Lim Yi Wei | |
---|---|
林怡威 | |
![]() | |
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Kampung Tunku | |
Menyandang jawatan 9 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Lau Weng San (PR–DAP) |
Majoriti | 30,444 (2018) 30,273 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Lim Yi Wei 27 November 1989 ![]() ![]() |
Parti politik | Parti Tindakan Demokratik (DAP) |
Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
Tempat belajar | Sekolah Perniagaan HKUST |
Pekerjaan | Ahli politik |
Lim Yi Wei (Cina: 林怡威; pinyin: Lín Yí Wēi; lahir 27 November 1989) merupakan seorang rakyat Malaysia yang juga merupakan seorang ahli politik. Beliau telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Kampung Tunku sejak Mei 2018. Beliau merupakan ahli Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH).
Kehidupan awal dan pendidikan
Lim dilahirkan di Ipoh, Perak dalam sebuah keluarga guru. Beliau menerima pendidikan di SMK (P) Methodist Ipoh dan menamatkan pengajian Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) di SMK Methodist (ACS) Ipoh. Pada tahun 2013, beliau menamatkan pengajian di Universiti Sains dan Teknologi Hong Kong (HKUST) dengan Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (BBA) dalam bidang kewangan.[1]
Kerjaya politik
Terinspirasi oleh Gerakan Payung Hong Kong, Lim kembali ke Malaysia pada Januari 2016 untuk menceburi bidang politik. Beliau memulakan kerjaya politiknya sebagai setiausaha politik kepada Tony Pua, bekas Ahli Parlimen Damansara, dan telah dilantik sebagai seorang ahli majlis tempatan di Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada bulan September.[1]
Dewan Undangan Negeri Selangor
Bersama dengan Ahli Dewan Negeri Subang Jaya, Michelle Ng, mereka telah menghasilkan dua dasar yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Selangor: Dana Bantuan Guaman Selangor[2] dan Subsidi Rawatan Psikiatri Selangor.[3] Semasa Pandemik COVID-19, beliau mencadangkan moratorium terhadap pendakwaan ke atas mangsa cubaan bunuh diri,[4] yang kemudiannya diterima oleh Dewan Rakyat sementara menunggu pindaan terhadap Seksyen 309 Kanun Keseksaan diluluskan dan diwartakan untuk menyahjenayah perbuatan membunuh diri.[5]
Lim merupakan pengasas bersama Festival Permulaan PJ (PJ Startup Festival)[6] yang bertujuan membawa ekosistem syarikat permulaan dan peluang ekonomi digital kepada komuniti tempatan, pencari kerja dan pelajar-pelajar. Beliau juga aktif menyokong pembangunan sukan, khususnya pasukan ragbi lelaki dan wanita Selangor,[7] frisbee, futsal dan skateboarding.
Sepanjang tempoh perkhidmatannya, Kampung Baru Sungai Way telah mengalami transformasi, termasuk penubuhan Koridor Sejarah Sungai Way, iaitu koridor sejarah kampung baru yang pertama di Selangor, yang membawa kepada peningkatan kedatangan pelancong serta menjadikan Sungai Way sebagai hab makanan dan budaya.
Lim merupakan seorang Felo Profesional di bawah Young Southeast Asian Leaders Initiative (YSEALI). Beliau telah menjalani penempatan selama empat minggu di Massachusetts General Court bersama pejabat Wakil Rakyat Negeri, Michael Moran dan Senator Negeri Massachusetts, Jamie Eldridge. Beliau juga telah dijemput sebagai penceramah kumpulan kajian di Universiti Harvard melalui Institut Politik.[8]
Pada tahun 2019, Lim telah disenaraikan sebagai salah seorang dalam Majalah Prestige “40 Bawah 40”.[9]
Kini, Lim memegang jawatan bendahari kebangsaan untuk sayap belia PH,[10] iaitu Angkatan Muda Harapan, setiausaha antarabangsa DAP Sosialis Muda (DAPSY),[11] dan setiausaha penganjur DAP Wanita Selangor.
Keputusan pilihan raya
Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2018 | N35 Kampung Tunku | Lim Yi Wei (DAP) | 34,477 | 89.53% | Tan Gim Tuan (MCA) | 4,033 | 10.47% | 38,821 | 30,444 | 79.88% | ||
2023 | Lim Yi Wei (DAP) | 33,640 | 90.90% | Chin Yoke Kheng (BERSATU) | 3,367 | 9.10% | 37,007 | 30,273 | 63.41% |
Rujukan
- ^ a b "The Star Malaysia. Lim Yi Wei, 28". 7 May 2018. Dicapai pada 2023-08-23 – melalui PressReader.
- ^ "Selangor govt rolls out legal aid fund for deserving cases". The Star. 24 Julai 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.
- ^ "Selangor Subsidising Psychiatric Services With 700 Treatment Slots - CodeBlue". CodeBlue. 1 Disember 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2023.
- ^ "Consider moratorium on prosecution of those attempting suicide, urges DAP". Free Malaysia Today. 5 Ogos 2020. Dicapai pada 24 Ogos 2023.
- ^ "DAP backbenchers support moratorium on prosecutions for attempted suicide". Malay Mail. 4 April 2023.
- ^ "Startup fest to focus on post-pandemic resilience". The Star. 25 Mac 2023. Dicapai pada 24 Ogos 2023.
- ^ "Wakil rakyat Kampung Tunku-KRS anjur kejohanan ragbi wanita, medan cungkil bakat baharu". SelangorKini (dalam bahasa Malay). 12 Oktober 2022. Dicapai pada 24 Ogos 2023.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ "What in the World? Women's Representation around the Globe". The Institute of Politics at Harvard University (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-24.
- ^ "Lim Yi Wei". Prestige Online. Dicapai pada 24 Ogos 2023.
- ^ "Pemuda PH Kini Dikenali Angkatan Muda HARAPAN, Umum Jawatankuasa Baharu". Sumberkini. 2022-07-29. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "DAPSY 2021-2024". DAP Malaysia. Dicapai pada 2023-08-23.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.