Yang Berbahagia Mohammad Mirza Muazzam BK(Sabah) | |
---|---|
![]() Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Sabah | |
Kelahiran | Hospital Kinabatangan, Sabah, Malaysia | 29 November 2002
Warganegara | Malaysia |
Pekerjaan | Ahli politik, Ahli perniagaan |
Terkenal kerana | Aktivis belia dan politik |
Parti politik | Parti Keadilan Rakyat (PKR) |
Ibu bapa | Mohd Ismail Ayob (bapa), Sarzianatie Samad (ibu) |
Mohammad Mirza Muazzam (lahir 29 November 2002) ialah seorang ahli politik dan aktivis belia dari Sabah, Malaysia. Beliau merupakan salah seorang pimpinan belia di peringkat negeri dan aktif dalam program pembangunan belia dan masyarakat.[1]
Kerjaya politik
Mirza merupakan Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Negeri Sabah.[2][3]
Beliau dilaporkan aktif dengan kerja-kerja cabang, termasuk kegiatan di kawasan P.187 Kinabatangan.[4]
Peranan belia dan organisasi
- Ahli Parlimen Belia Malaysia (sesi 2023–2024).[5]
- Ahli Dewan Belia Sabah DUN N20 Api-Api(2023-kini).[6]
Anugerah
Pada tahun 2024, beliau dikurniakan Bintang Kinabalu oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tuan Yang Terutama (TYT) Tun Juhar Mahiruddin di Istana Seri Kinabalu[7]
Pendidikan
Beliau kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda dalam Pengurusan Perniagaan di European City University, Paris, Perancis.[8]
Kehidupan peribadi
Berasal dari Kinabatangan, Sabah beliau merupakan anak sulung kepada Mohd Ismail Ayob dan Sarzianatie Samad.
Rujukan
- ^ "Beri tokoh muda PKR peluang - Naib Ketua AMK Sabah". Astro AWANI. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "AMK Sabah lengkapkan kepimpinan jawatankuasa". Suara Keadilan. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Keputusan Keadilan Sabah - keputusan pemilihan". keputusan.keadilanrakyat.org. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Anak Muda Mesti Diberi Ruang Dalam PRN Sabah ke-17". Sabah News. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Senarai Ahli Parlimen Belia Malaysia Sesi 2023/2024" (PDF). Kementerian Belia dan Sukan. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Senarai Ahli Dewan Belia Sabah 2023". Dewan Belia Sabah. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "Warta Kerajaan Negeri Sabah (Keluaran Khas, 5 Oktober 2024)" (PDF). Kerajaan Negeri Sabah. Dicapai pada 12 September 2025.
- ^ "European City University". European City University. Dicapai pada 12 September 2025.
Pautan luar
- Laman berita & kenyataan rasmi (rujukan di atas)