2°24′29″N 102°09′41″E / 2.40796°N 102.16136°E
| Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah مکتب رنده ساءين س مارا الور ݢاجه | |
|---|---|
| Alamat | |
| Lot 1720, Mukim Ayer Pa'abas Jalan Paya Dalam – Ayer Pa'abas Alor Gajah, 78000, Melaka Malaysia | |
| Maklumat | |
| Nama lain | MRSM Alor Gajah |
| Jenis sekolah | Pendidikan menengah |
| Ditubuhkan | Januari 2007 |
| Status | Beroperasi |
| Pengetua | En. Azaam Bin Yacob |
| Timb. Pengetua Kecemerlangan Akademik | En. Abdul Rahim bin Ishak |
| Timb. Pengetua Pembangunan Pelajar | En. Shahzihan bin Mohamad @ Mohd Noor |
| Timb. Pengetua Pembangunan Bakat | Pn. Za'aimah |
| Sistem pendidikan | SPMRSM Program IGCSE |
| Bahasa | Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris |
| Slogan | Shaping a knowledgeable and virtuous generation |
| Nama alumni | ANSARA Alor Gajah |
| Laman sesawang | agajah |
![]() | |
| Kali terakhir dikemaskinikan: Mac 2024 | |
Maktab Rendah Sains MARA Alor Gajah (singkatan: MRSM Alor Gajah) merupakan sebuah sekolah berasrama penuh di bawah institusi MRSM, yang dikelolakan oleh MARA. Ianya terletak di dalam perkampungan Ayer Pa'abas dalam daerah Alor Gajah, di negeri Melaka.
Sejarah
Penubuhan maktab
Rekod mengenai penubuhan sebuah MRSM di daerah Alor Gajah bermula sekitar tahun 1988 apabila Pengerusi MARA, Dato' Hj. Ismail bin Said menyerahkan bantuan geran sebanyak $31,000 kepada Pejabat MARA Negeri bagi memulakan proses pembelian tanah[1]. MRSM Alor Gajah didirikan di atas tapak seluas 52 hektar di dalam kawasan perkampungan Ayer Pa'abas, dalam daerah Alor Gajah. Majlis pecah tanah pembinaan MRSM ini disempurnakan oleh Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam pada bulan Februari 2003 dan kos pembinaan dianggarkan berjumlah RM37.44 juta[2]. Penubuhan MRSM Alor Gajah ini diilhamkan daripada Pengerusi MARA pada ketika itu, Yang Berhormat Datuk Wira Abu Seman bin Hj Yusop sekitar tahun 2003[3].
Lagu rasmi
Wahai putera puteri bangsaku
Ayuh segera menuju
Mengikut gerak langkah maju
Bersatu mencari ilmu
Di zaman sains dan teknologi
Negara perlukan jasamu
Janganlah rasa malas lagi
Bersama memegang teraju
Di Maktab Rendah Sains MARA
Tuntut ilmu jangan jemu
Ikrar taat setia pada guru
Berdisiplin selalu
Hari ini hari mulanya
Hari esok berjaya
Lengkapkan segala yang ada
Ke kuliah kita segera
Rujukan
- ^ "5 States to have tuition centres". New Straits Times. 20 Januari 1988. m/s. 3. Dicapai pada 29 Oktober 2025.
- ^ "Mara allocates RM700 million for 14 new MRSM". New Straits Times. 19 Februari 2003. m/s. 7. Dicapai pada 29 Oktober 2025.
- ^ "MRSM Alor Gajah". Majlis Perbandaran Alor Gajah. Dicapai pada 1 Disember 2022.









