League of Nations (Inggeris) Société des Nations (Perancis) Sociedad de Naciones (Sepanyol) | |||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 1919–1946 | |||||||
1939–1941 semi-official emblem | |||||||
Peta dunia zaman 1920–1945, menunjukkan Liga Bangsa-Bangsa dan dunia pada masa itu. | |||||||
| Status | Pertubuhan antarabangsa | ||||||
| Ibu negara | |||||||
| Bahasa yang umum digunakan | Inggeris, Perancis dan Sepanyol | ||||||
| Secretary-General | |||||||
• 1920–1933 | Sir James Eric Drummond | ||||||
• 1933–1940 | Joseph Avenol | ||||||
• 1940–1946 | Seán Lester | ||||||
| Era Sejarah | Zaman antara perang | ||||||
| 26 Jun 1919 | |||||||
• Perjumpaan pertama | 16 Januari 1920 | ||||||
• Pembubaran | 20 April 1946 | ||||||
| |||||||
Pejabat utama mereka berpusat di Istana Bangsa-Bangsa, Geneva, Switzerland. | |||||||
Liga Bangsa-Bangsa (LBB; Perancis: Société des Nations [sɔsjete de nɑsjɔ̃], SdN) merupakan pertubuhan antara kerajaan sejagat pertama yang misi utamanya ialah mengekalkan keamanan dunia.[1] Ia diasaskan pada 10 Januari 1920 oleh Persidangan Keamanan Paris yang menamatkan Perang Dunia Pertama. Organisasi utama ini menghentikan operasi pada 18 April 1946 apabila kebanyakan komponennya dipindahkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang dicipta selepas Perang Dunia Kedua.
Bahasa dan simbol
Bahasa rasmi Liga Bangsa-Bangsa ialah bahasa Perancis dan Inggeris.[2]
Semasa Pameran Dunia New York 1939, munculnya bendera dan lambang separa rasmi untuk Liga Bangsa-Bangsa: dua bintang berkaki lima dalam sebuah pentagon biru. Ia melambangkan lima benua Bumi dan "lima bangsa". Sebuah reben di bahagian atas memaparkan nama dalam bahasa Inggeris ("League of Nations"), manakala reben di bahagian bawah menunjukkan nama dalam bahasa Perancis ("Société des Nations").[3]
Struktur
Liga ini mempunyai tiga organ utama: sekretariat (pimpinan seorang Setiausaha Agung yang bertapak di Geneva), Majlis dan Dewan Perhimpunan, termasuk juga banyak agensi dan suruhanjaya. Sebarang tindakan yang perlu diambil harus mendapat undian keseluruhan oleh Majlis serta undian majoriti oleh Dewan Perhimpunan.
Sekretariat
Kakitangan sekretariat Liga Bangsa-bangsa bertanggungjawab menyediakan agenda bagi Majlis dan Perhimpunan serta menerbitkan laporan bagi mesyuarat-mesyuarat dan perkara rutin lain, secara berkesan memangku tugasan perkhidmatan awam untuk Liga.
Sepanjang hayat Liga Bangsa-bangsa dari tahun 1920-1946, terdapat tiga setiausaha agung, iaitu:
- Sir James Eric Drummond, Earl of Perth ke-16 (United Kingdom) (1920-1933)
- Joseph Avenol (Perancis) (1933-1940)
- Seán Lester (Ireland) (1940-1946)
Setiausaha agung dipertanggungjawabkan untuk menulis laporan tahunan berkaitan kerja-kerja liga.
Presiden pertama liga ialah Paul Hymas, seorang ahli politik Belgium yang terkenal.
Majlis
Majlis Liga mempunyai kuasa menguruskan sebarang hal yang berkaitan dengan keamanan dunia. Majlis ini mulanya diduduki empat ahli tetap (United Kingdom, Perancis, Itali, Jepun) dan empat ahli bukan tetap yang dilantik Dewan Perhimpunan setiap tiga tahun. Ahli-ahli bukan tetap liga yang pertama ialah Belgium, Brazil, Yunani and Sepanyol. Amerika Syarikat dahulunya dirancang untuk menjadi ahli tetap Liga Bangsa ke-5, namun Senat negara tersebut yang dikuasai Parti Republikan selepas berlangsungnya pilihan raya Senat 1918 itu mengundi menentang ratifikasi Perjanjian Versailles pada 19 Mac 1920 , maka kerusi kelima dalam Liga tersebut diambil alih oleh China. Bilangan negara anggota bukan tetap dalam Majlis semakin bertambah dengan beransurnya menjadi enam negara pada 22 September 1922 dan kemudiannya 9 buah kerusi pada 8 September 1926. Jerman menyertai Liga sebagai ahli kekal Majlis yang ke-6 pada September 8 1926. Kerusi Jepun dan Jerman diambil alih oleh negara ahli bukan tetap yang baru selepas negara-negara tersebut menarik balik keahlian mereka dalam Majlis Liga.
Majlis Liga bersidang dalam sesi biasa empat kali setahun dan jika diperlukan, sesi luar biasa juga diadakan. Sebanyak 107 sesi awam telah diadakan antara tahun 1920 hingga 1939
Perhimpunan
Setiap anggota diwakili dan mempunyai satu undian dalam Perhimpunan Liga Negara anggota individual tidak semestinya mempunyai wakil di Geneva. Perhimpunan mengadakan persidangan sekali setahun setiap September
Eamon de Valera merupakan Presiden Majlis Liga Bangsa-bangsa semasa Persidangan ke-68 dan Persidangan Khas pada bulan September dan Oktober 1932 serta merupakan Presiden Perhimpunan Liga Bangsa-bangsa pada tahun 1939 dan 1946.
Suruhanjaya dan agensi
Pada tahun ini, Liga juga mengawasi Mahkamah Keadilan Antarabangsa Tetap serta agensi dan suruhanjaya lain yang dicipta untuk menangani isu antarabangsa yang penting; termasuklah Suruhanjaya Perlucutan Senjata, Pertubuhan Kesihatan, Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Suruhanjaya Mandat, Badan Pusat Candu Tetap, Suruhanjaya Pelarian dan Suruhanjaya Perhambaan. Sebahagian daripada agensi dan suruhanjaya dalam Liga ini masih berjaya mengikut mandat mereka meskipun pentadbiran pusat mendapat nasib yang sebaliknya.
- Suruhanjaya Perlucutan Senjata
- Suruhanjaya ini memperoleh persetujuan awal oleh Perancis, Itali, Jepun, dan United Kingdom untuk mengehadkan saiz angkatan laut mereka. Walau bagaimanapun, UK enggan menandatangani perjanjian pelucutan senjata 1923, dan Pakatan Kellogg-Briand, yang difasilitasi oleh suruhanjaya pada tahun 1928, gagal dalam objektifnya untuk mengharamkan perang. Pada akhirnya, Suruhanjaya gagal menghalang pembinaan tentera pada tahun 1930-an oleh Itali, Jerman dan Jepun.
- Pertubuhan Kesihatan
- Badan ini memberi tumpuan kepada penghapusan kusta dan malaria, yang terakhir dengan memulakan kempen antarabangsa untuk membasmi nyamuk. Pertubuhan Kesihatan juga berjaya mencegah wabak tifus daripada merebak ke seluruh Eropah kerana campur tangan awalnya di Kesatuan Soviet.
- Suruhanjaya Mandat
- Suruhanjaya menyelia Mandat Liga Bangsa-Bangsa, dan juga menganjurkan pungutan suara di wilayah yang dipertikaikan supaya penduduk boleh memutuskan negara mana yang mereka akan sertai, yang paling terkenal ialah pungutan suara di Saarland pada tahun 1935.
- Pertubuhan Buruh Antarabangsa
- Badan ini diketuai oleh Albert Thomas. Ia berjaya mengharamkan penambahan plumbum ke dalam cat, dan meyakinkan beberapa negara untuk menerima hari bekerja lapan jam dan minggu bekerja empat puluh lapan jam. Ia juga berusaha untuk menghapuskan buruh kanak-kanak, meningkatkan hak wanita di tempat kerja, dan menjadikan pemilik kapal bertanggungjawab atas kemalangan yang melibatkan pelaut.
- Badan Pusat Candu Tetap
- Badan ini ditubuhkan untuk menyelia sistem kawalan statistik yang diperkenalkan oleh Konvensyen Candu Antarabangsa kedua yang menjadi pengantara pengeluaran, pembuatan, perdagangan dan runcit candu dan hasil sampingannya. Badan ini juga menubuhkan sistem sijil import dan kebenaran eksport untuk perdagangan antarabangsa yang sah dalam narkotik.
- Suruhanjaya untuk Pelarian
- Diketuai oleh Fridtjof Nansen, Suruhanjaya mengawasi pemulangan dan, jika perlu, penempatan semula, 400,000 pelarian dan bekas-tawanan perang, kebanyakan mereka terperangkap di Rusia pada akhir Perang Dunia I. Ia menubuhkan kem di Turki pada tahun 1922 untuk menangani krisis pelarian di negara itu dan untuk membantu mencegah penyakit dan kelaparan. Ia juga menubuhkan pasport Nansen sebagai cara pengenalan untuk orang yang tiada kewarganegaraan.
- Suruhanjaya Perhambaan
- Suruhanjaya berusaha untuk membasmi perhambaan dari dunia, dan memerangi pelacuran paksa dan pengedaran dadah haram, terutamanya dalam candu. Ia berjaya memperoleh pembebasan 200,000 hamba di Sierra Leone dan menganjurkan serbuan terhadap pedagang hamba dalam usahanya untuk menghentikan amalan buruh paksa di Afrika. Ia juga berjaya mengurangkan kadar kematian pekerja di Tanganyika dari 55% kepada 4%. Di bahagian lain dunia, Suruhanjaya menyimpan rekod tentang perhambaan, pelacuran dan pengedaran dadah dalam usaha untuk memantau isu-isu tersebut.
Beberapa institusi ini telah dipindahkan ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu selepas Perang Dunia Kedua. Sebagai tambahan kepada Pertubuhan Buruh Antarabangsa, Mahkamah Keadilan Antarabangsa Tetap menjadi institusi PBB sebagai Mahkamah Keadilan Antarabangsa, dan Pertubuhan Kesihatan disusun semula sebagai Pertubuhan Kesihatan Sedunia.
Kegagalan spesifik
Kegagalan kesuluruhan Liga ini dilahat daripada kegagalan spesifiknya
Krisis Manchuria

Insiden Mukden, juga dikenali sebagai "Insiden Manchuria", merupakan satu kemunduran kuat yang melemahkan Liga kerana ahli-ahli utamanya enggan menangani pencerobohan Jepun. Jepun sendiri menarik diri.[4][5]
Di bawah syarat-syarat yang dipersetujui dalam Dua Puluh Satu Tuntutan dengan China, kerajaan Jepun mempunyai hak untuk menempatkan tenteranya di kawasan sekitar Landasan Kereta Api Manchuria Selatan, laluan perdagangan utama antara China dan Korea (ketika itu jajahan Jepun), di wilayah China Manchuria. Pada September 1931, sebahagian landasan kereta api itu dirosakkan Tentera Kwantung Jepun sebagai alasan untuk menceroboh Manchuria.[6][7] Tentera Jepun mendakwa askar-askar China telah mensabotaj landasan kereta api itu dan sebagai tindakan balas (bertindak bertentangan dengan perintah dari Tokyo[8]) menduduki seluruh Manchuria. Mereka menamakan semula kawasan itu sebagai Manchukuo, dan pada 9 Mac 1932 menubuhkan sebuah kerajaan boneka dengan Puyi, maharaja terakhir China, sebagai ketua negara nominal.[9]
Liga Bangsa-Bangsa telah menghantar pemerhati. Laporan Lytton muncul setahun kemudian (Oktober 1932). Ia enggan mengiktiraf Manchukuo dan menuntut Manchuria dikembalikan kepada China. Laporan itu diluluskan 42–1 dalam Perhimpunan pada 1933 (hanya Jepun mengundi menentang), tetapi daripada mengeluarkan tenteranya dari China, Jepun menarik diri dari Liga Bangsa-bangsa.[10] Pada akhirnya, seperti yang dihujahkan oleh sejarawan British Charles Mowat, keselamatan kolektif tidak berguna lagi:
- Liga dan idea keselamatan kolektif serta pemerintahan undang-undang telah dikalahkan; sebahagiannya kerana sikap acuh tak acuh dan simpati dengan penceroboh, tetapi sebahagiannya kerana kuasa-kuasa Liga tidak bersedia, sibuk dengan hal-hal lain, dan terlalu lambat untuk melihat skala ambisi Jepun.[11]
Perang Chaco
Liga gagal menghalang perang 1932 antara Bolivia dan Paraguay ke atas kawasan gersang Gran Chaco.[12] Walaupun kawasan itu jarang penduduknya, ia mengandungi Sungai Paraguay, yang akan memberikan akses ke Lautan Atlantik kepada mana-mana negara yang terkandas daratan,[12] dan terdapat juga spekulasi, yang kemudiannya terbukti tidak benar, bahawa Chaco akan menjadi sumber petroleum yang kaya.[13] Pertempuran sempadan sepanjang akhir 1920-an memuncak dalam perang keseluruhan pada 1932 apabila tentera Bolivia menyerang orang Paraguay di Fort Carlos Antonio López di Tasik Pitiantuta.[14]
Perang itu menjadi malapetaka bagi kedua-dua belah pihak, mengakibatkan 57,000 korban untuk Bolivia, yang penduduknya sekitar tiga juta, dan 36,000 maut untuk Paraguay, yang penduduknya kira-kira satu juta.[15] Ia juga membawa kedua-dua negara ke ambang malapetaka ekonomi. Menjelang masa gencatan senjata dirundingkan pada 12 Jun 1935, Paraguay telah menguasai sebahagian besar kawasan tersebut, seperti yang kemudiannya diakui oleh gencatan senjata 1938.[16]
Perang Saudara Sepanyol
Pada 17 Julai 1936, Tentera Darat Sepanyol melancarkan rampasan kuasa, membawa kepada konflik bersenjata yang berpanjangan antara Republikan Sepanyol (kerajaan nasionalis sayap kiri yang dipilih) dan Nasionalis (pemberontak konservatif, anti-komunis yang merangkumi kebanyakan pegawai Tentera Darat Sepanyol).[17] Julio Álvarez del Vayo, Menteri Luar Sepanyol, merayu kepada Liga pada September 1936 untuk senjata bagi mempertahankan integriti wilayah dan kemerdekaan politik Sepanyol. Ahli-ahli Liga tidak akan campur tangan dalam Perang Saudara Sepanyol atau menghalang campur tangan asing dalam konflik tersebut. Adolf Hitler dan Mussolini membantu Nasionalis Jeneral Francisco Franco, manakala Kesatuan Soviet membantu Republik Sepanyol. Pada Februari 1937, Liga mengharamkan sukarelawan asing, tetapi ini pada praktiknya merupakan langkah simbolik.[18] Hasilnya ialah kemenangan Nasionalis pada 1939 dan pengesahan kepada semua pemerhati bahawa Liga tidak berkesan dalam menangani isu utama.[19]
Pencerobohan Itali ke atas Abyssinia

Pada Oktober 1935, diktator Itali Benito Mussolini menghantar 400,000 tentera untuk menceroboh Abyssinia (Habsyah).[20] Marsyal Pietro Badoglio mengetuai kempen dari November 1935 dan mengarahkan pengeboman dan penggunaan senjata kimia seperti gas mustard, peracunan bekalan air terhadap sasaran yang termasuk kampung-kampung dan kemudahan perubatan yang tidak dipertahankan.[20][21] Tentera Darat Itali yang moden mengalahkan tentera Abyssinia yang kurang bersenjata dan menawan Addis Ababa pada Mei 1936, memaksa Maharaja Habsyah Haile Selassie melarikan diri ke buangan di England.[22]
Liga Bangsa-Bangsa mengutuk pencerobohan Itali dan mengenakan sekatan ekonomi pada November 1935, tetapi sekatan tersebut kebanyakannya tidak berkesan kerana ia tidak melarang penjualan minyak atau menutup Terusan Suez (yang dikawal oleh Britain).[23] Seperti yang diperhatikan kemudian oleh Stanley Baldwin, Perdana Menteri British, ini akhirnya berlaku kerana tiada sesiapa yang mempunyai pasukan tentera sedia untuk menahan serangan Itali.[24] Pada Oktober 1935, Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt melaksanakan Akta Neutraliti yang baru diluluskan dan mengenakan embargo ke atas senjata dan munisi kepada kedua-dua belah pihak, tetapi melanjutkan "embargo moral" tambahan kepada Itali yang berperang, termasuk barang perdagangan lain. Pada 5 Oktober dan kemudian pada 29 Februari 1936, Amerika Syarikat berusaha, dengan kejayaan terhad, untuk mengehadkan eksport minyak dan bahan lain kepada tahap normal masa damai.[25] Sekatan Liga telah ditarik balik pada 4 Julai 1936, tetapi pada ketika itu, Itali telah pun menguasai kawasan bandar Abyssinia.[26]
Pakatan Hoare–Laval pada Disember 1935 merupakan percubaan oleh Setiausaha Luar British Samuel Hoare dan Perdana Menteri Perancis Pierre Laval untuk menamatkan konflik di Abyssinia dengan mencadangkan untuk membahagikan negara tersebut kepada sektor Itali dan sektor Abyssinia. Mussolini bersedia untuk bersetuju dengan pakatan itu, tetapi berita tentang perjanjian tersebut bocor. Kedua-dua orang awam British dan Perancis membantah dengan hebat, menggambarkannya sebagai pengkhianatan terhadap Abyssinia. Hoare dan Laval terpaksa meletakkan jawatan, dan kerajaan British dan Perancis mengasingkan diri daripada kedua-dua lelaki tersebut.[27] Pada Jun 1936, walaupun tiada presiden untuk ketua negara berucap secara langsung di Perhimpunan Liga Bangsa-Bangsa, Haile Selassie berucap kepada Perhimpunan, merayu bantuannya untuk melindungi negaranya.[28]
Krisis Abyssinia menunjukkan bagaimana Liga boleh dipengaruhi oleh kepentingan diri ahlinya;[29] salah satu sebab mengapa sekatan tidak terlalu keras adalah kerana Britain dan Perancis kedua-duanya takut prospek mendorong Mussolini dan Adolf Hitler ke dalam pakatan.[30]
Persidangan Pelucutan Senjata Sedunia
Kuasa-kuasa Bersekutu juga diwajibkan oleh Perjanjian Versailles untuk cuba melucutkan senjata, dan sekatan persenjataan yang dikenakan ke atas negara-negara yang dikalahkan telah digambarkan sebagai langkah pertama ke arah pelucutan senjata di seluruh dunia.[31] Perjanjian Liga memberikan tugas kepada Liga untuk mencipta rancangan pelucutan senjata untuk setiap negara, tetapi Majlis menyerahkan tanggungjawab ini kepada sebuah suruhanjaya khas yang ditubuhkan pada 1926 untuk mempersiapkan Persidangan Pelucutan Senjata Sedunia 1932–1934.[32] Ahli-ahli Liga memegang pandangan yang berbeza terhadap isu ini. Perancis enggan mengurangkan persenjataan mereka tanpa jaminan bantuan ketenteraan jika mereka diserang; Poland dan Czechoslovakia berasa terdedah kepada serangan dari barat dan mahu tindak balas Liga terhadap pencerobohan terhadap ahlinya diperkukuh sebelum mereka melucutkan senjata.[33] Tanpa jaminan ini, mereka tidak akan mengurangkan persenjataan kerana mereka merasakan risiko serangan dari Jerman terlalu besar. Ketakutan terhadap serangan meningkat apabila Jerman mendapatkan semula kekuatannya selepas Perang Dunia Pertama, terutamanya selepas Adolf Hitler memperoleh kuasa dan menjadi Canselor Jerman pada 1933. Khususnya, percubaan Jerman untuk menggulingkan Perjanjian Versailles dan pembinaan semula tentera Jerman membuatkan Perancis semakin enggan melucutkan senjata.[32]
Persidangan Pelucutan Senjata Sedunia telah dipanggil oleh Liga Bangsa-Bangsa di Geneva pada 1932, dengan wakil-wakil dari 60 negara. Ia gagal.[34] Satu moratorium satu tahun mengenai pengembangan persenjataan, yang kemudiannya dilanjutkan selama beberapa bulan, telah dicadangkan pada permulaan persidangan.[35] Suruhanjaya Pelucutan Senjata memperoleh persetujuan awal dari Perancis, Itali, Sepanyol, Jepun, dan Britain untuk mengehadkan saiz tentera laut mereka tetapi tiada persetujuan akhir dicapai. Akhirnya, Suruhanjaya gagal menghentikan pembinaan tentera oleh Jerman, Itali, Sepanyol dan Jepun sepanjang 1930-an.[36]
Pemilikan Semula Senjata Paksi
Liga tidak berkuasa dan kebanyakannya berdiam diri berhadapan dengan peristiwa-peristiwa besar yang membawa kepada Perang Dunia II seperti pemilikan semula senjata Rhineland oleh Hitler, pendudukan Sudetenland dan aneksasi Austria. Seperti Jepun, kedua-dua Jerman pada 1933 – menggunakan kegagalan Persidangan Pelucutan Senjata Sedunia untuk bersetuju dengan kesamaan senjata antara Perancis dan Jerman sebagai alasan – dan Itali pada 1937 hanya menarik diri dari Liga daripada tunduk kepada penghakimannya. Pesuruhjaya Liga di Danzig tidak dapat menangani tuntutan Jerman ke atas bandar itu, satu faktor penyumbang yang signifikan dalam tercetusnya Perang Dunia II pada 1939. Tindakan penting terakhir Liga adalah mengusir Kesatuan Soviet pada Disember 1939 selepas ia menceroboh Finland.
Rujukan
- ^ Christian, Tomuschat (1995). The United Nations at Age Fifty: A Legal Perspective. Martinus Nijhoff Publishers. m/s. 77. ISBN 978-90-411-0145-7.
- ^ League of Nations 1935, m/s. 22.
- ^ "Language and Emblem". United Nations. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2011. Dicapai pada 15 September 2011.
- ^ Sara Rector Smith, The Manchurian crisis, 1931–1932: a tragedy in international relations (1970).
- ^ Burkman, Thomas W. (2008). Japan and the League of Nations: Empire and World Order, 1914–1938. University of Hawai'i Press. doi:10.2307/j.ctt6wqrcq. ISBN 978-0-8248-2982-7. JSTOR j.ctt6wqrcq.
- ^ Iriye 1987, m/s. 8.
- ^ Nish 1977, m/s. 176–178.
- ^ Scott 1973, m/s. 208.
- ^ Northedge 1986, m/s. 139.
- ^ Northedge 1986, m/s. 156–161.
- ^ Charles Loch Mowat, Britain between the Wars 1918–1940 (1955) p. 420.
- ^ a b Scott 1973, m/s. 242–243.
- ^ Levy 2001, m/s. 21–22.
- ^ Bethell 1991, m/s. 495.
- ^ Scott 1973, m/s. 248.
- ^ Scheina 2003, m/s. 103.
- ^ Lannon 2002, m/s. 25–29.
- ^ Northedge 1986, m/s. 264–265, 269–270.
- ^ F.P. Walters, A History of the League of Nations (1952) pp. 721–730, 789–791.
- ^ a b Northedge 1986, m/s. 222–225.
- ^ Hill & Garvey 1995, m/s. 629.
- ^ Northedge 1986, m/s. 221.
- ^ Baer 1976, m/s. 245.
- ^ Events Leading Up to World War II. Library of Congress. 1944. m/s. 97.
- ^ Baer 1976, m/s. 71.
- ^ Baer 1976, m/s. 298.
- ^ Baer 1976, m/s. 121–155.
- ^ Haile Selassie I. "Appeal to The League of Nations:June 1936, Geneva, Switzerland". Black King. Diarkibkan daripada yang asal pada 25 Mac 2008. Dicapai pada 6 Jun 2008.
- ^ Baer 1976, m/s. 303.
- ^ Baer 1976, m/s. 77.
- ^ Northedge 1986, m/s. 113, 123.
- ^ a b Northedge 1986, m/s. 114.
- ^ Henig 1973, m/s. 173.
- ^ Temperley, A.C. (1938). The Whispering Gallery Of Europe.
- ^ Goldblat 2002, m/s. 24.
- ^ Eloranta, Jari (2011). "Why did the League of Nations fail?". Cliometrica. 5: 27–52. doi:10.1007/s11698-010-0049-9. S2CID 19944887.
Lihat juga
- Negara anggota Liga Bangsa
- Henry Cabot Lodge, Senator Republikan A.S. yang mengetuai penentangan ke atas penyertaan A.S. dke dalam Liga Bangsa
- Palais des Nations, dibina sebagai ibu pejabat Liga Bangsa
Bacaan lanjut
- Walters, F.P. (1952). "A History of the League of Nations".
- Walsh, Ben (1997). Modern World History. John Murray (Publishers) Ltd.. ISBN 0-7195-7231-2.
- The Essential Facts About the League of Nations, diterbitkan di Geneva, dengan adanya 10 edisi antara 1933 dan 1940
- George Gill (1996) The League of Nations from 1929 to 1946: From 1929 to 1946 (Partners for Peace Series). Avery Publishing Group. ISBN 0-89529-637-3
- Marbeau, M. (2001). "La Société des Nations". Presses Universitaires de France. ISBN 2-13-051635-1
- Pfeil, A (1976). "Der Völkerbund".
Pautan luar
| Wikisource memiliki teks asli berkaitan: Liga Bangsa |
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Liga Bangsa. |
- Covenant of the League of Nations Diarkibkan 2016-04-15 di Wayback Machine
- League of Nations
- League of Nations Diarkibkan 2008-04-02 di Wayback Machine article di Spartacus
- Map of League of Nations members
- League of Nations timeline
- Table of Assemblies Tarikh setiap pertemuan tahunan, Terdapat senarai kepada setiap delegasi oleh setiap negara Liga
- Wilson's Final Address in Support of the League of Nations dibuat pada 25 September 1919
- Senator Henry Cabot Lodge speaks out against the League of Nations Diarkibkan 2008-03-28 di Wayback Machine August 1919
- leagueofnations (History Learning Site)
- History (1919-1946) Diarkibkan 2011-03-22 di Wayback Machine from the United Nations Office at Geneva
- League of Nations chronology Diarkibkan 2017-05-20 di Wayback Machine








