
Menara (Jawi: منارا) ialah sebuah struktur buatan manusia yang dibina dengan ketinggian yang melebihi kelebarannya untuk menjadi sebuah mercu tanda, berbeza dari bangunan biasa. Justeru, ia dibina dengan indah dan cantik. Tetapi matlamat utama pembinaan menara adalah untuk menjimatkan ruang dan tanah. Kalau dulu menara dijadikan kemegahan dan mercu tanda, namun menara juga dibina untuk faedah komersial dan sebagai alat prasarana yang penting pada zaman sekarang ini.
Etimologi
Perkataan menara diserap daripada perkataan مَنَارَة manārah dalam bahasa Arab yang bermaksud "rumah api", ia terbitan kata kerja نَوَّرَ nawwara atau نَارَ nāra "menyalakan, menerangi".[1]
Sejarah
Berkemungkinan menara paling lama dibina dan masih berdiri tegak (dalam kes ini condong) ialah Menara Condong Pisa di Pisa, Itali yang dibina dari tahun 1173 hingga 1372.
Struktur dan reka bentuk
Menara-menara telekomunikasi dibina dengan kekisi yang mengagihkan berat sama rata, terutamanya dalam cuaca berangin kencang.[2] Ada menara telekomunikasi direka seperti sepohon pokok. Di Dubai, menara-menara telekomunikasi berbentuk pokok kurma. Ada juga menara telekomunikasi di buat seperti menara mesjid dan di letakkan di bersebelahan mesjid yang akan menggunakan menara itu juga untuk tujuan azan.
Bahan yang digunakan untuk struktur menara berbeza mengikut keadaan, tempat dan kegunaannya. Pada zaman awal teknologi pembinaannya menggunakan kayu, batu granit, batu-bata (menara api), besi (Eiffel Tower), konkrit dan apabila teknologi besi keluli maju, kebanyakan menara di bina strukturnya adalah dari bahan besi keluli. Keluli bergalvani merupakan pilihan terbaik serta ekonomi agar menara boleh dibiarkan bertahan di bawah panas terik dan hujan ribut bertahun-tahun lamanya. Sekarang terdapat menara diperbuat dari bahan komposit, iaitu campuran penggunaan bahan konkrit, aloi dan plastik.
Tujuan pembinaan menara
Antara tujuan pembinaan menara:
- untuk menjadikannya indah dan mengagumkan (mercutanda)
- menjimatkan tanah
- untuk mendapatkan pemandangan
- untuk pelancongan
- untuk tujuan pengawasan: Menara kawalan udara, yang berada di lapangan terbang
- untuk tujuan keselamatan: menara pengawasan di penjara.
- untuk mengawasi kebakaran: di hutan misalnya
- untuk lampu limpah stadium dan seumpamanya
- untuk pengiklanan
- untuk menyebarkan cahaya (rumah api)
- untuk menyebarkan bunyi (loceng di menara gereja, azan di menara masjid)
- untuk menunjukkan waktu (menara jam)
- untuk meletak tangki air
- untuk tujuan peralatan komunikasi (gsm, radar dll.)
- untuk tujuan peralatan penyiaran (tv/radio/ham radio)
- untuk tujuan penghantaran letrik Voltan Tinggi
- untuk tujuan melepaskan bahan bakar lebihan di pelantar minyak (flare tower)
Galleri
-
Menara Condong Pisa, Itali
-
Menara Jambatan Keretapi di Cologne, Jerman
-
Menara Kawalan di terusan Falsterbo
-
Menara Mesjid Negara, Kuala Lumpur
-
Menara Radar di Lisbon, Portugal
-
Menara Tangki Air, Mallorca, Sepanyol
-
Menara Kincir Angin, Jerman
-
Menara Rumah Api di Jerman
-
Menara Flare digunakan pada industry gas asli.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam, Selangor, Malaysia: Oxford Fajar. m/s. 374–375. ISBN 967-65-7321-3.
- ^ John, Vinotha Jenifer; S., Nisha; M., Sobicka; O., Anandavalli (6-7 September 2024). "A Comparative Study Of Telecommunication Tower Subjected To Static Analysis With Different Member Cross Section". 2nd National Conference on Structural and Geotechnical Engineering 2024. 1333. Jamshedpur, Jharkhand, India. m/s. 1-6. doi:10.1088/1757-899X/1333/1/012001. https://iopscience.iop.org/article/10.1088/1757-899X/1333/1/012001.
Pautan
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Menara |
- Perisian Merekabentuk Menara Berkesisi Diarkibkan 2014-12-18 di Wayback Machine








