Mata rambai atau sabiki ialah sejenis mata kail yang biasa dipakai untuk memancing dari perahu, jeti, tambangan atau apa-apa struktur di atas air. Mata rambai terdiri daripada beberapa mata kail kecil (biasanya antara 6 hingga 10 bentuk), setiap satu diikat pada seutas tali cabang yang panjangnya beberapa inci. Tali cabang ini kemudian diikat secara bersiri pada perambut yang lebih panjang, dengan jarak kira-kira 6 inci (15 cm) di antara satu sama lain; pemberat diikat di hujung perambut. Sebagai alternatif, umpan atau gewang yang lebih besar boleh digunakan di hujungnya. Ini menciptakan ilusi bahawa seekor ikan bersaiz sederhana sedang mengejar 6 hingga 10 ikan kecil.