| Majlis Kepimpinan Presiden | |
|---|---|
| مجلس القيادة الرئاسي | |
| Gambaran keseluruhan | |
| Pembentukan | 07 April 2022 |
| Negara | Yaman |
| Bidang kuasa | Yaman |
| Laman sesawang | presidentalalimi |
| Ketua | Presiden (Rashad al-Alimi) Timbalan Presiden (beberapa, lihat Anggota) |
| Dilantik oleh | Abdrabbuh Mansur Hadi |
| Ibu pejabat | Al-Maashiq Palace, Aden, Yaman[1] |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Templat:Politics of Yemen Majlis Kepimpinan Presiden (Presidential Leadership Council atau PLC; Arab: مجلس القيادة الرئاسي, rumi: Majlis al-Qiyādah al-Riʼāsī) adalah sebuah badan eksekutif di Yaman yang diakui oleh pihak antarabangsa,[2] yang ditubuhkan pada 7 April 2022. Ia dipengerusikan oleh Rashad al-Alimi dan asalnya mempunyai keanggotaan seramai lapan orang, termasuk perwakilan dari Majlis Peralihan Selatan (STC).[3][4] Dekri menuntut seluruh kuasa presiden dan timbalan presiden akan dipindahkan kepada majlis ini. Walau bagaimanapun, ia juga memberikan pengerusi kuasa peribadi yang meluas, termasuk keupayaan untuk memerintah tentera secara unilateral dan melantik gabenor dan pegawai penting lain.[5]
Setakat bulan Mei 2023, tiga daripada lapan kerusi di dalam Majlis Kepimpinan Presiden telah dipegang oleh para perwakilan daripada Majlis Peralihan Selatan.[6]
Pada bulan Disember 2025, tentera Arab Saudi yang mengawal ibu pejabat PLC di Aden telah berundur daripada kota di tengah-tengah pengambilalihan oleh STC, dengan para anggota yang bersekutu dengan Arab Saudi termasuk pengerusi, Rashad al-Alimi—pergi bersama-sama dengan mereka, sementara STC menegaskan bahawa "Susunan institusi kekal tidak berubah".[7][8] Pada 22 Disember 2025, empat anggota bukan-STC di dalam Majlis Kepimpinan Presiden telah memutuskan untuk menggantung mana-mana pegawai awam yang menyokong penggantian pihak selatan.[9] Pemimpin STC, Aidarus al-Zoubaidi telah dipecat daripada majlis pada 7 Januari 2026.[10] Timbalan pengerusi STC, Faraj Al-Bahsani juga dipecat daripada majlis pada 15 Januari 2026, di mana al-Alimi memetik bukti bahawa Al-Bahsani telah mengaturgerak pasukan tentera Selatan ke Hadramaut pada bulan Disember 2025.[11][12]
Dalam satu dekri bertarikh 15 Januari 2026, al-Alimi telah melantik Mahmoud al-Subaihi dan Salem al-Khanbashi sebagai anggota majlis untuk mengantikan al-Zoubaidi dan Al-Bahsani.[13][14]
Anggota
| Penyandang | Portfolio | Nota |
|---|---|---|
| Rashad al-Alimi | Presiden | Seorang bekas penasihat kepada bekas presiden Abdrabbuh Mansur Hadi. |
| Tareq Saleh | Timbalan Presiden | Komander tentera dan anak saudara kepada bekas presiden Ali Abdullah Saleh. Pemimpin dalam Pembangkang Kebangsaan. |
| Sultan Ali al-Arada | Timbalan Presiden | Seorang tokoh puak dan tentera yang menonjol. Gabenor di kegabenoran Marib. Anggota dalam parti Al-Islah. |
| Abdullah al-Alimi Bawazeer | Timbalan Presiden | Salah seorang kalangan dalam presiden Hadi. Beliau juga anggota dalam parti Al-Islah. |
| Abed al-Rahman Abu Zara’a | Anggota | Juga dikenali sebagai Abu Zara'a Al Muharrami, beliau juga memimpin Briged Gergasi, Pergerakan Selatan yang disokong oleh UAE. Beliau dikenali sebagai seorang Salafis. Anggota dalam Majlis Peralihan Selatan.[15] |
| Othman Hussein Megali | Anggota | Pengawal undang-undang dan salah seorang pemimpin puak di Sa'dah, kubu kuat puak Houthi. |
| Mahmoud al-Subaihi | Anggota | Leftenan Jeneral dalam Angkatan Tentera Yaman dan bekas Menteri Pertahanan pada tahun 2014 hingga 2018. |
| Salem al-Khanbashi | Anggota | Gabenor di kegabenoran Hadhramaut |
- Bekas anggota
- Faraj Salmin Al-Bahsani, bekas gabenor di Hadramaut[16] dan bekas komander bagi Wilayah Ketenteraan Kedua yang beroperasi di wilayah ini.[3] Beliau telah dilantik sebagai timbalan pengerusi dalam Majlis Peralihan Selatan pada bulan Mei 2023.[17]
- Aidarus al-Zoubaidi, pengerusi dan komander Majlis Peralihan Selatan dan pemimpin de facto dalam Pergerakan Selatan.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Al-Sakani, Ali (19 April 2022). "Yemen inaugurates new presidential council". Al Jazeera. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 May 2022. Dicapai pada 8 May 2022.
- ^ "HEADS OF STATE HEADS OF GOVERNMENT MINISTERS FOR FOREIGN AFFAIRS" (PDF). United Nations. Dicapai pada 8 April 2023.
- ^ a b Salem, Mostafa; Kolirin, Lianne (7 April 2022). "Hopes of peace in Yemen as President hands power to new presidential council". CNN. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 April 2022. Dicapai pada 8 April 2022.
- ^ Ghobari, Mohamed (7 April 2022). "Yemen president sacks deputy, delegates presidential powers to council". Reuters. Aden. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 May 2022. Dicapai pada 7 April 2022.
- ^ Ardemagni, Eleonora (9 June 2022). "Yemen's Post-Hybrid Balance: The New Presidential Council". Carnegie Endowment for International Peace. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 February 2023. Dicapai pada 11 February 2023.
- ^ Furlan, Marta (29 March 2023). "Developments In Southern Yemen: Significance, Implications, And Prospects For Peace". Orion Policy Institute. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 June 2023.
- ^ "Separatists claim broad control of southern Yemen". Reuters. 8 December 2025. Dicapai pada 12 December 2025.
- ^ "Pro-coalition government flees Aden as tensions with STC escalate". Yemen Press Agency. 8 December 2025. Dicapai pada 12 December 2025.
- ^ "قرارات رئاسية مرتقبة تشمل تغييرات واسعة في الحكومة بدعم سعودي لتعزيز الاستقرار شرق البلاد | نيوز لاين".
- ^ "Saudi-led coalition strikes Yemen, says STC leader al-Zubaidi has fled". Al Jazeera (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-07.
- ^ "Yemen's Presidential Leadership Council dismisses Faraj Al-Bahsani from membership". Saudi Gazette (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-01-15. Dicapai pada 2026-01-15.
- ^ "Yemen presidential body sacks last UAE-backed member". The New Arab (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-01-15. Dicapai pada 2026-01-15.
- ^ "President of Presidential Leadership Council Issues Decree Appointing Two Members to the Council". Official Website of President Dr. Rashad Al-Alimi (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-15. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-01-16. Dicapai pada 2026-01-16.
- ^ "Mahmoud al-Subaihi and Salem al-Khanbashi Appointed as Members of the Presidential Leadership Council". Yemen Monitor (dalam bahasa Inggeris). 2026-01-16. Diarkibkan daripada yang asal pada 2026-01-16. Dicapai pada 2026-01-16.
- ^ "Yemen's Southern Transitional Council reshuffle strengthens body, analysts say". National News. 9 May 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2023.
- ^ "تعيين مبخوت بن مبارك يسلم بن ماضي محافظا لمحافظة حضرموت". Diarkibkan daripada yang asal pada 2022-08-01. Dicapai pada 2023-05-23.
- ^ "Yemen's Southern Transitional Council reshuffle strengthens body, analysts say". National News. 9 May 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 June 2023.









