Mohd Fadli Che Me | |
|---|---|
Mohd Fadli (berbaju Melayu putih, berkopiah) semasa penamaan calon pilihan raya di Lenggeng pada 29 Julai 2023. | |
| Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia Kawasan Seremban | |
| Menyandang jawatan 2017 | |
| Didahului oleh |
|
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Fadli bin Che Me 9 November 1972 Kampung Pantai Edau, Padang Serai, Kedah |
| Kewarganegaraan | Malaysia |
| Parti politik | |
| Pekerjaan | ahli politik |
Haji Mohd Fadli Che Me (lahir 9 November 1972) ialah seorang ahli politik di Malaysia. Beliau merupakan Yang Dipertua Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Kawasan Seremban sejak 2017[1]. Dalam pilihan raya umum Malaysia 2022, beliau telah dipilih bertanding di Parlimen Seremban mewakili Parti Perikatan Nasional[2]. Belia kembali menjadi calon Perikatan Nasional dalam pilihan raya negeri Negeri Sembilan 2023 bagi DUN Lenggeng[3], namun tewas.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan | Individu | Parti | Undian | Lawan | Parti | Undian | Majoriti |
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2022 | Parlimen Seremban | Mohd Fadli Che Me | PN (PAS) | 33,075 | Anthony Loke Siew Fook | PH (DAP) | 63,916 | 30,841 |
| Felicia Wong Yin Ting | BN (MCA) | 24,584 | ||||||
| Mohamad Jani Ismail | Pejuang | 1,336 | ||||||
| Izzat Lesly | Bebas | 373 | ||||||
| 2023 | DUN Lenggeng | Mohd Fadli Che Me | PN (PAS) | 9,355 | Mohd Asna Amin | BN (UMNO) | 10,040 | 685 |
| Zul Azki Mat Sulop | Bebas | 404 |
Rujukan
- ^ "Kepimpinan Semasa Badan Perhubungan PAS Negeri Sembilan Sesi 2017-2019". Berita PAS. 17 Oktober 2017. Dicapai pada 5 November 2022.
- ^ "P.128 SEREMBAN". Dashboard SPR. 5 November 2022. Dicapai pada 5 November 2022.
- ^ "PRN 2023: Senarai penuh calon DUN Negeri Sembilan". Berita Harian. 29 Julai 2023. Dicapai pada 31 Julai 2023.








