| Masjid Pantai Tanah Merah | |
|---|---|
Sila sumbangkan gambar masjid | |
| Maklumat am | |
| Cabang/mazhab | Sunni Islam |
| Status | Beroperasi |
| Maklumat pentadbiran | |
| Imam | Hj Hassan Bin Othman 2017 (Imam Besar) Hj Abdul Talib Bin Jantan 2017 (Timb. Imam Besar) 2017 |
| Dimiliki oleh | No Daftar: MY-04-MT-00167 |
| Maklumat geografi | |
| Negara | Malaysia |
| Negeri | Melaka |
| Daerah | Melaka Tengah, Melaka |
| Lokasi | Masjid Pantai Tanah Merah, Km. 16, Tanjung Keling, 76400 Melaka |
| Maklumat pembinaan | |
| Bil. kubah | 1 |
| Bil. menara | 1 |
| Bahan binaan | Simen |
| Laman sesawang | |
| Masjid Pantai Tanah Merah | |
sunting | |
Masjid Pantai Tanah Merah merupakan sebuah masjid yang terletak di Km. 16, Tanjung Keling, 76400 Melaka.[1]
Alamat
- Masjid Pantai Tanah Merah,
Km. 16,
Tanjung Keling,
76400 Melaka
Sejarah
Masjid Pantai Tanah Merah merupakan sebuah surau yang dibina pada tahun 1993 di daerah Melaka Tengah, Melaka, lebih kurang 17 kilometer dari Bandar Melaka dan kira-kira 14 kilometer dari Pekan Masjid Tanah.
Disebabkan oleh pertumbuhan bilangan penduduk yang berlaku kerana pengambilan tanah kerajaan negeri bagi Projek Penapisan Minyak Petronas, surau ini telah dinaikkan taraf menjadi masjid pada tahun 1994. Masjid ini dikelilingi oleh Kampung Pantai Puteri (Pantai Rombang), Pantai Kundur, Tangga Batu Pekan, dan Kampung Seri Gelam.
Pentadbiran
Masjid Pantai Tanah Merah memiliki nombor pendaftaran masjid No Daftar: MY-04-MT-00167.
Rujukan
Pautan luar
- (Melayu) Laman web Masjid Tanah Merah Jaya Diarkibkan 2005-12-14 di Wayback Machine









