Malaysia Fest 2019 berlangsung di 'Central World' di Bangkok, Thailand dari 20 hingga 23 Jun, bersempena dengan Summit Asean ke-34. Festival itu dilancarkan Perdana Menteri Malaysia Mahathir Mohamad pada 21 Jun.[1][2]
Festival Malaysia 2019 di anjurkan MTCC dan Conceptual Events Worldwide Co Ltd. Program mendapat sokongan Kedutaan Besar Malaysia di Bangkok dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri Malaysia (MITI), Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar (MATRADE), Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (MOA) dan Tourism Malaysia. Program ini membawakan keistimewaan Malaysia yang kaya dengan kepelbagaian budaya bangsa di negara ini untuk diperlihatkan melalui persembahan kebudayaan, makanan, kraftangan dan juga fesyen.[1]
Lebih 80 syarikat dan usahawan dari Malaysia mempamerkan perkhidmatan serta keunikan produk mereka, termasuk makanan sejuk beku, kopi, bijirin, biskut, konfeksi, produk kecantikan dan kraftangan.[3]
Rujukan
- ^ a b "Festival Malaysia bawa keistimewaan negara ke Thailand". Astro Awani. 2019-06-11.
- ^ "Tun Mahathir lancar Malaysia Fest di Bangkok". Astro Awani. 2019-06-21.
- ^ "Tun M lancar Malaysia Fest 2019 di Bangkok". Berita Harian. 2019-06-21.