| "Mustika" | ||||
|---|---|---|---|---|
| Single oleh M. Nasir | ||||
| daripada album S.O.L.O | ||||
| Bahasa | Bahasa Melayu | |||
| Dilancarkan | November 1989 | |||
| Tempat | Malaysia | |||
| Format | ||||
| Genre | Tradisional, nusantara | |||
| Panjang | 6:00 | |||
| Syarikat | BMG Music, PMC | |||
| Penulis | M. Nasir | |||
| Penerbit | M. Nasir | |||
| Kronologi Kronologi single M. Nasir | ||||
| ||||
| |-
! colspan="3" scope="col" style="text-align: center; background:
|- | colspan="3" |
| ||||
| sunting · sunting di Wikidata | ||||
"Mustika" ialah lagu yang dirakamkan dan dipersembahkan oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada November 1989 sebagai single kelimanya untuk album studio kedua beliau, S.O.L.O (1989).[1] Ia dicipta dan ditulis sendiri oleh beliau yang turut berkhidmat sebagai penerbit.[2]
Komposisi
"Mustika" ialah sebuah lagu berentak balada nusantara yang berdurasi selama 6 minit, dicipta dan ditulis oleh M. Nasir sendiri. Lirik lagu ini berkisarkan tentang rasa cinta seorang kekasih kepada kekasihnya, seorang suami kepada isterinya atau sebaliknya, dan melambangkan rasa cinta manusia kepada Tuhannya.[1]
Gaya muzik
Melodi muzik "Mustika" diadun dengan muzik asli Jawa, diiiringi oleh bunyian alat muzik seperti angklung gamelan dan gong.[1][3]
Keluaran
"Mustika" dikeluarkan sebagai single kelima M. Nasir untuk album studio keduanya, S.O.L.O yang dikeluarkan pada 1989. Lagu ini juga berjaya menjadi juara rancangan radio Pujaan 10 di Radio 1 (kini Nasional FM) selama 7 minggu berturut-turut dan menjadi juara rancangan Muzik Muzik di TV3.[1]
Senarai runut
| No. | Tajuk | Masa | |
|---|---|---|---|
| 1. | "Mustika" | 6:00 | |
Carta
| Carta (1989) | Kedudukan carta |
|---|---|
| Carta Pujaan 10 | 1 |
| Carta Muzik Muzik | 1 |
Anugerah dan pencalonan
| Tahun | Anugerah | Kategori | Penerima/Karya tercalon | Keputusan |
|---|---|---|---|---|
| 1990 | Anugerah Juara Lagu ke-5 | Terbuka | "Mustika" | Tercalon |
Rujukan
- ^ a b c d "Menilai kejujuran M. Nasir dalam karya muziknya". URTV. 1 Jun 1990. Dicapai pada 11 Mei 2020.
- ^ Riadz Radzi (10 Januari 2021). "Penuh mesej tersurat, tersirat". Harian Metro. Dicapai pada 11 Mei 2021.
- ^ Paige Lim (4 Jun 2015). "M. Nasir: Traditional music meets Western sounds". The Straits Times. Dicapai pada 11 Mei 2019.









