Mariati Abdul Rahman | |
---|---|
![]() Mariati Abdul Rahman bersama P. Ramlee | |
Kelahiran | 31 Mac 1950 |
Nama lain | Mariati |
Pekerjaan | Pelakon |
Tahun aktif | 1970–1975 |
Terkenal kerana | |
Pasangan | Nasir P. Ramlee |
Anak-anak | 3 (Gunina, Gunawan dan Gurnarisasca) |
Mariati binti Abdul Rahman atau lebih dikenali sebagai Mariati (lahir pada 31 Mac 1950) merupakan seorang pelakon wanita Malaysia. Beliau mula dikenali menerusi filem Gelora arahan Tan Sri P. Ramlee.
Kehidupan peribadi
Selain terkenal daripada berlakon dalam filem Gelora, beliau juga dikenali sebagai menantu pertama Allahyarham Tan Sri P. Ramlee.
Beliau telah berkahwin dengan Allahyarham Nasir P. Ramlee, ketika itu Nasir dikatakan berusia 19 tahun. Hasil perkahwinan mereka berdua, mereka dikurniakan tiga orang anak iaitu Gunina, Gunawan dan Gurnarisasca. Hubungan beliau dengan Nasir hanya bertahan beberapa tahun, mereka kemudiannya berpisah. P. Ramlee sempat menimang cucu sebelum meninggal dunia.
Beliau kini menetap di Senawang bersama menantunya.
Filemografi
Filem
Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
---|---|---|---|
1970 | Gelora | Mariati | Filem pertama |
1971 | Pancha Indera Harimau Berantai | ||
1973 | Dosa Remaja | ||
Ganjaran | |||
Terbabas | Haryati | ||
Semerah Cindai | Atma | ||
1974 | Puaka | Mak Esah | |
Bujang Tua S.S. | Salmah | ||
Anak Setan | Amra | ||
Si Buta | Baiduri | ||
1975 | Pertiwi | ||
Rahsia Hatiku | Filem terakhir |