Michael Ang | |
|---|---|
| Kelahiran | Michael Ang Hai Swee 16 Mac 1970 |
| Pendidikan | Ijazah Sarjana Perfileman |
| Pusat pendidikan | Universiti New South Wales[1] |
| Pekerjaan | Pengarah, Penerbit, Penulis Skrip, Pelakon, Penyanyi |
| Tahun aktif | 1997–kini |
Karya | Filemografi |
Michael Ang Hai Swee (Cina: 昂海郑; lahir 16 Mac 1970) ialah seorang pengarah, penerbit, penulis skrip dan pelakon Malaysia.[2][3] Michael merupakan pemilik syarikat penerbitan Cube Film Sdn Bhd.[4][5]
Kerjaya
Anak (2008) ialah filem pertama Michael lakonan Erra Fazira dan Ida Nerina, di mana beliau berkhidmat sebagai penulis skrip.[6] Beliau terkenal dengan mengarahkan beberapa siri drama televisyen termasuk Dalam Hati Ada Taman (2012), Projek Memikat Suami (2013), Dia Semanis Honey (2015), Suri Hati Mr. Pilot (2016), Rahsia Hati Perempuan (2018) dan Sweet Dreams (2019). Filem sulung arahan beliau, Kimchi Untuk Awak dikeluarkan pada 2017.[7]
Beliau turut bergiat aktif dalam bidang muzik dengan melancarkan single pertamanya, "Cinta Atau Propa".
Kehidupan peribadi
Michael mendedahkan secara mengejut pada 30 April 2019 bahawa beliau telah memeluk Islam kerana tidak mahu masyarakat mempersoalkan mengenai status agamanya.[8][9] Keputusan beliau untuk memeluk Islam mendapat restu ibunya.[10][11]
Diskografi
|
Tahun |
Tajuk |
Catatan |
|---|---|---|
| 2022 | "Cinta Atau Propa"
|
Filemografi
Rujukan
- ^ Anak emas Astro? Utusan Malaysia (6 Jun 2017). Dicapai pada 28 Mei 2018.
- ^ "Haters yang buat seseorang itu terkenal - Michael Ang". Berita Harian. 28 Mei 2015.
- ^ "Halangan keluarga, Michael merajuk demi filem". Kosmo!. 20 Februari 2015.
- ^ "Rating tinggi, Michael Ang tumpu drama adaptasi novel (VIDEO)". Projek MM. 31 Disember 2016.
- ^ "Michael Ang milik eksklusif Astro?". Utusan Melayu. 10 Februari 2011.
- ^ "Anak filem tidak bermoral?". Utusan Melayu. 21 Februari 2008.
- ^ Aqmar Mustaza (18 Mac 2017). "Kimchi Untuk Awak filem pertama Michael Ang". Sinar Harian. Dicapai pada 13 April 2017.
- ^ Feride Hikmet Atak (30 April 2019). Michael Ang sudah setahun peluk Islam Berita Harian. Dicapai pada 1 Mei 2019.
- ^ Dennis Chua (30 April 2019). #Showbiz: "I’ve been Muslim for a year" - Michael Ang New Straits Times. Dicapai pada 1 Mei 2019.
- ^ Farihad Shalla Mahmud (16 Mei 2019). Ibu restu Michael Ang masuk Islam Berita Harian. Dicapai pada 24 November 2019.
- ^ Tahir Alhamzah (2 Mei 2019). #Showbiz: It was a dream that led me to Islam - Michael Ang New Straits Times. Dicapai pada 24 November 2019.
Pautan luar
- Nama pengguna X tiada di Wikidata
- Orang hidup
- Pelakon lelaki Malaysia
- Kelahiran 1976
- Orang Malaysia berketurunan Cina
- Muslim Malaysia
- Orang dari Melaka
- Pengarah televisyen Malaysia
- Penerbit televisyen Malaysia
- Pengarah filem Malaysia
- Penerbit filem Malaysia
- Penulis skrip Malaysia
- Pelakon televisyen Malaysia
- Pelakon filem Malaysia
- Pemeluk Islam








