawang–Kuala Lumpur | lihat juga Lebuhraya Kuala Lumpur-Rawang | |||||
![]() |
Kuala Lumpur | ||||||
Sempadan Kuala Lumpur-Selangor | Kuala Lumpur–Cheras | lihat juga Jalan Cheras | |||||
![]() |
Hulu Langat | Cheras–Kajang | lihat juga ![]() ![]() | ||||
Kampung Bukit Dukung | |||||||
Kajang-CKE | ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
P&R Stesen MRT Sungai Jernih | P&R Stesen MRT Sungai Jernih 9 | ||||||
BR | Jambatan Sungai Jernih | ||||||
Kajang | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kajang Prima-SILK | ![]() ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
Kajang Selatan-LEKAS | ![]() ![]() |
Pertukaran | |||||
Semenyih | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Semenyih | ||||||
Semenyih | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Beranang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
![]() |
Seremban | Ulu Beranang | |||||
Jalan Nilai-Pajam | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Mantin-LEKAS | ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Lenggeng | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Belihoi | |||||||
Kampung Raya | |||||||
Kawasan Industri Ringan Jalan Tun Dr Ismail | |||||||
Setul-LEKAS | ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Taman Kota Emas | |||||||
Bukit Mika | |||||||
Taman Dawn | |||||||
Jalan Mantin-SIRR | Jalan Lingkaran Dalam Seremban – Sikamat, Kuala Klawang (Jelebu), Kuala Pilah, Senawang | Persimpangan | |||||
Taman Bukit Markisa | |||||||
Taman Suria | |||||||
Permulaan/Penamatan Jalan raya kembar | |||||||
Seremban Masjid Lama Seremban |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Seremban Jalan Sungai Ujong |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Seremban | Stesen Keretapi Seremban ![]() ![]() |
Bulatan | |||||
Seremban Jalan Rasah |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Seremban Jalan Dato' Muda Linggi |
![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Linggi | ||||||
Rahang-SIRR | Jalan Lingkaran Dalam Seremban – Labu, Nilai, Port Dickson, Kuala Pilah, Kuala Klawang (Jelebu), Mantin![]() ![]() ![]() |
Pertukaran Persimpangan | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Taman Ideal | Taman Ideal | Persimpangan T | |||||
Kampung Baru Rahang | |||||||
Senawang | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Pertukaran persimpangan | |||||
Jalan Sungai Gadut-Rantau | ![]() |
Persimpangan T | |||||
P&R Stesen Komuter Sungai Gadut | Stesen Komuter Sungai Gadut ![]() ![]() |
Persimpangan trompet | |||||
BR | Jambatan Sungai Gadut | ||||||
Permulaan/Penamatan Jalan raya kembar | |||||||
Senawang Link | Senawang Link | ||||||
Sempadan Daerah Seremban-Rembau | BR | Jambatan laluan keretaapi | |||||
Rembau | Pedas Jalan Sepri |
![]() |
Persimpangan T | ||||
Pedas | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Chembong | |||||||
Wet World Resort Pedas | |||||||
Kawasan Perindustrian Rembau | |||||||
Jalan Rembau-Rantau | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Batu Hampar | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Tebing Tinggi | |||||||
Rembau | Pejabat Daerah dan Tanah Rembau | ||||||
P&R Stesen keretapi Rembau | ![]() |
||||||
BR | Jambatan laluan keretaapi | ||||||
Rembau | |||||||
Jalan Chembong Jalan Sepri |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Inas | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Gadong | ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan laluan keretaapi | ||||||
Jalan Paya Lebar | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Penajis | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Tanjung Berangan | |||||||
Kampung Kota | |||||||
Kota | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Gadong | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Perah | |||||||
Kampung Kota Lama | |||||||
Kampung Padang Lebar Jalan Semerbok |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Padang Lebar | |||||||
BR | Jambatan laluan keretaapi | ||||||
Kampung Ulu Kendong | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Tampin | Tampin | L/B | ![]() |
![]() ![]() ![]() ![]() |
Hentian Sebelah | ||
Tampin | ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Bulatan | |||||
Tampin | Muzium Tampin, Pejabat Daerah dan Tanah Tampin, Pejabat Majlis Daerah Tampin, Masjid Tampin | ||||||
Tampin | ![]() |
Persimpagan T | |||||
Jalan Tampin-Air Mawang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Pondoi | |||||||
![]() |
Alor Gajah | Alor Gajah | Tebong Sempang Kampung Sungga |
![]() |
|||
Kampung Ibus | |||||||
![]() |
Tampin | Tampin | Gemencheh | ![]() |
Simpang empat | ||
Kampung Baharu Gedok | |||||||
Kampung Sungai Dua | ![]() |
Persimpangan T | |||||
FELDA Sungai Kelamah | FELDA Jelai, FELDA Bukit Rokan | Persimpangan T | |||||
BR | Tapak sejarah Pertempuran Jambatan Gemencheh Jambatan Sungai Gemenceh |
Tapak sejarah | |||||
Jalan Jempol | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kem Syed Sirajuddin | |||||||
Taman Desa Permai Jalan Pasir Besar |
![]() |
Persimpangan T | |||||
lintasan kereta api | |||||||
Gemas | ![]() |
||||||
Sempadan Negeri Sembilan-Johor | BR | Jambatan Sungai Gemas | |||||
![]() |
![]() |
Segamat | Gemas Baharu | ||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Batu Enam | |||||||
Jalan Batu Anam | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
BR | Jambatan Sungai Muar Jambatan Buloh Kasap |
Tapak sejarah | |||||
Buloh Kasap | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Lebuhraya Tun Razak | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Segamat Taman Pemuda |
Jalan Lingkaran Dalam Segamat – FELDA Medoi, Kampung Tengah | Persimpangan T | |||||
Segamat Persimpangan Permaisuri |
![]() ![]() ![]() ![]() Jalan Sultan – Pusat bandar Segamat |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Segamat | ||||||
Kampung Abdullah | ![]() Jalan Lingkaran Dalam Segamat – FELDA Medoi, Kampung Tengah |
Simpang Empat | |||||
BR | Jambatan Sungai Kenawar | ||||||
Segamat Segamat Baru |
Jalan Nagasari – Segamat Baru Jalan Mohd Yusof – Bukit Siput |
Simpang Empat | |||||
Kawasan Perindustrian Segamat | ![]() ![]() ![]() |
Simpang Empat | |||||
Genuang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Pelabuhan Darat Segamat (Segamat Inland Port) |
Jalan Kolej TAR – Pelabuhan Darat Segamat, SJK (C) Tua Ooh (大禹华小), ![]() |
Persimpangan T | |||||
Labis | Tenang | ||||||
Hutan Rizab Bukit Mambai | |||||||
Jalan Ayer Panas | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Labis | Jalan Bandar Labis – Bandar Labis, Hospital Labis ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan lintasan kereta api | ||||||
Jalan Muar-Labis | Jalan Stesen Keretapi Labis – Stesen keretapi Labis ![]() ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Labis | ||||||
BR | Jambatan Sungai Gatom | ||||||
Kampung Sungai Karas | |||||||
BR | Jambatan Sungai Chaah | ||||||
Jalan Bekok | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kompleks Penghulu Mukim Chaah | |||||||
BR | Jambatan Sungai Chaah | ||||||
Chaah | |||||||
BR | Jambatan Sungai Chaah | ||||||
BR | Jambatan Sungai Simpang Kiri | ||||||
Kampung Sungai Lenek | |||||||
Rumah Rakyat Chaah | |||||||
Kampung Desa Temu Jodoh | |||||||
BR | Jambatan Sungai Gerchang | ||||||
Ladang Chaah & Kampung Haji Kamisan | |||||||
![]() |
Yong Peng | Pencawang elektrik TNB Yong Peng | Pencawang elektrik terbesar di negeri Johor | ||||
Jalan Paloh | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Yong Peng | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Yong Peng Selatan-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T Selatan Sahaja | |||||
Kampung Haji Abdul Ghaffar | |||||||
Jalan Olak Batu | ![]() |
Persimpangan T | |||||
BR | Jambatan Sungai Semberong | ||||||
Masjid Sultan Ibrahim, Ayer Hitam | |||||||
Ayer Hitam | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Simpang empat | |||||
Kluang | Simpang Renggam | Tropical Village | ![]() |
Persimpangan T | |||
Machap-NSE | ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Machap | |||||||
RSA | ![]() |
![]() ![]() ![]() |
|||||
BR | Jambatan Sungai Machap | ||||||
Simpang Renggam Jalan Simpang Renggam-Layang Layang |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Jalan Benut | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Johor Safari World (Ditutup pada 1984) |
Persimpangan T terbiar | ||||||
Jalan FELDA Layang-Layang | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kulai | Kulai | Jalan Layang-Layang | ![]() |
Persimpangan T | |||
Bukit Batu | |||||||
Jalan Parit Panjang | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Ayer Manis | |||||||
Ayer Bemban | |||||||
Sedenak | ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kampung Rahmat | |||||||
Kelapa Sawit | |||||||
Lebuhraya NSE-Kulai | ![]() ![]() ![]() ![]() |
Persimpangan T | |||||
Kulai Jalan Sengkang |
Jalan Sengkang – Sengkang | Persimpangan T | |||||
Kulai | |||||||
Kulai Jalan Kota Tinggi |
![]() |
Persimpangan T | |||||
Kulai | Pejabat Majlis Perbandaran Kulai | ||||||
Indahpura | Persiaran Indahpura Utama – Indahpura Lebuh Putra Utama – Bandar Putra Kulai, IOI Mall Kulai |
Pertukaran persimpangan | |||||
Hospital Temenggong Seri Maharaja ![]() |
|||||||
Saleng | |||||||
Senai-Johor Bahru | lihat juga Lebuhraya Skudai |
Rujukan
- ^ a b c Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 15. ISBN 978-967-5399-17-6.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b c Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 16. ISBN 978-967-5399-17-6.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b c d e f g "Sejarah lengkap Jalan Persekutuan 1". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-05-31. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ a b "Kenali rangkaian laluan tulang belakang negara kita". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-11-01. Dicapai pada 2015-11-18.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ a b c Inventori Rangkaian Jalan Utama Persekutuan Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2009. m/s. 58-64. ISBN 978-983-44278-2-5.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b "Istimewa Hari Merdeka - Sejarah Jambatan Merdeka FT1". Blog Jalan Raya Malaysia (dalam bahasa Malay). 2014-08-31. Dicapai pada 2015-05-31.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "Jalan 1Malaysia kembali dengan semangat baru". Blog Jalan Raya Malaysia. 2013-10-22. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ Johore Annual Report 1920
- ^ Johore Annual Report 1921
- ^ Johore Annual Report 1922
- ^ Johore Annual Report 1923
- ^ Johore Annual Report 1924
- ^ Johore Annual Report 1925
- ^ Page 21. A Souvernir Commemorating The Diamond Jubilee of His Highness the Sultan of Johore (1885-1955), 1955.
- ^ Coulthard-Clark 2001, p.197.
- ^ "Menyingkap sejarah lebuh raya". Utusan Malaysia. 2012-03-10. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-05. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Lebuhraya Slim River-Tanjung Malim FT1 - Lebuh raya tol terawal negara". Blog Jalan Raya Malaysia. 2012-03-13. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Sejarah lengkap Jalan Lingkaran Tengah 1 (JLT1) Kuala Lumpur". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-01-14. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ 1979 Klang Valley Review Report Diarkibkan 2016-03-05 di Wayback Machine - dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Perasmian Viaduct di antara Jalan Birch dengan Jalan Sultan Hishamuddin". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1963-03-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-11. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ a b Lim Kit Siang (1999-02-07). "Media Conference Statement - second nation-wide toll plazas protest at the Jalan Kuching Toll Plaza". Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ Quek, Lawrence (1999-02-10). "Kerajaan diminta telus mengenai konsesi tol". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-06-30. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Kutipan tol di lebuhraya Metramac dimansuhkan". Malaysiakini. 2011-05-16. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ a b c Roads in Malaysia. Kuala Lumpur: Kementerian Kerja Raya Malaysia. 2011. m/s. 204. ISBN 978-967-5399-17-6.
|access-date=
requires|url=
(bantuan) - ^ a b c d "Sejarah lengkap Lebuhraya Utara-Selatan E1 dan E2". Blog Jalan Raya Malaysia. 2015-04-20. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Perasmian Penyempurnaan Lebuhraya Utara-Selatan". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 1994-10-08. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-19. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "Perasmian Penutupan Plaza Tol Senai, Lebuhraya Senai-Tampoi". Hari Ini Dalam Sejarah. Arkib Negara Malaysia. 2004-03-01. Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-01-19. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "The Cheras-Kajang Highway". Grand Saga Sdn. Bhd. Dicapai pada 2015-05-31.
- ^ "联邦大道沙威24里处 路拉直工程料3月杪通车". Nanyang Siang Pau (dalam bahasa Cina). 2020-01-04. Dicapai pada 2025-09-04.
- ^ "续死亡弯拉直工程 南下原道关闭暂使用新道 - 地方 - 大柔佛焦点". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2023-07-12. Dicapai pada 2025-09-04.
- ^ "古来24哩死亡弯拉直工程 料10天后开放2车道缓解拥堵 - 地方 - 大柔佛焦点". Sin Chew Daily (dalam bahasa Cina). 2023-07-24. Dicapai pada 2025-09-04.
Lihat juga
- Laluan Persekutuan Malaysia 3 - jalan persekutuan tulang belakang utama di pantai timur Semenanjung Malaysia
- Laluan Persekutuan Malaysia 5 - jalan persekutuan tulang belakang utama di pantai barat Semenanjung Malaysia
- Lebuhraya Utara-Selatan - lebuh raya ekspres capaian terkawal terpanjang di Malaysia yang dibina selari dengan Jalan Persekutuan 1