Nadir ialah sebuah kumpulan jazz-rock fusion yang menggabungkan banyak gaya muzik untuk mewakili kepelbagaian budaya Malaysia.[1]
Ditubuhkan pada 2015, ahli teras Nadir termasuk pemain dram dan ketua kumpulan Ashwin Gobinath, pemain bass Zaim Zaidee, pemain gitar dan vokalis Farique Nadzir, pemain saksofon dan vokalis Adil Johan, pemain perkusi dan vokalis Karnatik Santosh Logandran dan pemain keyboard Stephanie Tham.[2]
Bekas ahli lama termasuk pemain keyboard Lor Phaik Sim.
Selain daripada itu, penyanyi Rashdan Harith dan Beverly Matujal juga pernah menjadi vokalis kumpulan itu pada masa lalu, dengan vokalis Bihzhu dan Lea Ismail atau lebih dikenali sebagai Leaism, juga kadang-kadang mengisinya.[3][4]
Sebagai kumpulan yang pelbagai, ahli-ahlinya menyanyi dalam Bahasa Malaysia, Inggeris dan Tamil kadangkala dalam lagu yang sama.[5]
Barisan semasa menampilkan vokalis Myra Lee pada vokal utama.
Rakaman utama pertama Nadir ialah album Synesthesia yang dikeluarkan pada 2018. Antara lagunya yang paling popular ialah Ikan Kekek dan Senja.[6]
Ikan Kekek adalah versi baharu lagu tradisional Melayu manakala Senja ditulis dengan tema perpaduan kerana ia dicipta di sebuah restoran mamak.[7]
Sejak itu Nadir telah mengeluarkan single Nafas (2019), Selalu (2022) dan Lay With Me (2023).[8]
Pemain dram Ashwin dan studio rakaman Nadir Studios ialah penerbit untuk muzik Nadir. Dia juga pemain dram untuk kumpulan rnb soul jazz AJQ , blues-rock Cats In Love dan telah penerbitkan album In My Mind[9]untuk Faye Faire dan berapa album untuk artis indie Malaysia seperti Brendan de Cruz, Skies Are Red dan kumpulan progressif-psychedelik rock Martin Vengadesan & The Stalemate Factor.[10]
- ^ "Kumpulan Baharu Nadir Angkat Irama Tradisional - Hiburan | mStar". www.mstar.com.my (dalam bahasa Inggeris). 2016-02-01. Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ "Nadir tampil berbeza | Harian Metro". www.hmetro.com.my. Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ List, The City. "Nadir feat. Bihzhu & Q Sound - 31 October". www.thecitylist.my (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ "Erino Yumiki to perform alongside Nadir". www.malaymail.com. Dicapai pada 2025-01-04.
- ^ Amir, Azdee (2019-09-16). "The home-made sound of Nadir | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ "NADIR: Antarasuara - CloudJoi". www.cloudjoi.com. Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ "Nadir". Borneo Jazz (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ Amir, Azdee (2019-09-16). "The home-made sound of Nadir | New Straits Times". NST Online (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-03.
- ^ Lifestyle, Terence Toh @ FMT (2024-02-23). "Faye Faire's new music honours a friend gone too soon". Free Malaysia Today | FMT (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-01-12.
- ^ "Malaysiakini's Martin Vengadesan releases psychedelic rock CD". Malaysiakini. 2020-12-03. Dicapai pada 2025-01-04.