Majlis Bandaraya Alor Setar مجلس بندارايا الور ستار | |
---|---|
bahasa Inggeris: Alor Setar City Council Cina: 亚罗士打市政厅 Tamil: அலோர் ஸ்டார் மாநகராட்சி | |
![]() | |
Sejarah | |
Didahului oleh | Majlis Bandaraya Kota Setar |
Kepimpinan | |
Datuk Bandar | YANG BERBAHAGIA DATO’ HAJI ABDUL GAFAR BIN YAHYA, DIMP., SDK., AMK., AMN., BCK. (since February 2025) |
Setiusaha Bandaraya | EN. NASRANKAMIL BIN NOH, AMK., BCK. |
Moto | |
Bandaraya Berdayahuni 2035 | |
Tempat persidangan | |
![]() | |
Jalan Kolam Air, 05675 Alor Setar, Kedah, Malaysia | |
pbt | |
sunting ![]() |
Majlis Bandaraya Alor Setar(Singkatan MBAS) merupakan kerajaan tempatan yang mentadbir Bandaraya Alor Setar, Kedah. Majlis bandaraya ini ditubuhkan pada 21 Disember 2023 selepas Alor setar dikurniakan status bandar raya. Bidang kuasa MBAS meliputi kawasan seluas 33 kilometer dan mentadbir seluruh daerah Kota Setar (di mana pusat bandar Alor Setar terletak) serta daerah pokok sena.
Majlis ini berfungsi untuk memberikan perkhidmatan-perkhidmatan perbandaran kepada penduduk. Ia juga bertanggungjawab pada kesihatan dan sanitasi awam, pengurusan dan pembuangan sampah, perancangan bandar, perlindungan dan kawalan alam sekitar, pembangunan ekonomi dan sosial, pengurusan lalu lintas dan penyelenggaraan umum bagi infrastruktur bandar[1]. Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar dan mempunyai 24 orang Ahli Majlis. [2].
Latar belakang
Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ialah sebuah kerajaan tempatan di Alor Setar, Kedah, Malaysia. Ia ditubuhkan pada 2003, dan sebelum ini dikenali Majlis Perbandaran Kota Setar (MPKS). Pada peringkat permulaan, Alor Setar ditadbir dalam kawasan yang kecil serta di seluruh daerah Kota Setar. MBAS merupakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang bertanggungjawab untuk kebajikan dan sebarang kemudahan prasarana yang terdapat di Bandaraya Alor Setar dan kawasan sekitarnya serta mentadbir Daerah Pokok Sena.
Datuk Bandar
Sejak 2003, bandar ini ditadbir oleh beberapa orang datuk bandar
No | Datuk Bandar | Term Mula | Term Berakhir |
---|---|---|---|
1 | Yusof Nayan | 22 Disember 2003 | 31 Oktober 2006 |
2 | Abdul Mukhti Abdullah | 1 November 2006 | 30 November 2006 |
3 | Khazali Din | 1 Disember 2006 | 16 July 2011 |
4 | Mat Noh Ahmad | 17 July 2011 | 15 ogos 2016 |
5 | Mohd Zohdi Saad | 15 August 2016 | Penyadang |
Asal-usul penubuhan
Bermula dari sebuah Badan Kebersihan Bandar atau Sanitary Board pada tahun 1905, pentadbiran Bandar Alor Setar bertukar kepada "Lembaga Bandaran Kota Setar" pada tahun 1958 yang kemudiannya dinaikkan taraf sebagai "Majlis Daerah Kerajaan Tempatan Kota Setar" pada Mac 1976, sekali lagi dinaiktaraf sebagai "Majlis Perbandaran Kota Setar" pada Februari 1978 dan akhirnya pada tanggal 28 November 2003 bersamaan 4 Syawal 1424H, bandar Alor Setar telah diisytiharkan sebagai bandar raya Alor Setar ke-9 dengan gelaran Majlis Bandaraya Alor Setar selepas bandaraya-bandaraya Kuala Lumpur, Ipoh, Kuching Utara, Kuching Selatan, Johor Bahru, Kota Kinabalu, Shah Alam dan Melaka Bersejarah.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Mohd Yahya, N., The local government system in Peninsular Malaysia: with special reference to the structure, management, finance and planning, 1987
- ^ https://open.dosm.gov.my/ms-MY/data-catalogue/population_district?state=kedah&district=pokok-sena&visual=table