Mohamad Norza Zakaria PSM; SSAP (Pahang); SMW (WP); DJMK (Kelantan); DIMP (Pahang); SMP, AMP (Perlis) | |
---|---|
Presiden Majlis Olimpik Malaysia | |
Menyandang jawatan 5 Mei 2018 | |
Didahului oleh | Tunku Imran |
Presiden Persatuan Badminton Malaysia | |
Dalam jawatan 29 April 2017 – 24 Ogos 2024 | |
Didahului oleh | Tengku Mahaleel Tengku Ariff Mohd Al-Amin Abdul Majid (memangku) |
Digantikan oleh | Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz |
Maklumat peribadi | |
Lahir | Alor Gajah, Melaka | 29 Ogos 1966
Pekerjaan | Pengerusi Eksekutif & Presiden |
Bidang pengkhususan | Akauntan |
YBhg Tan Sri Dato' Sri Dr. Mohamad Norza Zakaria (ahir pada tahun 1966) ialah seorang pentadbir sukan dan akauntan bertauliah Malaysia. Beliau merupakan seorang Felo CPA Australia. Norza kini memegang jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia[1] (MOM) dan Presiden Persatuan Sukan Komanwel Malaysia. Beliau pernah berkhidmat sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) yang ke-12 dari April 2017 hingga Ogos 2024.
Norza mula bergiat aktif dalam bidang pentadbiran sukan apabila beliau dipilih sebagai Presiden Persatuan Badminton Kuala Lumpur pada tahun 2010. Kemudiannya, beliau dilantik sebagai Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada tahun 2017 dan menyandang jawatan tersebut sehingga 24 Ogos 2024.
Sepanjang kepimpinannya di BAM, Malaysia mencipta sejarah dengan meraih gelaran Juara Dunia buat pertama kali dalam acara beregu lelaki melalui pasangan Aaron Chia dan Soh Wooi Yik. Antara kejayaan lain yang menyerlah ialah kemunculan pasangan beregu wanita Pearly Tan dan Thinaah Muralitharan, yang mencatat sejarah sebagai pasangan beregu wanita Malaysia pertama memenangi gelaran Terbuka Perancis sejak kejohanan itu diperkenalkan pada tahun 1908.[2].
Norza turut berkhidmat sebagai Ahli Lembaga Majlis Sukan Negara (MSN) dan Pengerusi Jawatankuasa Audit MSN sejak tahun 2018. DDalam usaha memburu pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik, Menteri Belia dan Sukan, YB Hannah Yeoh, telah menubuhkan Jawatankuasa Road to Gold (RTG) bagi memperkasakan prestasi atlet menjelang Sukan Olimpik Paris 2024 dan Sukan Olimpik Los Angeles 2028. Bersama dengan Menteri Belia dan Sukan, Tan Sri Norza menjadi Pengerusi Bersama Jawatankuasa RTG.
Pada 8 September 2024, Norza telah dipilih secara rasmi sebagai Naib Presiden Majlis Olimpik Asia (OCA) bagi rantau Asia Tenggara. Beliau memenangi jawatan tersebut tanpa bertanding untuk penggal 2024–2028 semasa Perhimpunan Agung OCA di New Delhi, India.
Rekod kejayaan Norza dalam mencapai detik-detik bersejarah serta memperkukuhkan asas badminton mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila beliau dipilih sebagai Ahli Majlis Persekutuan Badminton Dunia (BWF) pada 26 April 2025, semasa Mesyuarat Agung Tahunan BWF ke-80 yang berlangsung di Xiamen, Republik Rakyat China.[3]
Antara jawatan lain yang telah / masih digalas adalah:
- Ketua Kontinjen (Chef de Mission, CDM) Malaysia ke Sukan Asia Tenggara ke-28 yang diadakan dari 5 hingga 16 Jun 2015 di Singapura. Jumlah pingat emas yang dicapai oleh kontinjen Malaysia di Singapura masih merupakan jumlah tertinggi hingga kini untuk Sukan SEA yang diadakan di luar Malaysia[4].
- Pengerusi Lembaga Institut Sukan Negara (Oktober 2013 - Mei 2017)
- Bendahari Persatuan Bola Sepak Malaysia (Mei 2014 - Mac 2017)
- Presiden Persatuan Polo Diraja Malaysia (RMPA) (2021 - 2022)
- Presiden Kelab Polo Putra, Malaysia (Ogos 2015 – kini)
Antara anugerah Darjah Kebesaran lain yang diterima oleh Tan Sri Norza:
Tahun | Anugerah Yang Diterima | Negeri |
---|---|---|
2022 | Panglima Setia Mahkota (PSM) | Persekutuan |
2016 | Sri Sultan Ahmad Shah Pahang (SSAP) | Pahang |
2014 | Seri Mahkota Wilayah (SMW) | Wilayah Persekutuan |
2006 | Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (DJMK) | Kelantan |
2004 | Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) | Pahang |
2002 | Darjah Setia Mahkota Perlis (SMP) | Perlis |
2000 | Darjah Ahli Mahkota Perlis (AMP) | Perlis |
Latar belakang pendidikan & kehidupan awal
Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza adalah seorang anak pasangan cikgu yang dilahirkan di Melaka dan dibesarkan di Negeri Sembilan. Setelah menamatkan pembelajaran di Sekolah Tuanku Jaafar di Kuala Pilah, beliau telah menerima Sijil Sekolah Tinggi dari Randwick Boys High School di Australia pada tahun 1985.
Seorang akauntan bertauliah (CA) yang diiktiraf oleh Institut Akauntan Malaysia (MIA) dari segi profesion, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza juga merupakan pemegang Ijazah Sarjana Muda Perdagangan dalam Perakaunan yang diterima dari Universiti Wollongong di Australia dari 1986 - 1988.
Pada tahun 2008, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah memperolehi kelayakan sebagai Felo Akauntan Bertauliah Australia (FCPA) yang diiktiraf oleh CPA Australia Ltd.
Latar belakang profesional
Sebagai seorang akauntan bertauliah, Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza memulakan kerjayanya dengan Arthur Andersen & Co., dan telah memegang jawatan di peringkat pengurusan, eksekutif dan pengurusan atasan di Bank Negara Malaysia, Petronas, SPK Sentosa, Mun Loong Berhad dan Gabungan Strategik Sdn Bhd.
Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza kini menganggotai Lembaga Pengarah sebuah syarikat yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia, Citaglobal Berhad, dan telah dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif & Presiden sejak Februari 2020[5]. Beliau juga merupakan Pengerusi Eksekutif & Presiden bagi kumpulan syarikat TIZA Global Sdn. Bhd. yang ditubuhkannya pada tahun 2008. TIZA Global Sdn. Bhd. mempunyai pegangan dalam pelbagai aktiviti perniagaan, antaranya bidang kejuruteraan, hospitaliti, pengangkutan dan teknologi media.
Sebelum menubuhkan TIZA Global Sdn. Bhd., Tan Sri Dato' Sri (Dr.) Norza telah berkhidmat sebagai Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan II dari 2004 - 2008.
Beliau pernah menganggotai Lembaga Pengarah bagi sebuah syarikat milik kerajaan di senaraian Bursa Malaysia iaitu Bintulu Port Holdings Berhad. [6]
Selain menjadi Pengerusi Jawatankuasa Audit bagi syarikat Bintulu Port Holdings Berhad, beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah bagi syarikat subsidiari/bersekutu syarikat tersebut iaitu Samalaju Industrial Port Sdn Bhd.
Beliau juga pernah menjadi Ahli Lembaga Pengarah di AirAsia Aviation Group Ltd., Lembaga Urusan Tabung Haji, Institut Terjemahan Negara Malaysia, PT XL Axiata Tbk (dahulu dikenali sebagai PT Excelcomindo Pratama Tbk), Pelikan International Corporation Berhad, TH Heavy Engineering Berhad, Tropicana Corporation Berhad, Tropicana Gold & Country Resort Berhad, RHP Saribas Sdn. Bhd., TH Heavy Engineering Berhad, TH Plantations Berhad, THHE Fabricators Sdn. Bhd. dan Biport Bulkers Sdn. Bhd.
Anugerah
Sebagai satu pengiktirafan terhadap kepimpinan Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza dalam bidang sukan, Persatuan Penulis-Penulis Sukan Malaysia (SAM) telah memilih beliau sebagai penerima pertama Anugerah Tokoh Kepimpinan Sukan sempena Majlis Anugerah SAM-100PLUS 2022 yang diadakan pada 5 September 2023[7]. Pada 13 Mei 2025, sempena Anugerah Sukan Negara, Norza telah menerima Anugerah Kepimpinan Sukan 2024.[8]
Pada 20 November 2021, Norza dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Pengurusan Sukan oleh Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim sempena Majlis Konvokesyen ke-22 yang disempurnakan oleh Canselor Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim[9].
Di peringkat antarabangsa, Forum Ekonomi China Sedunia telah menganugerahkan beliau dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada 27 Disember 2021 sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan dan sokongan beliau yang tidak ternilai untuk Forum Ekonomi Cina Sedunia 2021.
Pada Februari 2025, Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza menerima Anugerah Kepimpinan Persatuan Badminton Kuala Lumpur (KLBA). Anugerah ini mengiktiraf dedikasi dan sumbangan Tan Sri Dato’ Sri (Dr.) Norza sebagai Presiden KLBA dari tahun 2010 hingga 2017. Di bawah kepimpinannya, KLBA mencapai kemajuan besar dalam arena badminton Malaysia, khususnya dalam memperkukuh profesionalisme pentadbiran dalam KLBA serta membangunkan sukan badminton di peringkat akar umbi dalam kalangan sekolah dan kelab di Kuala Lumpur. Beberapa tahun kemudian, usaha ini membawa kepada penemuan bakat Soh Wooi Yik, yang seterusnya menjadi Juara Dunia pertama Malaysia dalam sukan badminton.
- ^ "OCM Home". Olympic Council of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ www.astroawani.com https://www.astroawani.com/berita-sukan/pearlythinaah-cipta-sejarah-beregu-wanita-negara-pertama-juara-terbuka-perancis-388667. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ www.astroawani.com https://www.nst.com.my/sports/badminton/2025/04/1207823/norza-elected-bwf-council-2025-2029-term. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ stadiumastro.com https://stadiumastro.com/berita-sukan/lonjakan-luar-biasa-dalam-sukan-sea-singapura-35686. Dicapai pada 2024-04-02. Missing or empty
|title=
(bantuan) - ^ "Key Senior Management". CITAGLOBAL (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ "Bintulu Port Holdings Berhad Board of Directors". Bintulu Port Holdings. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-10-13. Dicapai pada 6 October 2012.
- ^ KASSIM, AHMAD SYAHIR (2023-08-27). "Norza dipilih Tokoh Kepimpinan Sukan Anugerah SAM-100PLUS 2022". Sinar Harian. Dicapai pada 2024-04-02.
- ^ user (2025-05-14). "Dr. Norza ZAKARIA Honoured with Sports Leadership Award by the Government of Malaysia". Olympic Council of Malaysia (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-05-15.
- ^ Talkah, Helmi (20 November 2021). "UPSI anugerah Ijazah Kehormat kepada Norza".