Meranti telepok | |
---|---|
![]() | |
Anak pokok meranti telepok di Taman Botani Kepong FRIM | |
Pengelasan saintifik ![]() | |
Domain: | Eukaryota |
Alam: | Plantae |
Klad: | Trakeofit |
Klad: | Eudikot |
Klad: | Rosid |
Order: | Malvales |
Keluarga: | Dipterocarpaceae |
Genus: | Shorea |
Spesies: | S. peltata
|
Nama binomial | |
Shorea peltata Symington
|
Meranti telepok, damar hitam telepok, damar telepok atau seraya kuning keladi (Shorea peltata) adalah sejenis tumbuhan daripada keluarga Dipterocarpaceae genus Shorea.[1][2] IUCN melabelkan meranti telepok sebagai terancam teruk.[1]
Taburan
Ianya boleh dijumpai di kawasan hutan Malaysia iaitu di Johor dan Sabah sahaja. Pokok ini juga mampu dijumpai di kawasan negara Indonesia.[3] Menurut buku Spesies Dipterokarpa di Semenanjung Malaysia, Malaysia Plant Red List: Peninsular Malaysia Dipterocarpaceae dan Kitab Ilmu Pokok-Pokok, meranti telepok boleh dijumpai di negeri Johor dalam kawasan Hutan Simpan Jemaluang, Hutan Simpan Gunung Arong, Hutan Simpan Tenggaroh dan Hutan Simpan Mersing manakala di Sabah hanya boleh dijumpai di Beluran.[2][3][4]
Kebiasaannya meranti telepok hidup di kawasan hutan dipterokarpa pamah.[3]
Rujukan
- ^ a b Ashton, P. (1998). "Shorea peltata". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 1998: e.T31973A9671665. doi:10.2305/IUCN.UK.1998.RLTS.T31973A9671665.en. Dicapai pada 23 Mei 2025.
- ^ a b L.S.L., Chua; M., Suhaida; B., Aslina (2012). Spesies Dipterokarpa Terancam di Semenanjung Malaysia. Putrajaya, Malaysia: Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar. ISBN 978-967-5221-79-8.
- ^ a b c Chua, L. S. L., penyunting (2010). Malaysia plant red list: peninsular Malaysian Dipterocarpaceae. Research pamphlet / Forest Research Institute Malaysia. Kepong, Selangor: Forest Research Institute Malaysia [u.a.] ISBN 978-967-5221-34-7.
- ^ Browne, F. G. (1958) [April 1938]. Kitab Ilmu Pokok-Pokok (ed. 2nd). Kuala Lumpur: Ismail Haji Ali.