
Lokcing merupakan sejenis sate yang khususnya diperbuat daripada ikan.[1] Ia merupakan makanan yang terkenal di Pantai Timur Malaysia, kebiasaannya dijual di tepi jalan atau dijaja di atas motor. Bahan untuk membuat lokcing ialah ikan dan tepung kanji. Bahan-bahan tersebut kemudiannya diuli dan dibentukkan menjadi bulat seperti guli. Lokcing ini boleh dimakan begitu sahaja, namun lebih sedap jika dipanggang atau dibakar untuk meningkatkan aromanya. Lokcing ini seharusnya dimakan dengan pencicah sos sama ada manis atau pedas untuk meningkatkan selera.[2]
Asal-usul
Lokcing dipercayai berasal dari selatan Thailand[2] dan nama lokcing dipinjam daripada bahasa Thai ลูกชิ้นปลา[3] yang membawa maksud bebola bakar. Makanan yang unik ini terdapat di negeri yang bersempadan dengan Thailand; sudah ada di Kelantan, tapi mula dijual di Perlis dan Kedah.[4]
Bahan-bahan
bahan asas untuk membuat lokcing ini ialah ikan yang dikisar sampai lumat dan tepung kanji.[2] Kini, ikan juga boleh diganti dengan daging, ayam, ketam atau udang dek berkembang mengikut peredaran zaman.[4]
Cara membuat
Isi ikan perlu dikisar terlebih dahulu sehingga lumat, sebelum diuli bersama-sama dengan tepung kanji. Setelah itu, bahan yang diuli tersebut kebiasaannya dibentukkan menjadi bulat, tetapi boleh juga dibentukkan kepada bentuk yang lain. Kemudian, ianya dicucuk dengan lidi lalu dibakar atas bara api. Secara tradisionalnya, lokcing dibakar atas arang. Kini, lokcing didapati dibakar di atas dapur gas dan dapur elektrik.[4]
Rujukan
- ^ "Lokcing". Siri Glosari Dialek Melayu Semenanjung: Glosari Dialek Kelantan. Dewan Bahasa dan Pustaka. 2016.
- ^ a b c "Apa itu Lokcing?". Sate Ikan (Lokcing). 6 Disember 2017. Dicapai pada 20 Januari 2025.
- ^ ลูกชิ้นปลา ni baru betol..
- ^ a b c R Intan Sufida (20 Ogos 2012). "Sejarah LokChing (Sate Ikan)". LokChing Sate Ikan. Dicapai pada 20 Januari 2025.








