| Meranti tembaga | |
|---|---|
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Plantae |
| Klad: | Trakeofit |
| Klad: | Eudikot |
| Klad: | Rosid |
| Order: | Malvales |
| Keluarga: | Dipterocarpaceae |
| Genus: | Rubroshorea |
| Spesies: | R. leprosula
|
| Nama binomial | |
| Rubroshorea leprosula | |
| Sinonim[2] | |
| |
Meranti tembaga,[3] dengan nama saintifik Rubroshorea leprosula (sin. Shorea leprosula), ialah spesies tumbuhan berbunga dalam keluarga yang berasal dari Borneo, Jawa, Semenanjung, Sumatera dan Thailand.[2]
Pokok ini sumber kayu komersil yang utama, dan dikelaskan sebagai meranti merah ringan. Ia dipanggil seraya tembaga di Sabah.[3]
Penerangan
Meranti tembaga amat besar, dengan ukur lilit yang boleh melebihi 3 meter (10 kaki) diameternya pada pangkal pokok. Akar banirnya amat ketara. Ciri-ciri fizikalnya yang lain adalah seperti berikut:
- Kulit pokok: berwarna perang kelabu dan licin, walaupun terdapat jalur-jalur yang sekata. Ranting-rantingnya amat berbulu pada hujungnya.
- Daun: licin pada permukaan atas dan permukaan bawahnya dilitupi oleh bulu-bulu kuning.
- Bunga: kecil dan berwarna kuning pucat, dengan ranggi-ranggi yang sempit.
- Buah: kekeras yang berbentuk bujur, dengan tiga sayap panjang serta dua sayap pendek.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Pooma, R.; Newman, M.F. (2017). "Shorea leprosula". Senarai Merah Spesies Terancam IUCN. 2017: e.T33123A2833148. doi:10.2305/IUCN.UK.2017-3.RLTS.T33123A2833148.en. Dicapai pada 16 November 2021.
- ^ a b c "Rubroshorea leprosula (Miq.) P.S.Ashton & J.Heck". World Checklist of Selected Plant Families. Taman Botani Diraja, Kew. Dicapai pada 2023-07-24.
- ^ a b Rubroshorea leprosula. Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia (MyBIS). Dicapai melalui https://www.mybis.gov.my/sp/69501. [Didapat kembali 24 Julai 2023].
- Phang Wien Ho et al. A Guide to the Botanic Gardens Jungle. Pusat Sains Singapura (1983). ISBN 9971-88-010-5.
Pautan luar
- Profil spesies di Sistem Maklumat Biokepelbagaian Malaysia
- Carian Google.








