Rencana ini tidak mempunyai pautan ke rencana Wikipedia lain.  (Oktober 2017)  | 
Majlis Sukan Sekolah Sekolah Malaysia ditubuhkan pada 3 Mac 1958 di atas nama Majlis Sukan Sekolah-sekolah Persekutuan Tanah Melayu melalui satu mesyuarat yang dihadiri oleh Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Pengarah-Pengarah Pelajaran Negeri dan wakil-wakil Majlis Sukan Sekolah-Sekolah negeri.[1]
Sejarah
Pada tahun 1963, ia ditukarkan kepada Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia. MSSM ini di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia untuk meningkatkan mutu sukan di sekolah-sekolah melalui penganjuran pertandingan Sukan dan program-program pembangunan. Kejohanan Peringkat MSSM hanya terbuka kepada pelajar-pelajar warga Malaysia bawah umur 18 tahun.
Lima tahun kemudian, pada tahun 1968, Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah ditubuhkan untuk menganjur dan melaksanakan program pembangunan sukan sekolah-sekolah di Malaysia. Dasar Pelajaran Kebangsaan telah dibentuk dan ia menekankan domain psikomotor, kognitif dan afektif. Pada tahun 1973, kemudahan infrastruktur dan tenaga pengajar telah dimajukan bersama.
Visi
- Memberi peluang kepada pelajar menyertai kejohanan yang mempunyai unsur-unsur keseronokan sambil mempamerkan kecemerlangan.
 
Misi
- Melahirkan atlet yang berpotensi tinggi melalui program pertandingan sukan di dalamdan di luar negara
 
Objektif
- Menggalakkan, memajukan, memelihara dan mengatur aktiviti-aktiviti sukan.
 - Menganjurkan dan menjalankan semua aktiviti sukan sekolah sama ada di peringkat negeri,kebangsaan dan antarabangsa.
 - Mengelola dan menjalankan kursus kejurulatihan dan kepegawaian sukan sekolah.
 - Menyelaras segala kaedah dan undang-undang pertandingan sukan sekolah di peringkat kebangsaan dan negeri
 - Bekerjasama dengan mana-mana badan sukanlain atau pertubuhan-pertubuhan sukan.
 - Memajukan dan meningkatkan prestasi sukan keseluruhannya di Malaysia.
 - Membuat syor-syor kepada kerajaan mengenai cara, langkah, kaedah dan dasar yang patut diambil bagi kemajuan sukan sekolah dan jika diluluskan oleh kerajaan,melaksanakan dan membantu dalam melaksanakan syor-syor itu.
 
Acara sukan
Pelbagai jenis acara sukan dipertandingkan untuk kategori lelaki dan perempuan bawah 18, 15 dan 12 tahun.[2]
- Olahraga
 - Akuatik
 - Badminton
 - Bola baling
 - Bola jaring
 - Bola keranjang
 - Bola sepak
 - Bola tampar
 - Boling
 - Catur
 - Gimnastik artistik
 - Gimnastik berirama
 - Golf
 - Hoki
 - Kapal layar
 - Kriket
 - Memanah
 - Merentas desa
 - Ping pong
 - Ragbi
 - Sepak Takraw
 - Skuash
 - Softbol
 - Tenis
 - Wusyu Taekwondo Silat Olahraga
 








