

Penghormatan terakhir (jenazah diletakkan atau disemayamkan untuk penghormatan negara) ialah tradisi di mana jasad seseorang pembesar utama yang telah meninggal dunia, seperti ketua kerajaan, ketua negara, dan kerabat diraja ditempatkan di sebuah bangunan kerajaan, sama ada di luar atau di dalam keranda, untuk membolehkan rakyat jelata memberikan penghormatan terakhir. Ia biasanya berlangsung di sebuah bangunan kerajaan utama sesebuah negara, negeri, atau bandar. Amalan ini berbeza antara negara, di Amerika Syarikat, upacara melihat jenazah di lokasi selain bangunan kerajaan, seperti di gereja, boleh dirujuk sebagai lying in repose.[1]Upacara ini pada dasarnya merupakan satu majlis berjaga atau menatap jenazah yang lebih rasmi dan terbuka kepada umum.[2] Penghormatan terakhir boleh mendahului sebuah pengebumian negara, atau menjadi penghormatan awam sebelum upacara pengebumian peribadi diadakan.
Lihat juga
- Majlis berjaga
- Tatapan jenazah
- Upacara pengebumian
- Lying in repose
- Pengebumian negara
- Vigil of the Princes
Rujukan
- ^ "State Funeral for Former President Ronald Reagan". Military District of Washington. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 June 2007. Dicapai pada 30 July 2020.
- ^ Brennan, Michael (2014). The A–Z of Death and Dying: Social, Medical, and Cultural Aspects. ABC-CLIO. m/s. 427–428.