Mukim Ngulang | |
|---|---|
Mukim Ngulang | |
| Negara | |
| Negeri | |
| Pentadbiran | |
| • Pihak berkuasa tempatan | Majlis Perbandaran Kangar |
| Keluasan | |
| • Jumlah | 6.27 km2 (2.42 batu persegi) |
| Penduduk (2010) | 3,149 orang |
| • Kepadatan | 502/km2 (1,300/batu persegi) |
Mukim Ngulang merupakan sebuah mukim di negeri Perlis.
Perlis dibahagikan kepada beberapa buah mukim dan setiap mukim dibahagikan kepada beberapa buah kampung dan pekan.[1]
Pentadbiran
Mukim Ngulang merupakan salah sebuah mukim yang terdapat dalam negeri Perlis dan terletak di bawah pentadbiran Majlis Perbandaran Kangar. Mukim Ngulang mempunyai keluasan 6.27 kilometer persegi.[2]
Geografi
Mukim Ngulang terletak di bahagian tengah negeri Perlis bersempadan dengan mukim Chuping, Oran, Sungai Adam, Padang Pauh, dan Jejawi.[2]
Demografi
Jumlah penduduk di Mukim Ngulang ialah 3,149 orang[3] menurut Bancian Malaysia 2010 dengan kepadatan penduduk 502 orang perkilometer persegi dan dikategorikan sebagai taburan penduduk padat[4]. Majoriti penduduk berbangsa Melayu iaitu seramai 2,999 orang[3][4]. Terdapat sebanyak 797 isi rumah dengan 887 tempat kediaman.[3]
| Kategori | Kaum | Bilangan |
|---|---|---|
| Warganegara Malaysia | Melayu | 2,999 |
| Bumiputera lain | 4 | |
| Cina | 46 | |
| India | 1 | |
| Lain-lain | 19 | |
| Bukan warganegara | - | 80 |
| Kumpulan umur | Bilangan |
|---|---|
| 70 tahun ke atas | 219 |
| 60-69 tahun | 263 |
| 50-59 tahun | 351 |
| 40-49 tahun | 415 |
| 30-39 tahun | 318 |
| 20-29 tahun | 465 |
| 10-19 tahun | 600 |
| 0-9 tahun | 518 |
| Jantina | Bilangan |
|---|---|
| Lelaki | 1,551 |
| Perempuan | 1,598 |
Rujukan
- ^ http://www.mygeoportal.gov.my/sites/default/files/dokumen_upi/KOD%20DAN%20NAMA%20SEMPADAN%20PENTADBIRAN%20TANAH_PERLIS.pdf
- ^ a b https://mygos.mygeoportal.gov.my/upi/
- ^ a b c https://www.mycensus.gov.my/index.php/ms/produk-banci/penerbitan/banci-2010/682-taburan-penduduk-mengikut-kawasan-pihak-berkuasa-tempatan-dan-mukim-2010
- ^ a b "Citypopulation - Ngolang, Malaysia". citypopulation.de (dalam bahasa Inggeris).








