Mata lembu | |
---|---|
![]() | |
Pengelasan saintifik | |
Alam: | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
(tanpa pangkat): | |
Order: | |
Keluarga: | |
Genus: | |
Spesies: | F. malayana
|
Nama binomial | |
Firmiana malayana |
Mata lembu atau kalumpang (nama botani: Firmiana malayana) ialah spesies tumbuhan berbunga dari genus Firmiana keluarga Malvaceae. Spesies ini tumbuh di tepi-tepi sungai dan kawasan-kawasan terbuka di Semenanjung Malaysia, Sumatera, Jawa dan Borneo.[2][3]
Pokok spesies ini ditanam sebagai tanaman hiasan.[3]
Botani
-
Daun pokok mata lembu
-
Daun pokok mata lembu
Pokok mata lembu membesar tinggi sehingga 20 meter. Kulit kayunya kelabu keperak-perakan sementara daunnya lebar dan mempunyai bulu-bulu halus di bahagian bawah. Daun-daunnya gugur selepas musim kering.[2]
Pada waktu yang sama daun-daun pokok gugur, bunga-bunganya muncul dalam jambak panjang sehingga 12-13 sm pada ketiak daun. Setiap kuntum bunga ini mempunyai 5 salut panjang berwarna jingga terang dan dipenuhi bulu; rupa bunga ini menarik burung-burung menyedut madu bunga dan dengan itu menyebarkan debunya. Bunga yang didebukan ini menjadi buah yang berbentuk sampan 7.5-10 sm panjang berisi 1-4 butir biji benih.[2][3]
Rujukan
- ^ World Conservation Monitoring Centre (1998). "Firmiana hainanensis". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T32405A9703111. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T32405A9703111.en. Dicapai pada 15 November 2021.
- ^ a b c "Berbunga jingga tanpa daun". Warna Warni FRIM. Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia. 2018. Dicapai pada 30 Julai 2022.
- ^ a b c Norzielawati Bt. Salleh (September 2020). "Firmiana malayana Kosterm. (Malvaceae)". Malaysia Biodiversity Information System. Dicapai pada 30 Julai 2022.