Lotter AF4 | |
|---|---|
| Kelahiran | Lotter Petrus Edwin Edin 30 April 1982 |
| Meninggal dunia | 18 Oktober 2025 (umur 43) |
| Sebab kematian | Penyakit tiroid |
| Nama lain | Lotter, Dudu |
| Pekerjaan | Penyanyi, penulis lagu, penyampai radio |
| Tahun aktif | 2006–2025 |
Lotter Petrus Edwin Edin atau lebih dikenali sebagai Lotter atau Dudu (30 April 1982 — 18 Oktober 2025) merupakan salah seorang pelajar Akademi Fantasia musim keempat. Beliau berasal dari Membakut, Sabah.
Penyanyi kegemarannya ialah Kurt Cobain dan John Gaisah. Pelakon kegemarannya pula ialah P. Ramlee, Ahmad Nisfu, Robert De Niro, dan Charlize Theron. Anak jati dari Membakut ini turut menyukai muzik rock alternatif.
Lotter dengan 3 adiknya telah menubuhkan sebuah kugiran bernama 'The Divine Master's' pada 2008. Single pertama kumpulan ini berjudul 'Di Sampingmu' yang mana pernah mendapat tempat pertama di carta radio-radio tempatan.[1]
Akademi Fantasia 4
Lotter diterima masuk dalam Akademi Fantasia musim keempat dan beliau adalah salah seorang daripada dua belas calon pelajar yang terpilih (daripada sepuluh orang yang diterima juri) untuk memasuki Akademi Fantasia setelah bersaing dalam konsert prelude bagi kelayakan tersebut.
Beliau telahpun tersingkir ketika konsert ketujuh walau bagaimanapun kembali bersama dengan 8 bekas pelajar yang tersingkir untuk berentap di konsert kesembilan atau dikenali sebagai konsert AFMASUK untuk merebut satu lagi kekosongan untuk berada di peringkat akhir.
Beliau berjaya memperoleh undian yang tertinggi setelah undiannya bersaing hebat dengan Rich lalu diserap semula untuk mara ke peringkat akhir bagi musim keempat bersama Faizal, Farhan, Haziq, dan Velvet. Pada 5 Ogos 2006, beliau menjadi naib juara Akademi Fantasia musim ke-4 pada Konsert Akhir Akademi Fantasia.
Lagu-lagu di Akademi Fantasia
Berikut adalah lagu-lagu yang dinyanyikan oleh beliau ketika konsert prelude dan konsert mingguan AF yang seterusnya :
| Konsert | Lagu | Ked. |
|---|---|---|
| Minggu Prelude | "Sunday Morning" nyanyian asal Maroon 5 | Top 12 |
| Minggu 1 | "Azizah" nyanyian asal P. Ramlee | Ke-2 |
| Minggu 2 | "Ibu Kota Cinta" nyanyian asal Def Gab C | Pertama |
| Minggu 3 | "I'ris" nyanyian asal Awie | Ke-4 |
| Minggu 4 | "Temasya Desa Gemalai" nyanyian asal Ramli Sarip | Ke-5 |
| Minggu 5 | "Bila April" nyanyian asal Fazley Yaakob | Ke-4 |
| Minggu 6 | "Da Bomb" nyanyian asal Ruffedge | Ke-4 |
| Minggu 7 | "Chow Kit Road" nyanyian asal Sudirman Haji Arshad | Tersingkir |
| Minggu 9 (AFmasuk) | "Pria Terhebat" nyanyian asal Sheila on 7 | AF MASUK |
| Minggu 10 (Akhir) | "In The End" nyanyian asal Linkin Park | Naib Juara |
"Yang Berlalu Tak Berulang" nyanyian asal Lotter
|
Radiografi
Radio
| Tahun | Tajuk | Stesen |
|---|---|---|
| 2010–2015 | Suria Pagi Kinabalu | Suria FM Sabah |
Diskografi
Album kompilasi AF
- Best Of Lotter (2006)
Single
- Solo
- Yang Berlalu Tak Berulang (2006)
- Bersama The Divine Master
- Di Sampingmu
Perkembangan Terkini
Lotter kini bergiat aktif sebagai seorang penyampai radio di Suria FM, sebuah stesen radio di Sabah berpangkalan di Kota Kinabalu. Selain itu, beliau juga mempunyai sebuah kumpulan muzik yang bernama Divine Master.
Rujukan
Pautan luar
- Profil di Murai Diarkibkan 2012-06-03 di Wayback Machine
- Perkembangan Lotter








