Syah Inteam | |
---|---|
Kelahiran | Mohd Syahril bin Abdul Khalid 25 Mac 1980 |
Nama lain | Syah, Along |
Pekerjaan | Penyanyi, komposer, penulis lirik, usahawan |
Tahun aktif | 1998–kini |
Pasangan | Nuur Asy-Syahidah Zainal Abidin (k. 2005) |
Anak-anak | Muhammad Solahuddin Muhammad Saifuddin Muhammad Mustafa |
Kerjaya muzik | |
Genre | Nasyid |
Alat muzik | Suara ![]() |
Syarikat rakaman | Hijjaz Records (2000-2005) Inteam Records (2005-kini) |
Kegiatan berkaitan | Inteam |
Laman web rasmi | https://facebook.com/syahinteam https://instagram.com/syahinteam |
Mohd Syahril bin Abdul Khalid yang lebih dikenali sebagai Syahril Inteam merupakan salah seorang anggota kumpulan Inteam bersama tiga anggota lain iaitu Hazamin Harun, Hisyam Ahmad dan Abdul Rahim. Beliau merupakan penyanyi utama dan juga ketua kumpulan In-Team. Beliau juga merupakan salah seorang penyanyi nasyid yang sangat dikenali orang ramai kerana kemantapan vokalnya dalam hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh kumpulan ini, antaranya Kasih Kekasih, Impian Kasih, Damba Kasih, Setanggi Syurga dan lagunya yang paling berhantu iaitu Nur Kasih. Beliau dilahirkan pada 25 Mac 1980 dan berasal dari Seremban, Negeri Sembilan.[1]
Selain menyanyi, beliau juga berbakat dalam mencipta lagu serta menulis lirik dan salah satu lagu ciptaannya telah dimuatkan dalam album Iman & Aman yang diterbitkan pada tahun 2013 iaitu lagu Iftar. Beliau telah mendirikan rumahtangga dengan pilihan hatinya yang bernama Nuur Asy-Syahidah Zainal Abidin pada tahun 2005. Hasil perkahwinan tersebut, Syah dan isterinya dikurniakan 3 orang anak lelaki masing-masing bernama Muhammad Solahuddin, Muhammad Saifuddin dan Muhammad Mustafa.
Pendidikan
Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan King George V, Seremban (1987-1992), sebelum memasuki Sekolah Menengah Agama Persekutuan Labu (1993-1997).
Beliau kemudiannya melanjutkan pengajiannya ke Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) dalam jurusan Kejuruteraan Automatif.
Karya,Single dan Kolaborasi
Tahun | Lagu/Karya/Album | Artis/ Penyanyi | Komposer | Lirik | Label |
---|---|---|---|---|---|
2006 | Stand Together | Inteam | Syahril Inteam | Lina | Inteam Record |
2008 | Senandung Anak Pejuang | Syahril Inteam (feat. Adikku Sayang) | Halim Libya | Zuraimi Ismail & Ito Lara | Inteam Record |
2013 | Iftar | Inteam | Syahril Inteam | Syahril Inteam | Inteam Record |
2017 | Zikir Hati | Inteam | Syam Inteam, Wan Saleh & Amir Hufaz | Syahril Inteam | Inteam Record |
2018 | Dia | Inteam | Harry Khalifah | Syahril Inteam | Inteam Record |
2022 | Selimut Kasih | Inteam | Syahril Inteam | Ahmad Fedtri Yahya | Inteam Record |
2023 | Niyatenson | Fitri Haris feat. Zahid Baharudin, Syahril Inteam | Fitri Haris / Epy Shafik / Zahid | Fitri Haris / Epy Shafik / Zahid | Niyat Studio |
2024 | Kudus Palestin | Inteam (feat. Lah Ahmad) | Syahril Inteam | Ito Lara | Inteam Record |
Penganugerahan dan Lantikan
Tahun | Institusi/Organisasi/Badan | Penganugerahan/Lantikan |
---|---|---|
2021 | Pertubuhan Peduli Insan Malaysia | Ikon Kemanusiaan Syria |