Mohd Zulkifly bin Nik Hussin,juga dikenali sebagai Izo XPDC ialah seorang pemain gitar dan juga seorang komposer. Beliau dilahirkan pada 4 Februari 1964 di Kota Bharu, Kelantan dan dibesarkan di banyak kawasan mengikut keluaga yang mana ayahnya bekerja sebagai polis antaranya Bota Kanan dan Batu Gajah di negeri Perak.
Izo | |
|---|---|
| Nama lahir | Mohd Zulkifly bin Nik Hussin |
| Juga dikenali sebagai | Izo XPDC |
| Kelahiran | 4 Februari 1964 |
| Asal | |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Guitaris |
| Tahun aktif | 1983–kini |
| Syarikat rakaman | LIFE Records |
| Kegiatan berkaitan | XPDC |
| Anggota keluarga/pasangan | |
| Anak | Mohd Arif Mohd Zulkifli(Arif Izo) |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Izo XPDC merupakan pemain gitar utama dan pengasas bersama bagi kumpulan XPDC yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air selain merupakan ketua dan anggota tertua dalam kumpulan tersebut. Beliau merupakan pemain gitar dan pengubah lagu untuk XPDC dan satu-satunya anggota XPDC dan gitaris yang bermain gitar untuk semua lagu lagu XPDC.
Izo banyak menjadikan muzik dari kumpulan Metallica sebagai 'reference' untuk muzik XPDC hingga ramai menggelarkan XPDC sebagai Metallica Malaysia. Selain Metallica, beliau juga menjadikan Scorpions, Slayer dan Offsprings sebagai rujukan untuk muzik.
Antara lagu-lagu hits ciptaan beliau adalah Titian Perjalanan, C.I.N.T.A, Aku masih Di sini, Kita Peng Yu, Hijau Bumi Tuhan, Semangat Yang Hilang, Sakinah, Doa, dan Hairan Bin Ajaib yang semuanya di persembahkan oleh kumpulan XPDC. Hampir kesemua lagu ciptaan beliau adalah untuk kumpulan XPDC. Namun beliau turut ciptakan sebuah lagu untuk artis lain seperti Rahim Maarof untuk lagu 'GIGIT'.
Di luar muzik, beliau adalah seorang yang sangat pendiam dan lebih suka menumpukan kepada keluarga. Beliau telah mendirikan rumahtangga dan mempunyai 4 orang anak (2 perempuan dan 2 lelaki) selain seorang cucu. Seorang anaknya Arif yang juga di kenali sebagai Arif Izo adalah juga salah seorang pemain gitar muda yang sangat berbakat dan sering sepentas dengan Izo untuk XPDC sejak 2014.









