Mohamad Hanifah Abu Baker | |
---|---|
محمد حنيفة أبو بكر | |
Ketua Pembangkang Negeri Sembilan | |
Menyandang jawatan 21 Mac 2024 | |
Raja | Tuanku Muhriz |
Menteri Besar | Aminuddin Harun |
Didahului oleh | Ridzuan Ahmad |
Kawasan pilihan raya | Labu |
Pengerusi Perikatan Nasional Negeri Sembilan ke-3 | |
Menyandang jawatan 12 Februari 2024 | |
Pengerusi Kebangsaan | Muhyiddin Yassin |
Penasihat Negeri | Eddin Syazlee Shith (17 Februari–20 September 2024) |
Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan ke-3 | |
Menyandang jawatan 28 Januari 2024 | |
Presiden | Muhyiddin Yassin |
Didahului oleh | Ahmad Faizal Azumu |
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan bagi Labu | |
Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
Didahului oleh | Ismail Ahmad (PH–PKR) |
Majoriti | 1,640 (2023) |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Mohamad Hanifah bin Abu Baker 16 Oktober 1980 ![]() ![]() |
Kewarganegaraan | ![]() |
Parti politik | Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) |
Gabungan politik lain | Perikatan Nasional (PN) |
Anak | 4 |
Pendidikan | Sekolah Kebangsaan (Felda) Palong 2 Sekolah Menengah Kebangsaan Palong Dua |
Tempat belajar | Institut Teknikal Jepun Malaysia (Diploma dalam Pengurusan operasi) |
Pekerjaan |
|
Mohamad Hanifah bin Abu Baker (lahir 16 Oktober 1980) merupakan seorang ahli politik dan ahli perniagaan Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan sejak Mac 2024 dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) bagi Labu sejak Ogos 2023. Beliau ialah ahli dan Ketua Bahagian Rasah bagi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU), sebuah parti komponen Perikatan Nasional (PN). Beliau telah berkhidmat sebagai Pengerusi PN Negeri Sembilan ke-3 sejak Februari 2024 dan Pengerusi BERSATU Negeri Sembilan sejak Januari 2024. Beliau merupakan Bendahari PN Negeri Sembilan sebelum dilantik sebagai pengerusi negeri pada Februari 2024 dan juga pengarah urusan syarikat berasaskan hartanah, Zulfikar Holdings Sdn Bhd.[1]
Kerjaya politik
[sunting | sunting sumber]Ketua Pembangkang Negeri Sembilan (sejak 2024)
[sunting | sunting sumber]Pada 21 Mac 2024, Mohamad Hanifah telah dilantik sebagai Ketua Pembangkang Negeri Sembilan, menggantikan ADUN Gemas, Ridzuan Ahmad daripada PN. Beliau juga telah menugaskan dan mempercayai semua lima ADUN PN Negeri Sembilan termasuk dirinya untuk memantau portfolio kerajaan negeri Negeri Sembilan bagi memastikan tadbir urus negeri yang baik.[2]
Ahli Dewan Undangan Negeri Sembilan (sejak 2023)
[sunting | sunting sumber]Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023
[sunting | sunting sumber]Dalam Pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023, Mohamad Hanifah membuat penampilan sulung dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh PN untuk bertanding bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Labu.[3] Beliau berjaya dipilih sebagai ADUN Labu selepas menewaskan penyandang, Ismail Ahmad daripada Pakatan Harapan (PH) dengan majoriti 1,640 undi.[4] Beliau kemudiannya mengaitkan kemenangan di Labu kepada usaha awal beliau dalam melaksanakan program kebajikan dan pakej bantuan yang telah disalurkan di Rasah sejak tahun 2020.[5]
Pengerusi Negeri Perikatan Nasional dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia Negeri Sembilan (sejak 2024)
[sunting | sunting sumber]Pada 28 Januari 2024, Mohamad Hanifah dilantik sebagai Pengerusi Negeri Sembilan BERSATU yang ke-3, menggantikan Ahmad Faizal Azumu yang juga merupakan Timbalan Presiden BERSATU.[6] Pada 12 Februari 2024, beliau turut dilantik sebagai Pengerusi Negeri Sembilan PN yang ke-3, juga bagi menggantikan Ahmad Faizal.[7] Pada 17 Februari 2024, beliau melantik barisan baharu jawatankuasa PN Negeri Sembilan, dengan Pengerusi Negeri pertama, Eddin Syazlee Shith, diberikan jawatan baharu yang diwujudkan iaitu Penasihat Negeri.[8]
Keputusan pilihan raya
[sunting | sunting sumber]Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
2023 | N20 Labu | Mohamad Hanifah Abu Baker (BERSATU) | 11,661 | 53.78% | Ismail Ahmad (PKR) | 10,021 | 46.22% | 21,682 | 1,640 | 71.14% |
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Labu PN candidate Mohamad Hanifah hits out at PH's cybertroopers: "I'm a pure Malay, not a Bangla!"". Focus Malaysia. 9 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Labu rep Hanifah appointed new Opposition leader in Negri state assembly". The Star. 22 Mac 2024. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "State polls: Perikatan names 34 candidates for Negri Sembilan". The Star. 27 Julai 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Negeri Sembilan polls: Official Results". The Star. 12 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "State polls: Groundwork helped us wrest Labu, says new Perikatan rep". The Star. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Labu rep appointed Negri Sembilan Bersatu chief". New Straits Times. 29 Januari 2024. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Hanifah dilantik Pengerusi PN Negeri Sembilan ganti Ahmad Faizal". Berita Harian. 15 Februari 2024. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "Perikatan appoints Eddin Syazlee Shith as coalition state adviser". The Star. 17 Februari 2024. Dicapai pada 28 Mac 2024.
- ^ "The Star Online GE15 Negeri Sembilan results". election.thestar.com.my.