Mohamad Fazli Mohamad Salleh | |
|---|---|
محمد فضلي محمد صالح | |
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (Kerja, Pengangkutan & Infrastruktur : 26 Mac 2022–13 Februari 2024 & Kerja, Pengangkutan, Infrastruktur & Komunikasi : sejak 13 Februari 2024) | |
| Menyandang jawatan 13 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Didahului oleh | Sendiri (Kerja, Pengangkutan & Infrastruktur) Norlizah Noh (Komunikasi) |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Pasir |
| Dalam jawatan 26 Mac 2022 – 13 Februari 2024 | |
| Raja | Sultan Ibrahim Ismail |
| Menteri Besar | Onn Hafiz Ghazi |
| Didahului oleh | Mohd Solihan Badri |
| Digantikan oleh | Sendiri |
| Kawasan pilihan raya | Bukit Pasir |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Bukit Pasir | |
| Menyandang jawatan 12 Mac 2022 | |
| Didahului oleh | Najib Lep (GS–PAS) |
| Majoriti | 198 (2022) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Johor | |
| 2022– | Barisan Nasional |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh 4 November 1986 |
| Kerakyatan | |
| Parti politik | Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) |
| Gabungan politik lain | Barisan Nasional (BN) |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera |
Mohamad Fazli bin Mohamad Salleh (lahir 4 November 1986) merupakan seorang ahli politik dan jurutera Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (EXCO) dalam pentadbiran negeri Barisan Nasional (BN) di bawah Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi serta Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi Bukit Pasir sejak Mac 2022. Beliau merupakan ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), sebuah parti komponen gabungan BN.
Kehidupan peribadi
Mohamad Fazli dilahirkan di Kampung Jalan Raja, Bukit Pasir, Johor, Malaysia pada 4 November 1986.
Kerjaya politik
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor (sejak 2022)
Pada 26 Mac 2022, Mohamad Fazli telah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Johor yang memegang portfolio Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur oleh Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghazi.[1]
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (sejak 2022)
Pilihan raya negeri Johor 2022
Dalam Pilihan raya negeri Johor 2022, Mohamad Fazli membuat penampilan sulung pilihan raya selepas dicalonkan oleh Barisan Nasional (BN) untuk bertanding di kerusi negeri Bukit Pasir. Beliau memenangi kerusi tersebut dan terpilih ke dalam Dewan Undangan Negeri Johor sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Pasir selepas menewaskan tipis Iqbal Razak daripada Perikatan Nasional (PN), Elia Nadira daripada Pakatan Harapan (PH), penyandang ADUN merangkap calon bebas Najib Lep, seorang lagi calon bebas Johar Siraj serta Mohd Akhiri Mahmood daripada Parti Pejuang Tanah Air (PEJUANG) dengan majoriti hanya 198 undi.[2]
Kerjaya lain
Tenaga Nasional Berhad
Mohamad Fazli pernah bekerja dengan Tenaga Nasional Berhad (TNB).[3]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | N08 Bukit Pasir | Mohamad Fazli Mohamad Salleh (UMNO) | 6,048 | 32.11% | Iqbal Razak (PAS) | 5,850 | 31.06% | 18,837 | 198 | 58.48% | ||
| Elia Nadira (AMANAH) | 4,676 | 24.82% | ||||||||||
| Najib Lep (BEBAS) | 1,860 | 9.87% | ||||||||||
| Johar Siraj (BEBAS) | 207 | 1.10% | ||||||||||
| Mohd Akhiri Mahmood (PEJUANG) | 196 | 1.04% | ||||||||||
Rujukan
- ^ "New faces make up 70% of Johor exco line-up — MB". 26 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "PRN Johor 2022 : Keputusan Rasmi Terkini". Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "Calon BN Dun Bukit Pasir, Mohamad Fazli Mohammad Salleh". 10 Mac 2022. Dicapai pada 27 Mac 2022.
- ^ "Dashboard SPR". dashboard.spr.gov.my. Dicapai pada 2022-03-13.









