Nur Ameera Khan | |
|---|---|
نور اميايرا خن | |
| Kelahiran | Nur Ameera binti Abdul Halim Khan 8 Disember 2000 |
| Warganegara | Malaysia |
| Pekerjaan | Usahawan, model dan selebriti internet |
| Tahun aktif | 2018–kini |
| Ibu bapa | Abdul Halim Khan Lall Khan (bapa) Noor Kartini Noor Mohamed (ibu) |
| Hubungan | Noor Neelofa (kakak seibu) |
Nur Ameera Abdul Halim Khan (Jawi: نور اميايرا عبدالحاليم خن; lahir 8 Disember 2000) atau lebih dikenali sebagai Little Miss Khan, merupakan seorang usahawan, model dan selebriti internet wanita Malaysia. Nur Ameera merupakan adik kandung seibu dan lain bapa kepada pelakon, pengacara dan model wanita Noor Neelofa.[1]
Kehidupan awal dan pendidikan
Nur Ameera binti Abdul Halim Khan dilahirkan di Pasir Mas, Kelantan, Malaysia pada 8 Disember 2000. Beliau merupakan anak yang kedua daripada empat orang adik-beradik kepada Abdul Halim Khan Lall Khan dan Kartini Noor Mohamed. Beliau mempunyai empat orang adik-beradik seibu dan seorang kakak tiri.
Nur Ameera mendapat pendidikan di sekolah antarabangsa. Beliau mengambil peperiksaan International General Certificate of Secondary Education (IGCSE).[2]
Kerjaya
Nur Ameera merupakan pengasas LMK Cosmetics.[3][4]
Kontroversi dan isu
Penghinaan terhadap telefon bimbit Samsung
Pada Mac 2018, Nur Ameera di dalam satu video yang viral memperlekeh dan memandang rendah jenama telefon bimbit terkenal Korea Selatan, Samsung. Dalam video tersebut, beliau ditanya sama ada beliau memilih telefon bimbit Apple atau Samsung, dengan spontan beliau menjawab "Samsung? Eww (gelinya)". Video tersebut mendapat banyak kritikan dan kecaman daripada netizen.[5] Walau bagaimanapun, Nur Ameera telah memohon maaf atas kesilapan yang dibuat.[6]
Kehidupan peribadi
Nur Ameera dan Muhammad Shameer Shauqeen Shaiful Izam (lebih dikenali sebagai Meerqeen) pernah dituduh bahawa mereka mempunyai hubungan romantik dan bercuti bersama-sama di Bali, Indonesia. Walau bagaimanapun, Meerqeen menafikan tuduhan tersebut dan tidak mengetahui bahawa Nur Ameera berada di sana pada waktu yang sama. Meerqeen turut menambah bahawa beliau mempunyai penggambaran di sana.[7]
Pada Januari 2024, Nur Ameera telah menjalinkan hubungan dengan Jefri Nichol setelah mereka berdua berkenalan sejak tahun 2023.[8]
Rujukan
- ^ Little Miss Khan enggan komen berjudi lumba kuda di luar negara Berita Harian (21 September 2023). Dicapai pada 21 Mac 2023.
- ^ Profil Ameera Khan, Artis Malaysia Blasteran Melayu Pakistan Pacar Jefri Nichol
- ^ Biodata Ameera Khan – Kerjaya & Kehidupan Peribadi
- ^ “Saya Memang Bukan Melayu,” Ameera Khan Dedah Asal Usul
- ^ Adik Neelofa Dikecam Perlekeh Telefon Samsung
- ^ Isu Perlekeh Samsung, Ameera Khan Mohon Maaf
- ^ Meerqeen 'shooting', nafi bercuti bersama Ameera di Bali
- ^ #SHOWBIZ: Jefri Nichol shares how he and Ameera Khan 'met'








