Yang Berhormat Tuan Ir. Ts. Haji Nazri Abdul Rahman | |
|---|---|
| نذري عبد الرحمن | |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi Simpang Jeram | |
| Menyandang jawatan 9 September 2023 | |
| Didahului oleh | Salahuddin Ayub (PH–AMANAH) |
| Majoriti | 3,514 (2023) |
| Puak yang diwakili dalam Dewan Undangan Negeri Johor | |
| 2023– | Pakatan Harapan |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nazri Abdul Rahman 1967 (umur 57–58) Muar, Johor, Malaysia |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Amanah Negara (AMANAH) |
| Gabungan politik lain | Pakatan Harapan (PH) |
| Kediaman | Simpang Jeram, Johor, Malaysia |
| Pekerjaan | Ahli politik |
| Bidang pengkhususan | Jurutera |
Nazri bin Abdul Rahman (lahir 1967) merupakan seorang ahli politik dan jurutera Malaysia yang telah berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (ADUN) bagi kawasan Simpang Jeram sejak September 2023. Beliau merupakan ahli serta Timbalan Ketua Bahagian Bakri bagi Parti Amanah Negara (AMANAH), sebuah parti komponen dalam gabungan Pakatan Harapan (PH). Beliau pernah menjadi Ketua Biro Ekonomi Pusat Khidmat DUN Simpang Jeram dan Ketua Jabatan Kejuruteraan Majlis Perbandaran Muar (MPM). Beliau juga kini merupakan satu-satunya ADUN AMANAH di Johor.
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Johor (sejak 2023)
Pilihan raya kecil Simpang Jeram 2023
Dalam Pilihan raya kecil Simpang Jeram 2023 yang diadakan pada 9 September 2023 berikutan kekosongan kerusi akibat kematian penyandangnya, Salahuddin Ayub, pada 23 Julai 2023, Nazri membuat penampilan sulungnya dalam pilihan raya selepas dicalonkan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk bertanding bagi kerusi negeri tersebut.[1][2] Beliau memenangi kerusi itu dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor bagi kawasan Simpang Jeram untuk penggal pertamanya selepas menewaskan Mohd Mazri Yahya daripada Perikatan Nasional (PN) serta calon bebas S. Jeghanaathan dengan majoriti sebanyak 3,514 undi.[3] Nazri mengaitkan kemenangannya dengan usaha gigih serta kerjasama erat antara jentera pilihan raya PH dan Barisan Nasional (BN)..[4] Sebelum dan selepas pemilihannya sebagai ADUN Simpang Jeram, beliau mengenang pesanan Allahyarham Salahuddin yang menasihatinya agar sentiasa berkhidmat untuk rakyat Simpang Jeram dan menganggap mereka sebagai ahli keluarganya sendiri. Beliau turut menyatakan bahawa nasihat Salahuddin telah menguatkan semangatnya untuk terus memperjuangkan nasib serta kebajikan rakyat Simpang Jeram dan meneruskan legasi perjuangan Salahuddin. Selain itu, Nazri berkongsi bahawa pengalamannya bekerja bersama Salahuddin menjadikannya lebih selesa bekerja di belakang tabir — lebih banyak bertindak daripada berkata — dalam usaha menyelesaikan isu-isu rakyat Simpang Jeram serta menambah baik kebajikan dan sosioekonomi mereka. Beliau turut menetapkan keutamaan sebagai ADUN Simpang Jeram, termasuk menangani masalah banjir dan perparitan, membangunkan serta menyediakan lebih banyak kemudahan untuk golongan muda, menjaga kebajikan warga emas, meneruskan rancangan-rancangan peninggalan Salahuddin, serta melaksanakan inisiatif Rahmah yang diperkenalkan oleh beliau.[5][6][7][8] Pada 14 September 2023, Nazri secara rasmi mengangkat sumpah jawatan dan menjadi ADUN Simpang Jeram.[9]
Kehidupan peribadi
Nazri berkahwin dengan isterinya, Siti Seri Azura Ahmad.
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kerusi | Calon | Undi | Peratus undian | Lawan | Undi | Peratus undian | Buang undi | Majoriti | Keluar | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2023 | N13 Simpang Jeram | Nazri Abdul Rahman (AMANAH) | 13,844 | 56.54% | Mohd Mazri Yahya (PAS) | 10,330 | 42.19% | 24,485 | 3,514 | 60.64% | ||
| S. Jeghanaathan (BEBAS) | 311 | 1.27% | ||||||||||
Rujukan
- ^ "Amanah's Suhaizan Kaiat to contest Pulai by-election, Nazri Abdul for Simpang Jeram". The Star. 19 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Pakatan's Nazri Abdul Rahman submits nomination for Simpang Jeram by-election". The Star. 26 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Pakatan retains Simpang Jeram". The Star. 9 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Simpang Jeram win proves voters accept Barisan-Pakatan partnership, says Nazri". The Star. 9 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Simpang Jeram by-election: Amanah candidate Nazri pledges to keep late Salahuddin's plans on track". The Star. 19 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Pakatan candidate wants to solve Simpang Jeram flood issue". The Star. 27 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Salahuddin told me to treat Simpang Jeram folk like family, says Pakatan candidate". The Star. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "New Simpang Jeram rep Nazri to focus on flood issues, youth development, elderly welfare". The Star. 10 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "New Simpang Jeram assemblyman takes his oath of office". The Star. 14 September 2023. Dicapai pada 14 September 2023.
- ^ "N.13 SIMPANG JERAM". SPR Dashboard. 9 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.
- ^ "Keputusan PRK Johor 2023". Astro Awani. 9 September 2023. Dicapai pada 10 September 2023.








