Liew Chin Tong | |
|---|---|
| 刘镇东 | |
Liew pada tahun 2020 | |
| Timbalan Menteri Kewangan Malaysia | |
| Menyandang jawatan 17 Disember 2025 | |
| Raja | |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | Amir Hamzah Azizan |
| Didahului oleh | |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Iskandar Puteri | |
| Menyandang jawatan 19 November 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Majoriti | 60,036 (2022) |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Perling | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | |
| Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri | |
| Dalam jawatan 5 April 2023 – 16 Disember 2025 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2023–2024) Sultan Ibrahim Ismail (sejak 2024) |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Digantikan oleh | Sim Tze Tzin |
| Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri | |
| Dalam jawatan 10 Disember 2022 – 5 April 2023 | |
| Raja | Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | Jawatan dibubarkan |
| Timbalan Menteri Pertahanan | |
| Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 24 Februari 2020 | |
| Raja | Sultan Muhammad V (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2020) |
| Perdana Menteri | |
| Menteri | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 3,347 (2022) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Kluang | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 7,359 (2013) |
| Ahli Parlimen Malaysia bagi Bukit Bendera | |
| Dalam jawatan 8 Mac 2008 – 5 Mei 2013 | |
| Didahului oleh | |
| Digantikan oleh | |
| Majoriti | 16,112 (2008) |
| Pengarah Strategik Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik | |
| Menyandang jawatan 16 Mac 2025 | |
| Setiausaha Agung | Anthony Loke Siew Fook |
| Didahului oleh | Jawatan ditubuhkan |
| Ahli Dewan Negara | |
| Lantikan Yang di-Pertuan Agong | |
| Dalam jawatan 17 Julai 2018 – 16 Julai 2021 | |
| Raja | Sultan Muhammad V (2018–2019) Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah (2019–2021) |
| Penggal | Pertama |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Liew Chin Tong 27 November 1977 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) (sejak 1999) |
| Gabungan politik lain | Barisan Alternatif (BA) (1999–2004) Pakatan Rakyat (PR) (2008–2015) Pakatan Harapan (PH) (sejak 2015) |
| Tempat belajar | Universiti Kebangsaan Australia Universiti Malaya |
| Pekerjaan |
|
| Laman web | liewchintong |
Yang Berhormat Tuan Liew Chin Tong (Cina ringkas: 刘镇东; Cina tradisional: 劉鎮東; pinyin: Liú Zhèndōng; Pe̍h-ōe-jī: Lâu Tìn-tong; lahir 27 November 1977) ialah seorang ahli politik dan penulis Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri dalam pentadbiran Kerajaan Perpaduan di bawah Perdana Menteri Anwar Ibrahim dan Menteri Tengku Zafrul Abdul Aziz sejak April 2023, sebagai Ahli Parlimen (AP) bagi Iskandar Puteri sejak November 2022 serta sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Perling sejak Mac 2022. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri dalam pentadbiran PH di bawah Perdana Menteri Anwar dan Menteri Tengku Zafrul dari Disember 2022 hingga April 2023, sebagai Ketua Pembangkang Negeri Johor dari April 2022 sehingga pelantikan semula beliau sebagai timbalan menteri pada Disember 2022, dan sebagai Timbalan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran PH di bawah bekas Perdana Menteri Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Mohamad Sabu dari Julai 2018 sehingga kejatuhan pentadbiran PH pada Februari 2020. Beliau juga merupakan bekas Senator dari Julai 2018 hingga Julai 2021 serta bekas Ahli Parlimen bagi kawasan Kluang dari Mei 2013 hingga Mei 2018 dan Bukit Bendera dari Mac 2008 hingga Mei 2013. Beliau ialah ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen gabungan PH. Beliau telah berkhidmat sebagai Pengarah Strategik Kebangsaan DAP sejak Mac 2025 dan sebagai Ahli Jawatankuasa Negeri DAP Johor sejak Oktober 2024. Beliau pernah berkhidmat sebagai Timbalan Setiausaha Agung DAP dari Mac 2022 hingga Mac 2025 serta merupakan bekas Pengarah Pendidikan Politik Kebangsaan DAP dan bekas Pengerusi DAP Negeri Johor.
Latar belakang
Liew dilahirkan pada 27 November 1977 di Subang Jaya, Selangor. Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Tinggi Swasta Kwang Hua sehingga tahun 1995 sebelum melanjutkan pengajian tinggi di Universiti Kebangsaan Australia (ANU) dan menamatkan pengajian dengan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Asia (Kepujian) serta Ijazah Sarjana Muda Seni dalam Sains Politik pada tahun 2004. Beliau kemudian memperoleh Ijazah Sarjana Antarabangsa dalam Integrasi Serantau di Institut Asia-Eropah, Universiti Malaya (UM) pada tahun 2006.[1]
Liew pernah berkhidmat sebagai pengarah eksekutif Penang Institute (dahulunya Institut Penyelidikan Sosio-Ekonomi dan Alam Sekitar, SERI) dari 2009 hingga 2012 serta pengarah eksekutif Research for Social Advancement (REFSA) dari 2007 hingga 2011. Beliau juga merupakan bekas felo penyelidik pelawat di Institute of Southeast Asian Studies (ISEAS), Singapura.[1]
Pada tahun 1999, Liew menyertai Parti Tindakan Demokratik (DAP).[1]
Kerjaya politik
Liew pertama kali dipilih sebagai Ahli Parlimen pada Pilihan Raya Umum 2008 setelah memenangi kerusi Bukit Bendera di Pulau Pinang.[2] Sebelum dipilih sebagai wakil rakyat, beliau merupakan seorang strategis politik dan sering dikreditkan sebagai individu yang merangka strategi kejayaan Pakatan Rakyat mengambil alih Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.[3] Pada Pilihan Raya Umum 2013, Liew merampas kerusi Parlimen Kluang di Johor daripada penyandangnya, Hou Kok Chung daripada Persatuan Cina Malaysia (MCA). Pada Mei 2018, beliau bertanding bagi kerusi Parlimen Ayer Hitam menentang penyandangnya ketika itu, Wee Ka Siong, yang juga merupakan Timbalan Presiden MCA, sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN). Liew tewas tipis dengan majoriti 303 undi pada Pilihan Raya Umum 2018 yang menyaksikan gabungan pembangkang ketika itu, Pakatan Harapan (PH), memenangi pilihan raya dan menamatkan pemerintahan BN buat pertama kali dalam sejarah.
Pada tahun 2017, Liew menjelaskan bahawa harga barangan secara keseluruhan meningkat sejak Pilihan Raya Umum 2013 akibat gabungan faktor pelaksanaan GST, penyusutan nilai ringgit sebanyak 30 peratus sejak Oktober 2014, serta siri pemotongan subsidi. Beliau menegaskan bahawa Perdana Menteri ketika itu, Najib Razak, serta kerajaan perlu berhenti menyalahkan rakyat yang menjadi mangsa dasar ekonomi yang gagal.[4]
Timbalan Menteri Pertahanan
Liew telah dilantik sebagai Timbalan Menteri Pertahanan pada 17 Julai 2018 sehingga 24 Februari 2020, dan menjadi rakyat Malaysia pertama yang bukan berketurunan Melayu memegang jawatan tersebut. Sepanjang tempoh perkhidmatannya, bersama Menteri Pertahanan ketika itu, Mohamad Sabu, Kementerian Pertahanan membentangkan Kertas Putih Pertahanan (KPP) yang pertama, iaitu satu pelan induk bagi membentuk dasar negara berkaitan pertahanan dan keselamatan. KPP merupakan dokumen terbuka yang menggariskan hala tuju serta keutamaan pertahanan untuk tempoh sepuluh tahun, bermula dari 2021 hingga 2030, meliputi Rancangan Malaysia Kedua Belas dan Rancangan Malaysia Ketiga Belas.
Timbalan Setiausaha Agung DAP
Pada 20 Mac 2022, dalam Kongres Kebangsaan DAP ke-17, Liew telah dipilih semula sebagai anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) dengan memperoleh 1,008 undi, iaitu undi ke-22 tertinggi.[5] Beliau kemudian dilantik sebagai Timbalan Setiausaha Agung dalam CEC DAP ke-17 di bawah pimpinan Setiausaha Agung ketika itu, Anthony Loke.[6]
Bibliografi
Buku
- Liew Chin Tong (2024), Second Takeoff
- Liew Chin Tong (2021), Lim Kit Siang: Patriot. Leader. Fighter
- Liew Chin Tong (2020), The Great Reset: 100 Days of Malaysia's Triple Crisis
- Liew Chin Tong (2013), Putrajaya Milik Siapa?: Genta Media
- Liew Chin Tong (2013), Middle Malaysia: Centre Ground Is Battle Ground: Genta Media
- Liew Chin Tong (2009), Speaking for the reformasi generation Kuala Lumpur: Research for Social Advancement (REFSA)
Jurnal
- Liew Chin Tong and Francis Hutchison (2010), “Implementing Pro-Employment Policies at the Sub-national Level” in Ooi Kee Beng and Goh Ban Lee (eds) Pilot Studies for a New Penang, Penang: Socio-Economic and Environmental Research Institute (SERI), hlmn. 111–128.
- Liew Chin Tong (2007), “PAS’ Leadership: New Faces and Old Constraints” in Lorraine C. Salazar and Daljit Singh (eds) Southeast Asian Affairs 2007, Singapore: Institute of Southeast Asian Studies, hlmn. 201–213
- Liew Chin Tong (2007), “PAS politics: defining an Islamic State” in Edmund Terence Gomez Politics in Malaysia: the Malay dimension Oxon: Routledge, hlmn. 107–137.
- William F. Case and Liew Chin Tong (2006) How Committed Is PAS to Democracy and How Do We Know It? Contemporary Southeast Asia: A Journal of International and Strategic Affairs, Volume 28, Number 3, December 2006, hlmn. 385–406
Ulasan berbahasa Cina
- 《追寻理想国家:马来西亚政治史上的林吉祥》(2021) 吉隆坡:义腾研究中心
- 《大复兴:马来西亚三重危机下的百日反思》(2020)吉隆坡:义腾研究中心
- 《决战在中间:共创马来西亚2.0》(2013) 吉隆坡:众意出版
- 《小市民的政治经济学》(2011)吉隆坡:众意出版
- 《华教运动,动或不动》(2011)吉隆坡:新纪元学院校友会
- 《亮剑—踢爆马来政治》(2007)吉隆坡:义腾研究中心
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2008 | P048 Bukit Bendera | Liew Chin Tong (DAP) | 31,243 | 66.45% | Chia Kwang Chye (Gerakan) | 15,131 | 32.18% | 47,016 | 16,112 | 72.98% | ||
| 2013 | P152 Kluang | Liew Chin Tong (DAP) | 40,574 | 54.99% | Hou Kok Chung (MCA) | 33,215 | 45.01% | 75,308 | 7,359 | 86.78% | ||
| 2018 | P148 Ayer Hitam | Liew Chin Tong (DAP) | 16,773 | 43.20% | Wee Ka Siong (MCA) | 17,076 | 43.98% | 38,824 | 303 | 85.52% | ||
| Mardi Marwan (PAS) | 4,975 | 12.82% | ||||||||||
| 2022 | P162 Iskandar Puteri | Liew Chin Tong (DAP) | 96,819 | 59.15% | Jason Teoh Sew Hock (MCA) | 36,783 | 22.47% | 163,680 | 60,036 | 74.42% | ||
| Tan Nam Cha (BERSATU) | 30,078 | 18.38% | ||||||||||
| Tahun | Kawasan | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Jumlah undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N46 Perling | Liew Chin Tong (DAP) | 18,628 | 43.59% | Tan Hiang Kee (MCA) | 15,281 | 35.76% | 42,738 | 3,347 | 43.28% | ||
| Koo Shiaw Lee (Gerakan) | 8,829 | 20.66% | ||||||||||
Anugerah
Rujukan
- ^ a b c Tan Sze Ming (31 Oktober 2012). "Malaysian Representatives alpha : Liew Chin Tong". #MyMP UndiMsia! Sinar Project. Dicapai pada 15 November 2017.
- ^ "Malaysia Decides 2008". The Star (Malaysia). Diarkibkan daripada yang asal pada 9 April 2008. Dicapai pada 31 Disember 2009.
- ^ Tan, Joceline (10 Mac 2008). "The swing that caught everyone by surprise". The Star (Malaysia). Dicapai pada 31 Disember 2009.
- ^ "Stop blaming victims of failed economic policies, MP tells gov't". Malaysiakini. 2017-09-29.
- ^ "Gobind receives highest votes in DAP polls". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2022-03-20.
- ^ "Anthony Loke dilantik Setiausaha Agung baharu DAP". Berita Harian. 20 Mac 2022. Dicapai pada 20 Mac 2022.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 19 Jun 2010.CS1 maint: unrecognized language (link) Angka peratusan berdasarkan jumlah keluar mengundi.
- ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada Pilihan raya 2004.
- ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Mac 2021. Dicapai pada 24 Mac 2017.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "P.125 Kluang (2008 & 2013)". Sinar Harian (dalam bahasa Malay). Kuala Lumpur. Dicapai pada 19 Mei 2013.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 Mac 2014. Dicapai pada 9 April 2014.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.
| Wikipetik mempunyai koleksi petikan mengenai: Liew Chin Tong |











