Nizar Awadallah | |
|---|---|
نزار عوض الله | |
| Ketua Hamas di Genting Gaza | |
| Dalam jawatan 2006–2012 | |
| Didahului oleh | Abdul Aziz al-Rantisi (2004) |
| Digantikan oleh | Ismail Haniyeh |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | 11 Disember 1957 Bandar Gaza, Gaza |
| Kerakyatan | Palestin |
| Parti politik | |
| Tempat belajar | Universiti Ain Syams |
Nizar Awadallah (Arab: نزار عوض الله) ialah seorang ahli politik Palestin dari gerakan Hamas. Beliau menyertai banyak siri delegasi Hamas ke negara-negara dunia. Beliau terlibat dalam rundingan pertukaran tawanan dari Israel Gilad Shalit dengan 1,027 orang Palestin yang ditahan Israel pada 2011.[1] Pada 2006, beliau telah dilantik mengetuai Hamas di Gaza, pasca kemenangan gerakan itu dalam pilihan raya.
Latar belakang
Nizar dilahirkan pada 11 Disember 1957 di Gaza[2] dari keluarga yang berasal dari Majdal (kini Asqalan). Beliau ialah anak kepada seorang ulama di Universiti Al-Azhar, Mesir.[3] Beliau memperoleh ijazah sarjana muda dalam kejuruteraan awam dari Universiti Ain Syams di Kaherah pada 1981.[3]
Rujukan
- ^ Sadiki, Larbi. "Captives of war and peace". www.aljazeera.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-10-26.
- ^ "نزار عوض الله" (dalam bahasa Arab). 2021-03-31. Dicapai pada 2023-10-26.
- ^ a b "حركة المقاومة الإسلامية - حماس -". web.archive.org. 2017-07-11. Dicapai pada 2023-10-26.








