Michael Veerapen  | |
|---|---|
| Juga dikenali sebagai  | Michael  | 
| Kelahiran | 1957 (umur 67–68) Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)  | 
| Warganegara | Malaysia  | 
| Pekerjaan | pemuzik, komposer, pengarah muzik, penerbit rakaman | 
| Alat muzik | piano, keyboard | 
| Tahun aktif | 1980–kini | 
| Pautan berkaitan | |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Michael Veerapen merupakan seorang pianis, penerbit rakaman dan pengarah muzik Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengarah muzik untuk Penghibur No. 1 Asia, Sudirman Haji Arshad di mana beliau berkhidmat sebagai penyusun muzik untuk lagu "One Thousand Million Smiles".[1] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011) dan Supermokh Sebuah Muzikal (2013).[2]
Pada tahun 2017, Veerapen mengikuti ijazah sarjana dalam bidang muzik di Universiti Sains Malaysia di bawah seliaan Dr Johan Othman.[3] Anak beliau, Daniel Veerapen turut bergiat aktif dalam bidang muzik.
Rujukan
- ^ Ramlan Md. Isa. "Sudirman At the Royal Albert Hall, London (March 19, 1989)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-23. Dicapai pada 4 Februari 2013.
 - ^ Musical celebrating football legend’s life opening in November Diarkibkan 2019-02-24 di Wayback Machine Star2.com (11 Oktober 2013). Diperoleh pada 10 Oktober 2013.
 - ^ Grace Chen (28 Februari 2017). Jazz pianist Michael Veerapen returns to school The Star Online. Dicapai pada 2 Mac 2017.
 









