| Menara Mercu Tanda Yokohama | |
|---|---|
横浜ランドマークタワー | |
Menara Mercu Tanda Yokohama, Julai 2015 | |
![]() | |
| Ketinggian yang direkodkan | |
| Tertinggi di Japan dari 1993 hingga 2014[I] | |
| Didahului oleh | Tokyo Metropolitan Government Building |
| Diatasi oleh | Abeno Harukas |
| Maklumat umum | |
| Lokasi | Yokohama, Jepun |
| Koordinat | 35°27′17″N 139°37′54″E / 35.45472°N 139.63167°E |
| Pembinaan bermula | 20 Mac 1990 |
| Disiapkan pada | 1993 |
| Pembukaan | 16 Julai 1993 |
| Pembiayaan | ¥270 billion |
| Pemilik | Mitsubishi Estate Co. |
| Maklumat ketinggian | |
| Seni bina | 296.3 m (972 ka)[1] |
| Tingkat teratas | 277 m (909 ka)[2] |
| Anjung pemerhatian | 273 m (896 ka)[1] |
| Butiran teknikal | |
| Bilangan tingkat | 73[1] |
| Keluasan tingkat | 292,791 m2 (3,151,580 ka2) |
| Lif/mesin pengangkat | 79 by Mitsubishi Electric |
| Reka bentuk dan seni bina | |
| Arkitek | Mitsubishi Jisho Sekkei dan Hugh Stubbins and Associates |
| Kontraktor utama | Shimizu Corporation |
| Rujukan | |
| [1] | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Menara Mercu Tanda Yokohama (横浜ランドマークタワー, Yokohama Randomāku Tawā) adalah menara ketiga paling tinggi[1] dan bangunan kelima tertinggi di Jepun dengan ketinggian 296.3 m (972 ka). Sebelum didahului oleh Abeno Harukas pada 2014, ia berdiri sebagai bangunan tertinggi di Jepun. Bangunan ini terletak di daerah Minato Mirai 21, bandar Yokohama, berdekatan dengan Muzium Seni Yokohama.[3]
Bangunan ini mempunyai sebuah hotel lima bintang bernama "Yokohama royal park hotel" yang menduduki tingkat 49-70 dengan sebanyak 603 bilik.[1] Pada April 2025, hotel ini ditutup untuk kerja pembaikan. Bahagian bawah tingkat 48 mempunyai kedai-kedai, restoran-restoran, klinik-klinik dan beberapa pejabat. Bangunan ini juga mempunyai dua peredam seismik di tingkat ke-71 yang tersembunyi pada penjuru bertentangan dengan bangunan ini.[4]
Di tingkat ke-69, terdapat sebuah balai cerap, Sky Garden, di mana seorang boleh melihat pemandangan 360 darjah bandar Yokohama dan ketika cuaca jelas boleh juga melihat Gunung Fuji.[5]
menara ini mempunyai lif terpantas di dunia ketika perasmiannya (Dibina oleh Mitsubishi Electric yang boleh mencapai kelajuan12.5 m/s (41 ft/s)[1] (45.0 km/j (28.0 mph)). Kelajuan ini membolehkan lif ini mencapai ke tingkat 69 dalam jangka masa 40 saat.[6] Kelajuan lif ini akhrinya dilepasi oleh lif Taipei 101 (60.6 km/h, 37.7 mph) pada 2004, tetapi kelajuan penurunan lif ini kekal menjadi yang terpantas dalam dunia.[7]
Bangunan ini direka oleh bahagian seni bina dan kejuruteraan Mitsubishi Estate, yang kini dikenali sebagai Mitsubishi Jisho Sekkei dan Hugh Stubbins and Associates, kemudiannya dikenali sebagai KlingStubbbins
Balai cerap 'Sky Garden' pada tingkat 69 akan tutup sementara selepas sambutan operasi Tahun Baharu pada 31 Disember, 2025 atas sebab kerja renovasi yang berskala besar dalam bangunan. Selepas tamat renovasi ini, ia dijadualkan buka pada atau selepas 2028.[8]
Fasiliti
- Sky Garden(Observation deck) - 2F(Pintu masuk), 5F(Pintu keluar), 69F(273m point)
- Yokohama Royal Park Hotel - B1F(Lobi), LF(Lobi), 3F(Pintu masuk), 49-50F, 52-68F, 70F
- Pejabat - 1F(Lobi), 3F(Lobi), 8-48F
- tingkat beli-belah - 1-4F
- Menara makan - 5F
- Tingkat klinik - 7F
- Plaza Mercu Tanda - B2F-B1F, 1-3F
- Dewan Mercu Tanda - 5F
- Taman Dockyard - B2F-B1F, 1F
- Parkir - B3F-B1f
- Bilik mekanikal- 6F, 51F
Dalam budaya popular
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b c d e f g "Landmark Tower". The Skyscraper Center. Council on Tall Buildings and Urban Habitat. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Disember 2013.
- ^ 70F スカイラウンジ シリウス - 【公式】横浜ロイヤルパークホテル - みなとみらい駅(みなとみらい線)から徒歩約3分 - みなとみらい 夜景の綺麗なホテル
- ^ "Project Outline". Kintetsu. Dicapai pada 28 Julai 2014.
- ^ Septimu-George Luca; Cristan Pastia; Florentina Chira (2007). "Recent applications of some active control systems to civil engineering structures" (PDF). Bulletin of the Polytechnic Institute of Jassy: 25. ISSN 2537-2726.
- ^ "Yokohama Landmark Tower Sky Garden". Yokohama official visitor's guilde. Yokohama Convention & Visitors Bureau. Dicapai pada 17 Februari 2019.
- ^ スカイガーデン [About Sky Garden] (dalam bahasa Jepun). Diarkibkan daripada yang asal pada 13 September 2008. Dicapai pada 20 Ogos 2008.
- ^ "下り「世界最速」のエレベーターと言えばココ…時速45キロでビューン". 読売新聞 (dalam bahasa Japanese). 9 April 2022. Dicapai pada 26 Mei 2024.CS1 maint: unrecognized language (link)
- ^ https://www.yokohama-landmark.jp/skygarden/skygarden_news/detail.php?id=61388
Pautan luar
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Menara Mercu Tanda Yokohama |
| Rekod | ||
|---|---|---|
| Didahului oleh Tokyo Metropolitan Government Building No. 1 |
Senarai bangunan tertinggi di Jepun 1993–2014 |
Diikuti oleh: Abeno Harukas |










