Noor Islam | |
---|---|
Pengarah | K.M. Basker |
Dibintangi | Nordin Ahmad Salmah Ahmad Mahmud Jun Siput Sarawak |
Disunting oleh | Hussein Haniff |
Syarikat penerbitan | |
Diedarkan oleh | Cathay Organisation |
Tarikh tayangan | 1960 |
Negara | ![]() ![]() |
Bahasa | Melayu |
Filem Noor Islam merupakan sebuah filem Melayu yang diterbitkan di Malaysia pada tahun 1960. Filem Noor Islam diterbitkan dalam bentuk filem hitam putih tanpa warna.
Filem Noor Islam diarah oleh pengarah K.M. Basker pada 1960.
Ringkasan
Filem ini berkisar tentang sebuah kerajaan yang menyembah berhala Dewa Re, mengorbankan perawan dengan membakarnya hidup-hidup sebagai balasan kemakmuran dibawah naungan berhala Dewa Re. Mereka akan menyeksa sesiapa sahaja yang ditangkap mengamalkan agama Islam. Ramai rakyatnya memeluk agama Islam secara sembunyi termasuk Puteri Raja.
Pelakon
Pelakon utama
- Nordin Ahmad sebagai Tengku Bador
- Salmah Ahmad sebagai Tengku Ratna Suri
- Mahmud Jun sebagai Panglima Merah Hitam
- Siput Sarawak sebagai Melor
Pelakon pembantu
- Shariff Medan sebagai Guru Murshid
- Yem sebagai Sultan
- Dollah Sarawak sebagai Ketua Berhala/Mahaguru
- Haji Arshad sebagai Maarof
- Mat Sentol sebagai Tando
- Puteh Lawak sebagai Jujo
- Salleh Melan sebagai Panglima
- Rose Eberwein sebagai Chempaka
- Minah Yem