Jumlah penduduk | |
---|---|
297,493 (bancian 2012) | |
Kawasan ramai penduduk | |
Guyana:
Diaspora Guyana: | |
Bahasa | |
Bahasa Kolonial:
Bahasa Asia Selatan:
| |
Agama | |
Majority: ![]() Minorii: ![]() ![]() |
Indo-Guyana atau Orang India Guyana adalah warganegara Guyana berketurunan India atau Asia Selatan. Mereka kini membentuk kumpulan etnik terbesar di Guyana, yang membentuk 39.8% daripada populasi guyana.Sebilangan besar Indo-Guyana berasal dari India Utara, terutamanya wilayah Bhojpur dan Awadh di Belt Hindi di negeri Uttar Pradesh, Bihar dan Jharkhand kini. Sebilangan kecil juga berasal dari India Selatan. India Selatan.[1] Sebilangan besar orang India datang sebagai buruh kontrak pada abad ke-19 di bawah pemerintahan Britis. Sebilangan juga orang yang mempunyai status sosial yang lebih tinggi juga tiba untuk menjaid perniaga dan berkerja di sektor kerajaan. [2] Diaspora Indo-Guyan yang besar juga terdapat di negara-negara seperti Amerika Syarikat, Kanada dan United Kingdom
Budaya
Walaupun pendatang India mengekalkan warisan mereka, budaya masyarakat Indo-Guyana mempunyai identiti unik di Guyana. Komuniti Indo-Guyana terbentuk daripada pelbagai wilayah dan budaya di India. Akibatnya, mereka telah mengembangkan budaya Indo-Guyana moden yang tersendiri sepanjang masa di Guyana.
Asal Usul Budaya dan Agama
Antara tahun 1838 dan 1917, lebih daripada 500 perjalanan kapal membawa seramai 238,909 pendatang India ke Guyana sebagai buruh kontrak. Daripada jumlah ini, kira-kira 75,898 orang atau anak-anak mereka direkodkan telah kembali ke subbenua India.
Pendatang India meninggalkan kesan budaya yang berkekalan di Guyana. Setelah tempoh kontrak mereka tamat, ramai daripada mereka kembali kepada pekerjaan asal mereka dan membentuk semula kehidupan desa tradisional India di tanah yang mereka anggap sebagai tanah air baharu.
Perayaan dan Cuti Umum

Masyarakat Indo-Guyana menyambut pelbagai perayaan keagamaan berdasarkan warisan budaya mereka.
- Hindu: Mereka merayakan semua perayaan utama seperti Deepavali, Navaratri, Maha Shivaratri, Makar Sankranti, Durga Puja, dan Rama Navami.
- Islam: Masyarakat Muslim Indo-Guyana pula menyambut perayaan seperti Hari Raya Haji (Eid al-Adha), Hari Raya Aidilfitri (Eid al-Fitr), Maulidur Rasul (Milad-un-Nabi), dan Tahun Baru Islam.
- Kristian: Penganut Kristian dalam komuniti ini menyambut Tahun Baru, Hari Natal, Easter, Jumaat Agung, Ash Wednesday, Hari Raya Semua Orang Kudus, serta Perayaan Corpus Christi.
Di Guyana, Hari Kedatangan India disambut pada 5 Mei setiap tahun untuk memperingati ketibaan buruh kontrak India yang pertama pada 5 Mei 1838. Pada hari ini, mereka mengenang sejarah dan sumbangan pendatang India, yang tiba untuk bekerja di ladang tebu. Selain itu, mereka juga meraikan Hari Kemerdekaan Guyana dan Hari Republik sebagai cuti kebangsaan.
Rujukan
- ^ "The Indian presence in Guyana". Stabroek News (dalam bahasa Inggeris). 2009-05-28. Dicapai pada 2023-07-04.
- ^ Roopnarine, Lomarsh (2011). "Indian migration during indentured servitude in British Guiana and Trinidad, 1850–1920". Labor History. 52 (2): 173–191. doi:10.1080/0023656X.2011.571473.