Novia Kolopaking | |
|---|---|
| Kelahiran | Novia Sanganingrum Saptarea Kolopaking 9 November 1972 Bandung, Jawa Barat, Indonesia |
| Pekerjaan | |
| Pasangan | Emha Ainun Nadjib (k. 1997) |
| Anak-anak | 4 |
| Kerjaya muzik | |
| Genre | |
| Alat muzik | Vokal |
| Syarikat rakaman | Musica Studio's |
Novia Kolopaking (lahir di Bandung, Jawa Barat, 9 November 1972; umur 53 tahun) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Indonesia. Ia dikenali kerana lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" bersama Dwiki Dharmawan.
Kerjaya
Nama Novia telah dikenali sejak zaman kanak-kanaknya lagi melalui beberapa majalah kanak-kanak dan pertunjukan pentas, sama ada sebagai penyanyi ataupun pelakon. Walau bagaimana pun, namanya benar-benar terserlah di persada seni nasional ketika dia melakonkan watak "Emak" dalam drama bersiri Keluarga Cemara dan watak "Siti Nurbaya" dalam filem televisyen Sitty Nurbaya. Walaupun ramai yang tidak menyedari, dia juga pernah mengisi suara tokoh "Dewi Anjani" dalam sandiwara radio Saur Sepuh. Namanya mulai dikenali ketika ia menyanyikan lagu "Dengan Menyebut Nama Allah" karya Dwiki Dharmawan dan Ags. Arya Dipayana yang dilancarkan pada tahun 1992.[1][2][3]
Novia menikah pada 22 Mac 1997 dengan Emha Ainun Nadjib dan dikurniai 4 orang anak. Setelah berkahwin, dia tidak banyak muncul dalam aktiviti kesenian nasional. Namun, dia kerap mendampingi perjalanan kumpulan "Kiai Kanjeng" pimpinan suaminya mengunjungi pelbagai tempat di Indonesia dan juga luar negara.
Diskografi
Single
| Tahun | Tajuk | Album | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1992 | "Dengan Menyebut Nama Allah" | Dengan Menyebut Nama Allah | Bersama Dwiki Dharmawan[1] |
| 1996 | "Bunga Mawar" | Karya Emas A. Riyanto[a] | |
| 1997 | "Aku Selalu Cinta" | The Best Slow of Novia Kolopaking | |
| 2000 | "Zikir" | Zikir[b] | |
| 2000 | "Sendiri Menyulam Mimpi" | Misteri Nini Pelet[c] |
- Keterangan
Album
| Tahun | Album | Single |
|---|---|---|
| 1983 | Bapak Pembangunan |
|
| 1983 | Kembalilah Mama | "Kembalilah Mama" |
| 1987 | Salah Tingkah | "Salah Tingkah" |
| Sembah dan Puji Dia | "Sembah dan Puji Dia" | |
| 1989 | Jangan Malu-Malu | "Jangan Malu-Malu" |
| 1992 | Kembali | "Kembali" |
| 1994 | Biar Kusimpan Rinduku | "Biar Kusimpan Rinduku" |
| 1995 | Untukmu Segalanya | "Untukmu Segalanya" |
| 1997 | Asmara | "Asmara" |
| The Best Slow of Novia Kolopaking | "Aku Selalu Cinta" | |
| 1998 | Cinta | "Cinta" |
| 2000 | KepadaMu, Kekasihku | "KepadaMu, Kekasihku"[4] |
| 2004 | Best of the Best |
Filemografi
Filem
Sebagai pelakon
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1988 | Brahma Manggala | ||
| 1990 | Perempuan Kedua | Lia | |
| 2021 | Terima Kasih Emak, Terima Kasih Abah | Emak |
Sebagai pembuat filem
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 2010 | Minggu Pagi di Victoria Park | Penerbit eksekutif | |
| 2021 | Terima Kasih Emak, Terima Kasih Abah |
Siri televisyen
| Tahun | Tajuk | Watak | Catatan |
|---|---|---|---|
| 1989—1990 | Jendela Rumah Kita | Anna | |
| 1991 | Sitti Nurbaya (Kasih tak Sampai) | Sitti Nurbaya | |
| 1996 | Darah Biru | Kusdwi | |
| 1 Kakak 7 Ponakan | Ocha | ||
| 1996—2004 | Keluarga Cemara | Emak | Pelakon kedua |
| 2008 | Rinduku Cinta-Mu | Nurul |
Rujukan
- ^ a b Ivvaty, Susi (9 Oktober 2005). "Pop Religius Sang Pendakwah". Kompas. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Disember 2005. Dicapai pada 8 Julai 2023.
- ^ "5 Lagu Religi Terbaik Sepanjang Masa". IDN Times. 23 Jun 2017.
- ^ Saraswati, Dyah Paramita. "Lagu Religi Ikonik dari Masa ke Masa". detikhot (dalam bahasa Indonesia). Dicapai pada 6 Jun 2023.
- ^ Willis (12 November 2000). "Novia Nimbrung di Kyiai Kangjeng". Gatra. Dicapai pada 30 November 2025.
Pautan Luar
- (Indonesia) SOSOK-TOKOH - Suami Tetap Izinkan Akting - Novia Kolopaking Diarkibkan 2007-09-27 di Wayback Machine
- (Indonesia) Artikel tentang Novia pada situs web Padhangmbulan








