Mohd. Kamal Hassan | |
|---|---|
| Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia | |
| Dalam jawatan 5 April 1998 – 31 Mei 2006 | |
| Canselor | Sultan Haji Ahmad Shah |
| Didahului oleh | Profesor Emeritus Dato' Dr. Abdul Hamid Abu Sulayman |
| Digantikan oleh | Profesor Dato' Sri Dr. Syed Arabi Syed Abdullah Idid |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 26 Oktober 1942 Pasir Mas, Kelantan, Malaya |
| Meninggal dunia | 23 Februari 2023 (umur 80) Kuala Lumpur, Malaysia |
| Tempat belajar | Universiti Malaya Universiti Columbia |
| Pekerjaan | Penyelidik |
Profesor Ulung Tan Sri Dr. Mohd. Kamal bin Hassan (26 Oktober 1942 – 23 Februari 2023) ialah seorang ahli akademik dan ilmuwan Islam, pengkhususan dalam pemikiran Islam semasa, khususnya berkaitan rantau Asia Tenggara. Beliau ialah Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ke-3 dari 1998[1] hingga 2006.
Latar pendidikan
Kamal menuntut di Sekolah Sultan Ismail di Kota Bharu. Beliau menamatkan pengajian sarjana muda dalam pengajian Islam di Universiti Malaya (UM) pada 1965. Beliau melanjutkan pengajian pascasiswazahnya di Universiti Columbia, di mana beliau memperoleh Sarjana Sastera pada 1970, Sarjana Falsafah pada 1972 dan Doktor Falsafah pada 1975.[2]
Kerjaya
Beliau memulakan kerjaya akademiknya di Universiti Kebangsaan Malaysia, di mana beliau mempengerusikan Jabatan Usuluddin dan Falsafah pada 1979 dan kemudiannya dilantik sebagai profesor penuh. Beliau kemudian menyertai UIAM, di mana beliau mengasaskan Kulliyyah Ilmu Pengetahuan Berteraskan Wahyu dan Sains Kemanusiaan pada 1983. Beliau mengganikan Profesor Emeritus Dato Abdul Hamid Ahmad Abu Sulayman sebagai Rektor ke-3 UIAM pada 5 April 1998 dan berkhidmat dengan jawatan tersebut sebelum digantikan oleh Profesor Dato Sri Syed Arabi Syed Abdullah Idid.
Bagi menghargai sumbangan beliau kepada negara, beliau telah terpilih sebagai Tokoh Akademik Negara pada 2017.[3] Beliau meninggalkan UIAM pada 30 Julai 2018 selepas 42 tahun perkhidmatan dalam pendidikan Malaysia, dengan gelaran Profesor Emeritus. Sebelum keluar UIAM, beliau merupakan Profesor Ulung[4] di Pusat Islamisasi (CENTRIS) UIAM. Beliau salah seorang daripada tiga ahli akademik di Malaysia yang mendapat pangkat Profesor Ulung oleh Kementerian Pengajian Tinggi pada 2010.[5]
Anugerah dan pengiktirafan
Kehormatan Malaysia
Malaysia :
Johan Setia Mahkota (JSM) (1988)
Panglima Setia Mahkota (PSM) – Tan Sri (2006)
Rujukan
- ^ Ibrahim, Salina (17 April 2001). "UIAM isi harapan ummah". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 August 2018. Dicapai pada 4 August 2018.
- ^ "Tan Sri Prof. Dr. Mohd. Kamal Hassan – WICULS 2016". World Islamic Countries University Leaders Summit (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-04.
- ^ Qhairil Eemann, Nor Shayaumil (3 November 2017). "3 cendekiawan terima anugerah Tokoh Akademik Negara". Berita Harian. Dicapai pada 4 August 2018.
- ^ Baharom, Sofian. "Rajah Profesor Ulung Negara". Utusan Online. Dicapai pada 2018-08-04.
- ^ "3 named distinguished professors". www.thesundaily.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-08-04.
Bacaan lanjut
- Md Mahmudul Hasan, "Iqbal’s and Hassan’s Complaints: A Study of “To the Holy Prophet” and “SMS to Sir Muhammad Iqbal”." The Muslim World 110.2 (2020): 195-216. https://doi.org/10.1111/muwo.12335
- Md Mahmudul Hasan, “Mohd Kamal Hassan embodies integration of knowledge”. New Straits Times, November 12, 2020. https://www.nst.com.my/opinion/columnists/2020/11/640428/mohd-kamal-hassan-embodies-integration-knowledge
- Rencana dengan pengenalan ISNI
- Rencana dengan pengenalan VIAF
- Rencana dengan pengenalan NLA
- Rencana dengan pengenalan RERO yang rosak
- Kelahiran 1942
- Kematian 2023
- Ahli akademik Universiti Islam Antarabangsa Malaysia
- Ahli akademik Universiti Kebangsaan Malaysia
- Penerima Panglima Setia Mahkota
- Profesor Ulung (Malaysia)
- Alumni Universiti Malaya
- Alumni Universiti Columbia
- Ahli falsafah Islam
- Sarjana pengajian Islam Malaysia
- Orang dari Pasir Mas
- Sarjana pengajian Islam Muslim








