Nushi Mahfodz | |
|---|---|
| Ketua Penerangan Parti Islam Se-Malaysia Negeri Selangor | |
| Menyandang jawatan 3 April 2023 | |
| Presiden | Abdul Hadi Awang |
| Pesuruhjaya negeri | Ahmad Yunus Hairi (3 April–31 Oktober 2023) Ab Halim Tamuri (sejak 2023) |
| Didahului oleh | Mohd Fadli Ghani |
| Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi Semenyih | |
| Menyandang jawatan 12 Ogos 2023 | |
| Didahului oleh | Zakaria Hanafi (BN–UMNO) |
| Majoriti | 1,262 (2023) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Nushi bin Mahfodz 27 Disember 1975 |
| Kewarganegaraan | |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia (PAS) |
| Gabungan politik lain | Gagasan Sejahtera (GS) (2016–2020) Perikatan Nasional (PN) (sejak 2020) |
| Pertalian | Mahfodz Mohamed (bapa) Ahmad Nawfal Mahfodz (adik lelaki) |
| Tempat belajar | Universiti Yarmuk (Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian) dalam bidang Syariah) Universiti Al al-Bait (Ijazah Sarjana Sastera dalam bidang Syariah) |
| Pekerjaan |
|
Nushi bin Mahfodz (lahir 27 Disember 1975) merupakan seorang ahli politik, pendakwah dan pensyarah kelahiran Britain yang berkhidmat sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (ADUN) bagi kawasan Semenyih sejak Ogos 2023.[1]
Kerjaya
Sekembalinya dari Jordan pada tahun 2001, beliau berkhidmat sebagai pensyarah di Sekolah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dari tahun 2001 hingga 2011 selama sedekad. Sejak 2011, beliau menjadi pensyarah di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS), serta dilantik sebagai timbalan pengarah KUISCELL Sendirian Berhad (Sdn Bhd) sejak 2014. Dalam masa yang sama, beliau turut berperanan sebagai penasihat syariah di beberapa institusi perbankan. Beliau dilantik sebagai penasihat syariah di Asian Finance Bank yang berpangkalan di Qatar dari 2014 hingga 2017. Apabila Asian Finance Bank diambil alih dan dinamakan semula sebagai MBSB Bank, khidmat beliau sebagai penasihat syariah diteruskan sehingga 2018.[2][3]
Kerjaya politik
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor (sejak 2023)
Pilihan raya negeri Selangor 2023
Dalam pilihan raya negeri Selangor 2023, Nushi telah dicalonkan oleh Perikatan Nasional (PN) untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih. Beliau memenangi kerusi tersebut dan telah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor bagi kawasan Semenyih untuk penggal pertama selepas menewaskan Wan Zulaika Anua dari UMNO mewakili Barisan Nasional (BN) dengan majoriti tipis sebanyak 1,262 undi.[4][5]
Keputusan pilihan raya
| Tahun | Kawasan pilihan raya | Calon | Undi | Peratus | Lawan | Undi | Peratus | Undi sah | Majoriti | Hasil | ||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| 2018 | N26 Sungai Ramal | Nushi Mahfodz (PAS) | 13,961 | 29.13% | Mazwan Johar (AMANAH) | 24,591 | 51.31% | 48,366 | 10,630 | 88.00% | ||
| Abdul Rahim Mohd Amin (UMNO) | 9,372 | 19.56% | ||||||||||
| 2023 | N24 Semenyih | Nushi Mahfodz (PAS) | 37,068 | 50.87% | Wan Zulaika Anua (UMNO) | 35,806 | 49.13% | 72,874 | 1,262 | 74.90% | ||
Rujukan
- ^ "Y.B. Tuan Nushi Bin Mahfodz". Dewan Negeri Selangor. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Sheikh Dr Nushi Bin Dato Mahfodz". Islamic Markets. 28 Januari 2019. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "Cabaran Mazwan Johar pertahan Sungai Ramal". Utusan Malaysia. 6 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Selangor polls: Official Results". New Straits Times. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 18 Januari 2024.
- ^ "State polls: Perikatan's Nushi wins Semenyih with over 1,200-vote majority". The Star. 13 Ogos 2023. Dicapai pada 19 Januari 2024.
- ^ "Keputusan Pilihan Raya Negeri Selangor ke-15". Dicapai pada 5 Oktober 2023.








