![]() Lukisan tablet terakota yang ditemukan di Babilonia[1] | |
Negara asal | Asyur |
---|---|
Anjing (Canis lupus familiaris) |
Mastif Asyur,[a][2][3] ialah satu landrace anjing yang terdapat di Asyur. Anjing ini kerap digunakan sebagai anjing penjaga haiwan ternakan menentang pemangsa, serta untuk pemburuan singa dan kuda liar. Anjing gembala Asyur moden (lebih terkini juga dikenali sebagai mastif Kurdi) mungkin merupakan keturunan mastif Asyur.[4]:160
Nama ini paling berkemungkinan diterbitkan daripada imej anjing jenis ini yang muncul pada relief Asyur dan relief Mesopotamia lain yang bertarikh dari abad ke-10 hingga abad ke-6 SM pada zaman Empayar Asyur Baru.[2][3][5][6][7]
Sejarah
Terdapat andaian bahawa mastif Asyur mempunyai leluhur di rantau di antara India dengan Parsi. Di sana, leluhur tersebut dibelajinakkan dan digunakan sebagai anjing pemburu. Beberapa figura jenis mastif dari era Asyur pada sekitar tahun 2000 SM ditemukan dengan nama terukir seperti "Habiskan nyawanya", "Jangan berhenti untuk berfikir, gigit", dan "Penangkap musuh". Lebih banyak peninggalan Asyur yang menggambarkan anjing dapat ditemukan dari antara tahun 1000 dengan tahun 650 SM.[8]
Perihal
Pada tahun 1886, M. B. Wynn menerangkan gambaran tablet lempung Asyur purba tentang mastif Asyur:
Patut juga ada perhatian bahawa orang Asyur sentiasa berhati-hati untuk menentukan bulu panjang apabila itu wujud, tetapi pada spesimen ini buritan kelihatan bebas daripada sebarang kekasaran, walaupun sungguh halus butirannya sehinggakan jumbai hujung tali pun digambarkan, kulit longgarnya bergantung ke bawah dari muka dengan kedutan atau lipatan sangat besar, dan bibirnya sejelasnya amat labuh, tetapi mulutnya bertanda dengan kelaran atau garisan dalam bentuk konvensional biasa arca Asyur. Telinganya bersaiz sederhana, dada sangat dalam, dan anggota sungguh besar, kepalanya pendek dan berisi padu besar, dan muncung pendek dan terpotong. Terdapat keserupaan besar antara anjing ini dengan sesetengah spesimen terkenal Inggeris kami.[2]
Lihat juga
Catatan
- ^ Jawi: مستيف اشور; bahasa Inggeris: Assyrian mastiff
Rujukan
- ^ Layard, Austen Henry (1882). Nineveh and Babylon: A Narrative of a Second Expedition to Assyria During the Years 1849, 1850, & 1851 [Niniwe dan Babilon: Naratif Ekspedisi Kedua ke Asyur semasa Tahun 1849, 1850, dan 1851] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: John Murray. m/s. 302. OCLC 6455224.
- ^ a b c Wynn, M. B. (2011). History of the Mastiff: Gathered from Sculpture, Pottery, Carvings, Paintings, and Engravings; Also from Various Authors, with Remarks on Same [Sejarah Mastif: Dikumpulkan daripada Arca, Tembikar, Ukiran, dan Turisan; Juga daripada Pelbagai Pengarang, dengan Catatan pada Perkara Sama] (dalam bahasa Inggeris). Read Books. m/s. 24. ISBN 9781446548929. OCLC 936199256.
- ^ a b Darwin, Charles Robert (24 Mac 1998). The Variation of Animals and Plants Under Domestication [Variasi Haiwan dan Tumbuhan yang Dibelajinakkan] (dalam bahasa Inggeris). 1. Baltimore, Maryland, Amerika Syarikat: Johns Hopkins University Press. m/s. 17. ISBN 9780801858666. OCLC 37721368.
- ^ Gwatkin, Reginald Dugleby Stapleton (Mac 1933). "Dogs and human migrations" [Anjing dan penghijrahan manusia]. Journal of the South African Veterinary Association (dalam bahasa Inggeris). Persatuan Veterinar Afrika Selatan. 4 (3): 154–164. hdl:10520/AJA00382809_3273. ISSN 2224-9435.
- ^ Mark, Joshua J. (15 Januari 2008). "Dogs & Their Collars in Ancient Mesopotamia" [Anjing dan Kolarnya di Mesopotamia Purba] (dalam bahasa Inggeris). World History Encyclopedia. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ "History" [Sejarah] (dalam bahasa Inggeris). American Molosser Association. Dicapai pada 24 Mei 2025.
- ^ Leighton, Robert (1910). Dogs and All About Them [Anjing dan Semua Tentangnya] (dalam bahasa Inggeris). London, United Kingdom: Cassell. m/s. 2. ISBN 9781414291680.
- ^ "Mastiff Types - an ancient legacy" [Jenis Mastif - legasi purba] (dalam bahasa Inggeris). Canine Heritage. Dicapai pada 24 Mei 2025.