Bahagian siri mengenai |
Majusi |
---|
![]() |
Portal Agama |
Mazdakisme (Parsi: مزدکیه, rumi: mazdakīye) ialah sebuah agama Iran, yang merupakan satu pecahan daripada agama Majusi.
Agama ini diasaskan pada awal Empayar Sasan oleh Zaradust-e Khuragen, seorang mobad atau pendeta Majusi yang sezaman dengan Mani (m. 274).[1] Namun, ia dinamakan sempena penyokongnya yang paling terkenal, Mazdak, yang merupakan tokoh berkuasa dan berkontroversi semasa pemerintahan Maharaja Kavad I (r. 498–531),[2] sehingga dia dibunuh oleh Maharaja Khusrau I (r. 531–579).[3]
Akidah
Mazdakisme merupakan sebuah agama dualistik yang muncul daripada falsafah Majusi, mengajar tentang prinsip cahaya dan kegelapan, percampuran yang dikatakan telah mencipta dunia.[4] Penganut Mazdakisme percaya bahawa mereka bertanggungjawab untuk mengalahkan kegelapan dan kejahatan di dunia.[5]
Zaradust dan Mazdak mungkin dipengaruhi oleh Manichaeisme, Gnostisisme, atau Platonisme; namun, tidak seperti banyak mazhab Manichaeanisme atau Gnostisisme, mereka tidak berzuhud dan tidak mengajar bahawa dunia atau material adalah buruk atau perlu dihindari.[4]
Akhlak
Mazdakisme menentang perang, juga melarang memakan daging kecuali apabila haiwan itu sudah hampir mati secara semula jadi.[6] Semasa tempoh ketika mana Kavad II dipengaruhi oleh idea-idea Zaradust, baginda cuba mengelak dari berperang dan bersikap lembut terhadap rakyatnya, termasuklah musuh-musuh.[6] Walau bagaimanapun, pengikut Mazdak percaya bahawa keganasan dibenarkan ketika memberontak terhadap musuh-musuh mereka.[6]
Pergerakan ini juga mempercayai pada kepemilikan semua benda secara bersama untuk mengurangkan ketamakan.[7] Ini meliputi bukan sahaja harta benda tetapi juga wanita.[8] Catatan sejarah tidak sepakat sama ada kepercayaan ini bertujuan untuk menghapuskan hak milik persendirian dan perkahwinan sepenuhnya, atau sama ada Mazdak hanya ingin mengagihkan semula harta daripada orang kaya kepada orang miskin dan mengakhiri amalan poligami.[9]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Crone 2012, m/s. 22.
- ^ Daryaee 2014, m/s. 26–29.
- ^ Crone 1991, m/s. 21.
- ^ a b Crone 1991, m/s. 27.
- ^ Crone 1991, m/s. 27–28.
- ^ a b c Crone 1991, m/s. 26.
- ^ Daryaee, Touraj (2022-11-03). "Mazdak and Late Antique 'Socialism'". www.cambridge.org/core/. Dicapai pada 2024-07-24.
Menurut sumber dalam bahasa Parsi Pertengahan dari Empayar Sasan lewat (AD 224–651), Mazdak menggalakkan perkongsian wanita dan harta benda.
- ^ Daryaee 2022.
- ^ Crone 1991, m/s. 26–27.
Sumber dirujuk
- Crone, Patricia (2012). The Nativist Prophets of Early Islamic Iran: Rural Revolt and Local Zoroastrianism. Cambridge University Press. m/s. 1–543. ISBN 9781139510769.
- Crone, Patricia (1991). "Kavād's Heresy and Mazdak's Revolt". Iran. 29: 21–42. doi:10.2307/4299846. JSTOR 4299846. Dicapai pada 29 March 2025.
- Daryaee, Touraj (2014). Sasanian Persia: The Rise and Fall of an Empire. I.B.Tauris. m/s. 1–240. ISBN 978-0857716668.
- Kreyenbroek, Philip G. (2012). "IRAN ix. RELIGIONS IN IRAN (1) Pre-Islamic". Encyclopaedia Iranica. XIII/4. m/s. 432–439. Dicapai pada 14 December 2021.
- Yarshater, Ehsan (1983). Cambridge history of Iran The Seleucid, Parthian and Sasanian periods. Cambridge. ISBN 978-0-521-24693-4.
Bacaan lanjut
- Boyce, Mary (2001). Zoroastrians: Their Religious Beliefs and Practices. Psychology Press. m/s. 1–252. ISBN 9780415239028.
- Eichenberger, L. (2020). "Communist, Heretic, Rebel. Mazdak and the History of Religion". Zeitschrift für Religionswissenschaft. 28 (2): 237–258. doi:10.1515/zfr-2019-0029. S2CID 226223689.
- Frye, R. N. (1983), "Chapter 4", The political history of Iran under the Sasanians, The Cambridge History of Iran, 3, Cambridge University Press, ISBN 978-0-521-20092-9
- Frye, Richard Nelson (1984). The History of Ancient Iran. C.H.Beck. m/s. 1–411. ISBN 9783406093975.