Republik Lithuania ريڤوبليك ليتوانيا Lietuvos Respublika (Lithuania) | |||||
|---|---|---|---|---|---|
| |||||
| Lagu kebangsaan: Tautiška giesmė (Melayu: "Gita Puja Kebangsaan") | |||||
Lokasi Lithuania (hijau gelap) – di Eropah (hijau & kelabu gelap) | |||||
| Ibu negara dan bandar terbesar | Vilnius 54°41′N 25°19′E / 54.683°N 25.317°E | ||||
| Bahasa rasmi | Bahasa Lithuania | ||||
Kawasan | Bahasa Poland, Bahasa Rusia | ||||
| Kumpulan etnik (Bancian 2019[1]) |
| ||||
| Kerajaan | Republik semipresiden unitari[2] | ||||
| Gitanas Nausėda | |||||
| Ingrida Šimonytė | |||||
• Speaker | Viktorija Čmilytė-Nielsen | ||||
| Badan perundangan | Seimas | ||||
| Kemerdekaan | |||||
• Pengenalan istilah "Lithuania" | 9 Mac 1009 | ||||
| 1236 | |||||
• Pertabalan Raja Mindaugas | 6 Julai 1253 | ||||
| 2 Februari 1386 | |||||
• Pembentukan Komanwel Poland-Lithuania | 1 Julai 1569 | ||||
• Pemisahan dengan Poland | 24 October 1795 | ||||
• Pengisytiharaan | 16 Februari 1918 | ||||
• Penguasaan Soviet pertama | 15 Jun 1940 | ||||
• Penguasaan Jerman Nazi | 22 Jun 1941 | ||||
• Penguasaan Soviet kedua | Julai 1944 | ||||
• Pemulihan kedaulatan | 11 Mac 1990 | ||||
• Kemasukan ke PBB | 17 September 1991 | ||||
• Kemasukan ke NATO | 29 Mac 2004 | ||||
• Kemasukan ke Kesatuan Eropah | 1 Mei 2004 | ||||
| Keluasan | |||||
• Jumlah | 65,300 km2 (25,200 bt2) (ke-121) | ||||
| 1.35 | |||||
| Populasi | |||||
• Perkiraan 2023 | |||||
| 44/km2 (114.0/sq mi) (ke-138) | |||||
| KDNK (PPP) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ USD137.389 bilion[4] (ke-88) | ||||
| ▲ $49,266[4] (39th) | |||||
| KDNK (nominal) | 2023 | ||||
• Jumlah | ▲ $78.346 billion[4] (ke-78) | ||||
| ▲ USD28,094[4] (40th) | |||||
| Gini (2020) | sederhana | ||||
| HDI (2021) | ▲ 0.875[6] sangat tinggi · ke-35 | ||||
| Mata wang | Euro (€) ( EUR) | ||||
| Zon waktu | UTC+2 (EET) | ||||
• Musim panas (DST) | UTC+3 (EEST) | ||||
| Format tarikh | yyyy-mm-dd | ||||
| Arah memandu | kanan | ||||
| Kod panggilan | +370 | ||||
| Kod ISO 3166 | LT | ||||
| DPT internet | .lta | ||||
Laman sesawang rasmi www | |||||
| |||||
Lithuania (Bahasa Lithuania: Lietuva) –secara rasminya Republik Lithuania (Lietuvos Respublika)– ialah sebuah negara yang terletak di timur laut Eropah. Lithuania merupakan salah satu daripada negara-negara Baltik dan bersempadan dengan Latvia di utara, Belarus di tenggara, Poland di selatan dan Russia di barat daya. Ibu kotanya Vilnius.
Selama beribu-ribu tahun, kawasan pesisir tenggara Laut Baltik dihuni oleh pelbagai suku kaum Baltik. Pada tahun 1230-an, tanah-tanah Lithuania disatukan buat pertama kalinya oleh Mindaugas, yang menubuhkan Kerajaan Lithuania pada 6 Julai 1253. Proses peluasan dan penyatuan seterusnya melahirkan Keputeraan Agung Lithuania, yang pada abad ke-14 menjadi sebuah negara terbesar di Eropah. Pada tahun 1386, keputeraan itu membentuk kesatuan peribadi de facto dengan Kerajaan Mahkota Poland, dan kedua-dua wilayah kemudiannya disatukan melalui Komanwel Poland-Lithuania pada tahun 1569, menjadikannya antara negara terbesar dan paling makmur di Eropah. Komanwel ini bertahan selama lebih dua abad, sebelum kuasa-kuasa jiran membahagikannya antara tahun 1772 hingga 1795, dengan Empayar Rusia menguasai sebahagian besar wilayah Lithuania.
Menjelang akhir Perang Dunia Pertama, Lithuania mengisytiharkan kemerdekaannya pada tahun 1918, lalu menubuhkan Republik Lithuania moden. Semasa Perang Dunia Kedua, Lithuania telah diduduki oleh Kesatuan Soviet, kemudian oleh Jerman Nazi, sebelum dikuasai semula oleh Soviet pada tahun 1944. Penentangan bersenjata rakyat Lithuania terhadap pendudukan Soviet berlanjutan hingga awal tahun 1950-an. Pada 11 Mac 1990, setahun sebelum pembubaran Kesatuan Soviet, Lithuania menjadi republik Soviet pertama yang memulihkan kemerdekaannya.
Kini, Lithuania ialah sebuah negara maju dengan ekonomi berpendapatan tinggi dan kedudukan yang sangat baik dalam Indeks Pembangunan Manusia (HDI). Negara ini juga mencapai kedudukan tinggi dalam infrastruktur digital, kebebasan media, dan tahap kebahagiaan. Lithuania merupakan anggota kepada pelbagai organisasi antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Kesatuan Eropah (EU), Majlis Eropah, Majlis Negara-Negara Laut Baltik, Zon Euro, Bank Pelaburan Nordik, Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF), Perjanjian Schengen, NATO, OECD, dan Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO). Lithuania juga terlibat dalam kerjasama serantau melalui format Nordic-Baltic Eight (NB8).
Penamaan
Nama bahasa Inggeris Lithuania untuk nama tempat Lithuania yang sebenar pada sekitar tahun 1800-an hasil salah sangka para cendekiawan Inggeris bahawa ia kata asal Yunani yang ditulis berhuruf θ theta lalu dirumikan sebagai th. Nama Lithuania yang sebenar pula terbitan kata Litua (disebut [litua]) menyerap Lietuva dalam bahasa setempat;[7] ia mula terakam dalam naskhah Babad Quedlinburg berbahasa Latin bertarikh 9 Mac 1009.[8][9]
Nama Lietuva adalah kata sifat terbitan diimbuhkan -uva tetapi kata dasarnya yang asal dipertikaikan[10] sama ada dari sungai Lietava mengalir dekat Kernavė pusat kerajaan Lithuania tidak jauh dari Vilnius[11][12] mahupun kelompok pahlawan setiaraja (leitis)[13] yang sekaligus menjadi asas gelaran bangsa Lithuania (lietuviai) sejak abad-abad ke-14–16 terutamanya dalam bahasa Latvia yang serumpun.[14][15][16]
Sejarah

Nenek moyang kepada orang Lithuania moden ialah bangsa Balt yang tiba di kawasan tersebut sekitar tahun 2000 SM. Pada kira-kira tahun 1240 M, seorang lelaki bernama Mindaugas telah menyatukan suku-suku Lithuania. Pada tahun 1251, beliau memeluk agama Kristian. Namun begitu, Mindaugas telah dibunuh pada tahun 1263 dan rakyatnya kembali kepada kepercayaan paganisme.
Pada tahun 1316, Lithuania disatukan sekali lagi oleh seorang pemimpin bernama Gediminas. Beliau memilih gelaran Grand Duke (adipati agung) dan bukannya raja. Di bawah pemerintahannya, Lithuania menjadi sebuah negara yang kuat. Gediminas menjadikan Vilnius sebagai ibu kota dan menggalakkan kedatangan penduduk dari bahagian lain Eropah untuk menetap di situ.
Lithuania kemudian berkembang ke arah timur, meliputi kawasan yang kini dikenali sebagai Belarus dan Ukraine. Namun begitu, mereka berdepan ancaman yang semakin meningkat daripada Kesatria Teuton, iaitu satu perintah kesatria Jerman yang menjalankan perang salib menentang penganut pagan di rantau Baltik.
Pada tahun 1377, Jogaila menjadi Adipati Agung Lithuania. Namun, pada tahun 1381 beliau terpaksa melarikan diri dari Vilnius setelah bapa saudaranya, Kestutis, mengisytiharkan dirinya sebagai Adipati Agung. Walau bagaimanapun, pada tahun 1382, Jogaila berjaya merampas semula kuasa di Vilnius ketika Kestutis berada di luar bandar. Beliau kemudian menawan Kestutis dan anaknya, Vytautas.
Pada tahun 1386, Adipati Agung Jogaila berkahwin dengan Jadwiga dari Poland. Parlimen Poland (Sejm) memilihnya sebagai raja Poland. Jogaila memeluk agama Kristian dan kebanyakan rakyatnya turut mengikuti keputusan tersebut. Selepas itu, Jogaila menetap di Poland dan tidak lagi dapat mentadbir Lithuania secara langsung. Oleh itu, pada tahun 1392, beliau berdamai dengan Vytautas, bekas musuhnya. Vytautas dilantik sebagai Adipati Agung Lithuania dengan syarat beliau memberikan sokongan kepada Jogaila.
Sementara itu, satu wilayah Lithuania yang dikenali sebagai Samogitia masih kebanyakannya menganut kepercayaan pagan. Pada tahun 1398, wilayah tersebut ditawan oleh Kesatria Teuton. Namun, pada tahun 1409, penduduk Samogitia bangkit memberontak. Jogaila dan Vytautas memberikan sokongan kepada pemberontakan itu, dan mereka berhadapan dengan Kesatria Teuton dalam pertempuran. Pada tahun 1410, tentera Poland dan Lithuania berjaya menewaskan Kesatria Teuton dalam Pertempuran Tannenberg (juga dikenali sebagai Grunwald atau Žalgiris). Kemenangan ini menamatkan ancaman Kesatria Teuton buat selama-lamanya.
Di bawah pemerintahan Vytautas, yang dikenali sebagai Vytautas Agung, Lithuania mencapai kemuncak kekuasaannya. Semasa pemerintahannya, wilayah Lithuania berkembang lebih jauh ke timur. Vytautas Agung mangkat pada tahun 1430
Pada tahun 1447, Casimir Jagiellon, Adipati Agung Lithuania, telah menjadi Raja Poland. Maka, kedua-dua negara itu mempunyai seorang pemerintah yang sama. Pada tahun 1569, Perjanjian Lublin mengikat Poland dan Lithuania dengan lebih erat. Sebuah Komanwel Poland-Lithuania ditubuhkan. Kedua-dua negara mengekalkan tentera masing-masing, tetapi bersetuju untuk tidak membuat perjanjian dengan negara asing tanpa persetujuan bersama. Mereka juga mengekalkan undang-undang sendiri, namun mata wang bersama telah diperkenalkan. Parlimen bersama yang dikenali sebagai Sejm mula bersidang di Warsaw, dan sejak tahun 1573, Poland serta Lithuania mempunyai pemerintah bersama yang dipilih oleh golongan bangsawan.
Lama-kelamaan, Poland mula mendominasi Lithuania. Bahasa Poland menjadi bahasa utama dalam kalangan golongan atasan Lithuania.
Sementara itu, pada abad ke-16, gerakan Reformasi Kristian turut sampai ke Lithuania. Ajaran Protestan mendapat sambutan dalam kalangan sebahagian rakyat, namun pada akhir abad ke-16, ia mula berundur akibat kebangkitan semula Gereja Katolik melalui gerakan Kontra-Reformasi.
Pada masa yang sama, Rusia menjadi ancaman yang semakin besar kepada Lithuania. Pada tahun 1514, tentera Rusia menawan kota Smolensk, yang ketika itu merupakan sebahagian daripada wilayah Lithuania.
Kesatuan Poland-Lithuania dikenali sebagai Rzeczpospolita. Pada awal abad ke-17, kesatuan ini terlibat dalam satu lagi peperangan dengan Rusia, dan pada tahun 1611–1612, tentera gabungan Poland-Lithuania berjaya menawan kota Moscow. Namun, pada tahun 1654, Rusia melancarkan serangan balas dan menawan bahagian timur Rzeczpospolita, termasuk Vilnius.
Menjelang abad ke-18, Poland dan Lithuania semakin merosot dan secara beransur-ansur menjadi negara satelit kepada Rusia. Pada tahun 1772, Prusia, Austria, dan Rusia bersetuju untuk membahagikan wilayah Kesatuan Poland-Lithuania antara mereka. Rusia memperoleh sebahagian wilayah Lithuania. Pembahagian kedua berlaku pada tahun 1793, di mana Rusia mengambil lebih banyak wilayah lagi. Akhirnya, pada tahun 1795, pembahagian ketiga dilakukan dan Poland dan Lithuania akhirnya lenyap sebagai negara merdeka, serta Lithuania diletakkan sepenuhnya di bawah pemerintahan Empayar Rusia.
Pada tahun 1830, rakyat Poland bangkit menentang pemerintahan Rusia. Pada tahun 1832, pemberontakan itu merebak ke Lithuania. Namun, tentera Rusia dengan cepat berjaya menumpaskan kebangkitan tersebut. Pada tahun 1863, orang Poland dan Lithuania sekali lagi bangkit melawan, tetapi sekali lagi mereka dikalahkan.
Menjelang akhir abad ke-19, pihak Rusia memperkenalkan pelbagai langkah penindasan. Antaranya ialah sekatan terhadap agama Katolik, serta peraturan yang menetapkan bahawa hanya bahasa Rusia dibenarkan digunakan dalam pengajaran di sekolah menengah. Buku pula mesti diterbitkan menggunakan huruf Cyrillic, walaupun ditulis dalam bahasa Lithuania. Selain itu, buku dan akhbar dalam bahasa Poland, yang merupakan bahasa golongan atasan pada masa itu turut diharamkan.
Ramai rakyat Lithuania melarikan diri daripada penindasan Rusia dengan berhijrah ke Amerika Utara. Namun begitu, walaupun berdepan sekatan daripada pihak Rusia, minat terhadap budaya dan sejarah Lithuania semakin meningkat. Pada masa itu, semangat nasionalisme sedang berkembang di seluruh Eropah, dan tiada apa yang mampu dilakukan oleh Rusia untuk menghalangnya.

Pada tahun 1915, Jerman menakluki Lithuania. Pada dua tahun kemudian, pada tahun 1917, mereka membenarkan orang Lithuania menubuhkan sebuah majlis yang dikenali sebagai Taryba. Pada 16 Februari 1918, Taryba mengisytiharkan kemerdekaan Lithuania. Pada tahun 1920, Rusia mengiktiraf Lithuania sebagai sebuah negara merdeka. Namun, pada 10 Oktober 1920, Poland menawan bandar Vilnius, dan terus menguasainya. Hal ini menimbulkan ketegangan besar antara kedua-dua negara.
Pada tahun 1926, satu rampasan kuasa tentera berlaku di Lithuania. Selepas itu, Antanas Smetona memerintah negara tersebut sebagai seorang diktator de facto.
Pada tahun 1940, tentera Soviet menduduki Lithuania. Pada bulan Ogos tahun yang sama, Lithuania dipaksa menyertai Kesatuan Soviet, pengganti kepada Empayar Rusia. Selepas pengilhakan itu, beribu-ribu rakyat Lithuania telah dihukum mati atau dihantar ke kem tahanan di Siberia.
Jerman menyerang Rusia pada bulan Jun 1941, dan tidak lama selepas itu mereka menawan Lithuania. Rejim Nazi memerintah Lithuania selama tiga tahun, dan dalam tempoh tersebut hampir keseluruhan penduduk Yahudi Lithuania dibunuh dalam Holokus.
Namun, pada bulan Julai 1944, tentera Rusia berjaya menawan semula Vilnius. Menjelang akhir tahun 1944, seluruh Lithuania telah dikuasai semula oleh Soviet, dan sekali lagi rejim komunis dipaksakan ke atas negara itu.
Antara tahun 1945 hingga 1952, tanah pertanian di Lithuania telah dikumpulkan di bawah sistem kolektivisasi. Pada masa yang sama, beribu-ribu rakyat Lithuania dibunuh atau dihantar ke kem tahanan di Siberia. Pihak Soviet turut membangunkan industri di Lithuania, namun pembangunan itu mengakibatkan kerosakan besar terhadap alam sekitar.
Menjelang akhir tahun 1980-an, pemerintahan komunis di Lithuania mula runtuh. Pada tahun 1988, sebuah gerakan rakyat yang dinamakan Sąjūdis (Pergerakan) ditubuhkan. Pada tahun 1989, Lithuania diberi sedikit kuasa autonomi ekonomi, dan pada Disember tahun yang sama, Parti Komunis Lithuania memisahkan diri daripada Parti Komunis Kesatuan Soviet.
Pada Mac 1990, Sąjūdis memenangi pilihan raya Majlis Tertinggi Lithuania, yang kemudiannya mengisytiharkan kemerdekaan Lithuania. Namun begitu, Rusia menentang tindakan tersebut dan melaksanakan sekatan ekonomi. Pada Januari 1991, tentera Rusia menembak mati 14 orang penunjuk perasaan tidak bersenjata di luar menara televisyen di Vilnius.
Pada 19 Ogos 1991, sekumpulan komunis garis keras di Moscow cuba melancarkan rampasan kuasa, tetapi percubaan itu gagal. Selepas itu, pada 6 September 1991, Rusia secara rasmi mengiktiraf kemerdekaan Lithuania. Pada bulan yang sama, Lithuania diterima masuk sebagai anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Tahun 1990-an merupakan tempoh sukar bagi Lithuania ketika sistem komunis dibubarkan dan negara beralih kepada ekonomi pasaran. Namun, Lithuania akhirnya berjaya menyesuaikan diri dan menjadi negara yang makmur. Tentera Rusia terakhir meninggalkan Lithuania pada tahun 1993.
Pada tahun 2004, Lithuania menyertai NATO dan Kesatuan Eropah (EU). Negara ini terjejas teruk semasa kemelesetan ekonomi tahun 2009, apabila kadar pengangguran meningkat mendadak, tetapi ekonomi Lithuania pulih tidak lama kemudian dan terus berkembang dengan stabil.
Pada tahun yang sama, Vilnius diiktiraf sebagai Ibu Kota Kebudayaan Eropah 2009, dan Dalia Grybauskaitė dipilih sebagai presiden wanita pertama Lithuania. Pada tahun 2015, Lithuania mula menggunakan mata wang euro. Menjelang tahun 2024, populasi Lithuania dianggarkan sekitar 2.8 juta orang.
Demografi
Sejak zaman Neolitik, penduduk peribumi Lituania tidak digantikan oleh mana-mana kumpulan etnik, jadi besar kemungkinan penduduk Lituania sekarang mempunyai genetik daripada nenek moyang mereka. Penduduk Lituania tidak mempunyai perbezaan genetik yang agak ketara antara kumpulan etnik. Kajian pada 2004 mendedahkan MtDNA rakyat Lituania mirip kepada orang Slav dan Finno-Ugrik yang tinggal di utara dan timur Eropah. Kajian juga menunjukkan kromosom-Y orang Lituania mirip kepada orang Latvia dan Estonia.
Berdasarkan anggaran pada tahun 2014, kumpulan umur penduduk ialah: 0-14 tahun, 13.5% (lelaki 243,001/perempuan 230,674); 15-64 tahun: 69.5% (lelaki 1,200,196/perempuan 1,235,300); 65 tahun dan ke atas: 16.8% (lelaki 207,222/perempuan 389,345). Umur median ialah 41.2 tahun (lelaki:38.5/perempuan:43.7).
Lithuani mempunyai kadar kelahiran yang rendah; jumlah kadar kelahiran di Lituania ialah 1.59 kanak-kanak untuk setiap wanita (2015). Pada 2014, 29% kelahiran adalah dari wanita yang tidak berkahwin. Umur semasa perkahwinan pada 2013 ialah 27 bagi wanita dan 29.3 bagi lelaki.
Kumpulan etnik
Etnik Lituania mewakili sekitar lima per enam daripada penduduk negara. Berdasarkan bancian pasa tahun 2011, populasi Lituania 3,043,400, 84% daripadanya etnik Lituania yang bertutur dalam bahasa Lituania, bahasa rasmi negara. Etnik-etnik minoriti yang wujud ialah Poland (6.6%), Rusia (5.8%), Belarus (1.2%) dan Ukraine (0.5%).
Orang Poland merupakan etnik minoriti terbesar yang tinggal di tenggara Lituania. Etnik Rusia pula minoriti kedua terbesar dan tinggal di dua bandar. Mereka merupakan minoriti utama di Vilnius (14%) dan Klaipeda (28%), dan majoriti di bandar Visaginas (52%). Sekitar 3000 orang Roma tinggal di Lituania, kebanyakannya di Vilnius, Kaunas dan Paneverys; pertubuhan mereka disokong oleh Jabatan Emigrasi dan Minoriti Negara. Selama berkurun-kurun, komuniti Tatar tinggal di Lituania.
Bahasa
Bahasa rasmi ialah Bahasa Lituania, bahasa lain seperti Rusia, Poland, Belarus dan Ukraine dituturkan di bandar-bandar besar, di daerah Salcininkai dan Vilnius. Bahasa Yiddish dituturkan oleh komuniti kecil Yahudi di Lituania. Berdasarkan bancian Lituania pada 2001, sekitar 84% populasi bertutur dalam Bahasa Lituania sebagai bahasa asli mereka, 8% pula penutur Bahasa Russia dan 6% dalam bahasa Poland. Berdasarkan kajian pada 2012, 80% penduduk Lituania boleh bertutur dalam Bahasa Russia dan 38% boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris. Kebanyakan sekolah di Lituania mengajar Bahasa Inggeris sebagai bahasa asing pertama, tetapi pelajar juga boleh belajar Bahasa Jerman, Perancis dan Rusia. Sekolah yang menggunakan Bahasa Rusia dan Poland sebagai bahasa pengantar juga wujud di kawasan yang diduduki oleh etnik minoriti ini.
Agama
Bancian pada 2011 menunjukkan 77.2% rakyat Lituania ialah penganut Roman Katholik. Agama ini menjadi mazhab majoriti sejak kristianisasi Lituania pada akhir kurun ke-14. Paderi-paderi memimpin pergerakan menentang rejim komunis.
Pada separuh pertama abad ke-20, fahaman Lutheran mempunyai sekitar 200,000 ahli, 9% daripada jumlah penduduk, kebanyakannya dari etnik Jerman, tetapi telah menurun sejak tahun 1945, seiring dengan perpindahan etnik tersebut. Komuniti kecil Protestant tinggal di bahagian utara dan barat negara. Penganut agama telah ditindas ketika penaklukan Soviet, ramai yang dibunuh, diseksa dan dihalau ke Siberia. 4.1% ialah Orthodoks (dianuti oleh minoriti etnik Rusia), 0.8% Protestant dan 6.1% tiada agama.
Lituania merupakan rumah kepada komuniti Yahudi sejak kurun ke-18 hingga Perang Dunia kedua. Sebelum perang,populasi Yahudi di luar Vilnius mencecah 160,000. Pada September 1939, puluhan ribu Yahudi menjadi tumpuan Lituania apabil Soviet memindahkan wilayah Vilnius dari Poland ke Lituania dan tambahan pelarian Yahudi yang tiba di Lituania ketika tempoh sebelum Jun 1941. Anggaran 220,000 Yahudi tinggal di Republik Lituania pada Jun 1941, kesemuanya dihapuskan sepenuhnya ketika Holokus. Komuniti ini berjumlah sekitar 4000 pada akhir tahun 2009.
Berdasarkan kaji selidik oleh Eurobarometer pada 2010,47% penduduk Lituania percaya kepada tuhan, 37% memberi jawapan mereka percaya kepada sesetengah perkara tentang alam ghaib, dan 12% tidak mempercayai tuhan dan alam ghaib.
Lihat juga
- Perhubungan di Lituania
- Pelancongan di Lituania
- Ketenteraan di Lituania
- Pengangkutan di Lituania
- Hubungan Luar Lituania
- Daftar negara
Rujukan
- ^ "Ethnicity, mother tongue and religion". Official Statistics Portal. Statistics Lithuania. 12 Disember 2019. Diarkibkan daripada yang asal pada 15 Disember 2018.
- ^ Kulikauskienė, Lina (2002). Lietuvos Respublikos Konstitucija [The Constitution of the Republic of Lithuania] (dalam bahasa Lithuania). Native History, CD. ISBN 978-9986-9216-7-7.
- ^ "Pradžia – Oficialiosios statistikos portalas". osp.stat.gov.lt.
- ^ a b c d "World Economic Outlook Database, April 2023". IMF.org. Tabung Kewangan Antarabangsa. April 2023. Dicapai pada 27 November 2022.
- ^ "Gini coefficient of equivalised disposable income". Eurostat. Diarkibkan daripada yang asal pada 9 October 2020. Dicapai pada 22 June 2022.
- ^ "Human Development Report 2021/2022" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). United Nations Development Programme. 8 September 2022. Dicapai pada 8 September 2022.
- ^ Bammesberger, Alfred (Mar 2012). "Lietuvà, Lithuania, and Chaucer's Lettow". Lituanus. 58 (1): 5–8.
- ^ Baranauskas, Tomas (Fall 2009). "On the Origin of the Name of Lithuania". Lithuanian Quarterly Journal of Arts and Sciences. 55 (3). ISSN 0024-5089.
- ^ Vilnius. Key dates Diarkibkan 17 Januari 2007 di Wayback Machine. Retrieved on 18 January 2007.
- ^ Zinkevičius, Zigmas. "Lietuvos vardas". Visuotinė lietuvių enciklopedija (dalam bahasa Lithuania). Dicapai pada 12 July 2021.
- ^ Zigmas Zinkevičius. Kelios mintys, kurios kyla skaitant Alfredo Bumblausko Senosios Lietuvos istoriją 1009-1795m. Voruta, 2005.
- ^ Zinkevičius, Zigmas (30 November 1999). "Lietuvos vardo kilmė". Voruta (dalam bahasa Lithuania). 3 (669). ISSN 1392-0677. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 May 2022.
- ^ Dubonis, Artūras (1998). Lietuvos didžiojo kunigaikščio leičiai: iš Lietuvos ankstyvųjų valstybinių struktūrų praeities Leičiai of Grand Duke of Lithuania: from the past of Lithuanian stative structures (dalam bahasa Lithuania). Vilnius: Lietuvos istorijos instituto leidykla.
- ^ Dubonis, Artūras. "Leičiai | Orbis Lituaniae". LDKistorija.lt (dalam bahasa Lithuania). Vilnius University. Dicapai pada 13 July 2021.
- ^ Čeponis, Tomas; Sakalauskas, Mindaugas. Leičiai (PDF). Vilnius: Kementerian Pertahanan Negara Lituania. ISBN 978-609-412-143-2. Dicapai pada 13 July 2021.[pautan mati kekal]
- ^ Patackas, Algirdas. "Lietuva, Lieta, Leitis, arba ką reiškia žodis "Lietuva"". Lrytas.lt (dalam bahasa Lithuania). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 July 2021. Dicapai pada 11 August 2009.
- Sumber CS1 bahasa Lithuania (lt)
- Rencana dengan pautan luar mati dari July 2021
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan VcBA
- Rencana dengan pengenalan RERO yang rosak
- Rencana dengan pengenalan UKPARL
- Tunas Eropah
- Lithuania
- Republik
- Demokrasi liberal
- Negara di Eropah
- Negara dan wilayah berbahasa Rusia









