Nikmat Hanya Sesaat ialah sebuah drama televisyen Malaysia 2025 arahan Izuan Mokhtar terbitan Art Ornament Sdn. Bhd. Ia dibintangi oleh Fadlan Hazim dan Mawar Rashid. Drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda, TV3 pada 8 Mei 2025 menggantikan Dari Rahim Yang Sama.
Nikmat Hanya Sesaat | |
---|---|
Genre | Drama |
Ditulis oleh |
|
Pengarah | Izuan Mokhtar |
Dibintangi oleh | |
Lagu pembukaan | "Jika Masih Ada" - Erra Fazira & Hady Mirza |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 20 |
Penerbitan | |
Penerbit eksekutif | Basree Rakijan |
Penerbit | Aida Othman |
Tempoh siaran | 42 minit |
Syarikat penerbitan | Art Ornament Sdn Bhd |
Penyiaran | |
Saluran asal | TV3 (Samarinda) Tonton |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 8 Mei 2025 – 11 Jun 2025 |
Kronologi | |
Mengikuti | Dari Rahim Yang Sama |
Diikuti oleh | Baby Papa |
Sinopsis
Kisah Sara (Mawar Rashid), seorang wanita yang menanggung beban rahsia gelap, menjadi pelacur kelas atasan demi menampung keluarga selepas pemergian bapanya. Walaupun hidupnya mewah hasil "bimbingan" Johny (Mutalib Mubin), jiwanya tetap kosong, gelap, dan terperangkap.
Takdir mempertemukan Sara semula dengan Zafrul (Fadlan Hazim), cinta pertamanya, yang kini telah menjadi suami kepada Julia (Sherry Ibrahim). Di sinilah konflik besar bermula, Zafrul tidak tahu apa yang berlaku dalam hidup Sara, manakala Sara pula tersepit mahu menghidupkan kembali cinta lama atau melepaskan segalanya demi mencari kedamaian sebenar.
Pelakon
Pelakon utama
- Mawar Rashid sebagai Sara
- Fadlan Hazim sebagai Zafrul
- Sherry Ibrahim sebagai Julia
- Arash Mohamad sebagai Nasir
Pelakon pembantu
- Lisdawati sebagai Yati
- Shasha Abedul sebagai Bella
- Danish Hazriq sebagai Remy
- Mutalib Mubin sebagai Johnny
- Ady Mohammad sebagai Daniel
- Raden Zaharatul sebagai Rita
- Azman Jantan sebagai Johan
- Dayana Roza sebagai Yasmin
- Mas Anizan sebagai Mahani
- Raja Azmi sebagai Maryam
- Mak Wan sebagai Kak Esah
- Azhar Amir sebagai Datuk Malik
- Liyana Yusuf sebagai Datin Zakiah
- Siew Eng sebagai Michelle
- Alyyn Tenchen sebagai Mahani
Pautan luar
TV3: Slot Samarinda, Isnin-Khamis, 10:00 malam | ||
---|---|---|
Sebelumnya | Nikmat Hanya Sesaat | Berikutnya |
Dari Rahim Yang Sama | Baby Papa |