![]() | Rencana ini mengandungi senarai rujukan, bacaan berkaitan atau pautan luar, tetapi sumbernya masih tidak jelas kerana kekurangan petikan dalam baris. (April 2025) |
![]() Perkahwinan Melayu Singapura | |
Jumlah penduduk | |
---|---|
545,498 13.5% daripada penduduk Singapura (2020)[1] | |
Kawasan ramai penduduk | |
Woodlands, Tampines, Bedok, Jurong Barat | |
Bahasa | |
Melayu, Inggeris dan juga Bahasa Arab sebagai bahasa agamawi. | |
Agama | |
Terutamanya Islam 98.8% Minoriti: Kristian 0.6% • Tiada agama 0.4% [2] | |
Kumpulan etnik berkaitan | |
Orang Melayu Singapura, atau Melayu Temasik (Jawi: ملايو سيڠاڤورا) ialah penduduk asal di Tanah Besar Pulau Temasik (Singapura)[3], kini terdiri daripada 15.4% dari penduduk masyarakat.
Semasa era kolonial, Stamford Raffles pada tahun 1819, orang Melayu adalah majoriti disana dengan anggaran jumlah penduduk 1,000.[4] Catatan lain menyatakan, penduduk Temasik pada waktu tersebut ialah 120 orang Melayu, 30 orang Cina dan beberapa suku tempatan seperti Orang Laut.[4] Walau bagaimanapun berlaku peningkatan imigran daripada India dan Cina semasa era perang dunia kedua.[5]
Pada masa kini, orang Melayu Singapura aktif dalam semua bidang budaya dan masyarakat Singapura, dengan perwakilan bebas dalam bidang seperti media, politik dan sukan.
Penduduk orang Melayu di Singapura
Bancian penduduk di Singapura:
Masyarakat | 1970 | 1980 | 1990 | 2000 | 2006 | 2010 |
---|---|---|---|---|---|---|
Cina | 77.0 | 78.3 | 77.7 | 76.8 | 75.2 | 74.1 |
Melayu/Peribumi | 14.8 | 14.4 | 14.1 | 13.9 | 13.6 | 13.4 |
India/Hindu | 7.0 | 6.3 | 7.1 | 7.9 | 8.8 | 9.2 |
Lain-lain | 1.2 | 1.0 | 1.1 | 1.4 | 2.4 | 3.3 |
Sumber: Jabatan Statistik Singapura. [1]
Sejarah Raja-raja Melayu di Singapura
Pada abad-17, Sulalatus Sulatin menceritakan mengenai penubuhan pelabuhan di Pulau Temasek pada tahun 1299M oleh putera raja Palembang. Pada ketika itu, Palembang merupakan pusat kerajaan Sriwijaya. Puteranya, Sri Tri Buana, (dikenali juga Sang Nila Utama) dikatakan berketurunan Iskandar Zulkarnain puteri dikenali Shahrul Bariyah.Cerita yang mengatakan beliau menamakan semula "Singapura" tetapi tiada bukti sah yang munasabah atau kukuh untuk mengiakan kata tersebut.
Raja-Raja Melayu Singapura (1299 - 1396 M)
- Sri Tri Buana (Sang Nila Utama) (1299–1347)
- Raja Kecil Besar (Paduka Seri Pikrama Wira) (1348–1362 (?) )
- Raja Muda (Rakna Pikrama) (1363–1374 (?) )
- Paduka Seri Maharaja (Damia Raja) (1375–1386 (?) )
- Raja Iskandar Shah (Parameswara) (1388/1390 (?) –1397)
Raja-Raja Melayu Singapura (1699 - 1835 M)
- Bendahara Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV (Sultan Riau-Lingga-Pahang) (1699–1718)
- Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil) (Sultan Riau-Lingga-Pahang) (1718–1722)
- Sultan Sulaiman Badrul Al-Alam Shah (Sultan Johor-Riau-Lingga-Pahang) (1722–1760)
- Sultan Mahmud Riayat Shah III (Sultan Johor-Pahang) (1761–1812)
- Sultan Abdul Rahman (Sultan Lingga) (1812–1832) (Dilantik untuk menduduki takhta sebagai ganti abangnya Hussein, disokong oleh Bugis.)
- Sultan Hussein Shah (Sultan Johor) (1819–1835) (Diiktiraf oleh British sebagai Sultan Johor yang sah.)
Kedatangan orang Melayu selepas 1819
Singapura telah didiami oleh orang Melayu ketika penjajah barat Stamford Raffles datang pada Januari 1819. Kawasan Teluk Belanga dan sekitar Sungai Kalang merupakan penempatan Orang Laut sejak zaman-berzaman. Di sini, turut mempunyai perkampungan Melayu di sepanjang Lembah Sungai Kallang dan Sungai Besar atau Sungai Singapura.
Pada bancian pertama yang dilakukan pada tahun 1824, telah mendedahkan bahawa Masyarakat Melayu (termasuk orang Bugis) terdiri daripada 60.9% dari keseluruhan seramai 10,683 orang.
Kumpulan Suku | Penduduk |
---|---|
Orang Putih/Bangsa Penjajah | 74 |
Orang Armenia | 16 |
Orang Arab | 15 |
Masyarakat Melayu | 4,580 |
Suku Melayu Bugis | 1,925 |
Orang Tiong Hua/China | 3,317 |
Orang India/Hindu/Buruh Kasar | 756 |
Jumlah masyarakat | 10,683 |
Orang Laut
Menurut Sopher(1977), orang Kalang, orang Seletar, orang Selat dan orang Gelam merupakan peribumi yang menetap di Temasik/Sigapura. Orang Kallang (dipanggil Orang Biduanda Kallang) tinggal di sepanjang di Sungai Kallang. Mereka tinggal dalam perahu dan menyara hidup dengan menangkap ikan serta mengutip pelbagai hasil hutan. Selepas 1819, petempatan semula di utara Selat Singapura di Sungai Besar oleh Temenggong Abdul Rahman. Malangnya, pada tahun 1848, populasi penduduk orang Kallang berkurang kerana jangkitan oleh cacar air dalam kalangan penduduk.
Orang Seletar tinggal dikawasan paya, sungai serta pulau-pulau berhampiran di sekitar tanah besar. Mereka hidup secara nomad sehingga sekitar 1850-an.
Orang Selat hidup di perairan pelabuhan Keppel (Keppel Bay) Singapura. Mereka dipercayai peneroka awal di pulau tersebut. Mereka menjual hasil laut dan buah-buahan kepada pedagang-pedagang asing yang merentasi kawasan tersebut.
Orang Gelam berasal dari suku kaum di Pulau Batam. Mereka telah dibawa oleh Datuk Temenggung Daeng Abdul Rahman pada 10 tahun pertama abad-19. Kebanyakan Orang Gelam yang tinggal sepanjang Sungai Sigapura bekerja sebagai tukang perahu atau sampan untuk kapal dagang manakala kaum wanita mereka menjual buah-buahan di dalam perahu.
Orang Laut hidup nomad mengunakan perahu di perairan Singapura.
Orang Melayu
Semasa Sir Stamford Raffles tiba di Singapura, wujudnya masyarakat Melayu terdiri Orang Melayu asli yang ketika itu di bawah pengaruh kerajaan Johor. Komuniti tersebut diketuai oleh Temenggung Abdul Rahman. Selain itu, bilangan masyarakat Melayu bertambah dengan kemasukan masyarakat Melayu Dagang daripada Semenanjung Melaka Tanah Melayu, dan Kepulauan Melayu yang lain.
Selepas era penjajahan kolonial, berlaku kemasukan besar bersaran orang Melayu dari negeri Melaka yang berada di bawah British ke Singapura, daripada galakan penjajah bagi membangunkan Singapura sebagai pusat perdagangan serta pentadbiran. Apabila Singapura bertambah berkembang maju, mempunyai peluang ekonomi yang lebih baik, banyak orang Melayu dari kepulauan Riau, tanah seberang Sumatera, tanah taklukan British Pulau Pinang, Melaka dan Johor datang ke Singapura.
Pada 1930 dan 50-an, penduduk Melayu dari Semenanjung Melaka Tanah Melayu bekerja dalam bahagian perkhidmatan seragam British. Walau bagaimanapun,dalam tempoh 1957-1970, kebanyakan daripadanya telah pulang ke tanah air, Malaysia apabila perkhidmatan mereka telah berakhir.
Agama
Majoriti masyarakat Melayu di Singapura ialah Umat Islam Ahli Sunah Waljamaah yang berpandu ikut mazhab Imam Shāfi‘ī.
Terdapat juga sebilangan kecil Kristian di kalangan orang Melayu. Bagaimanapun, pihak "kerajaan amat tidak menggalakkan penerbitan kitab Injil Kristian dalam bahasa Melayu" dan "amat tidak menyarankan para mubaligh daripada berusaha untuk menukarkan penduduk tempatan Melayu". Tindakan ini dilakukan agar tidak menimbulkan ketegangan antara kaum dan agama dalam masyarakat Melayu Singapura yang kebanyakannya beragama Islam.[perlu rujukan]
Terdapat juga sebilangan kecil komuniti Buddha, kebanyakannya mengandungi "keturunan Cina dengan campuran Melayu."[perlu rujukan]
Budaya
Kebanyakan orang Melayu di Singapura secara umumnya berkongsi budaya yang hampir sama dengan mereka yang tinggal di Semenanjung Malaysia.
Secara linguistiknya, kebanyakan orang Melayu di Singapura menuturkan dialek Johor-Riau dari bahasa Melayu yang sama dengan yang dituturkan di semenanjung Malaysia barat daripada di Indonesia. Sebilangan generasi tua yang berhijrah ke sini atau ibu bapa mereka yang merupakan pendatang boleh berbahasa Jawa dan Minang.
Bahasa Inggeris juga dituturkan secara meluas. Bahasa Arab adalah biasa di kalangan guru agama Muslim dan merupakan bahasa pilihan yang dipelajari oleh kebanyakan Melayu beragama Islam.
Status etnik Melayu di Singapura
Etnik Melayu dikelaskan sebagai etnik minoriti di Singapura. Etnik Melayu di Singapura tetap diiktiraf sebagai etnik masyarakat asli menurut Perlembagaan Singapura, Perkara XIII, Provisi Umum, Minoriti dan kedudukan istimewa etnik Melayu, seksyen 152:
Kerajaan mesti menguatkuasakan fungsi-fungsinya yang luhur untuk mengiktiraf kedudukan istimewa etnik Melayu, dimana masyarakat asli bagi Singapura, dan berdasarkan itu adalah menjadi tanggungjawab bagi Kerajaan untuk melindungi, menjaga, membantu, memperkasa dan menggalakkan (hal ehwal) politik, pendidikan, keagamaan, ekonomi, sosial dan faedah kebudayaannya dan bahasa Melayu.
Lihat juga
Rujukan
- ^ Census of Population 2020 Statistical Release 1: Demographic Characteristics, Education, Language and Religion (PDF). Department of Statistics, Ministry of Trade & Industry, Republic of Singapore. 2021. ISBN 978-981-18-1381-8.
- ^ "20% of Singapore residents have no religion, an increase from the last population census". Channel News Asia (dalam bahasa Inggeris). 2021-06-16. Dicapai pada 2021-06-17.
- ^ http://www.unhcr.org/refworld/docid/49749cb046.html
- ^ a b Lily Zubaidah Rahim; Lily Zubaidah Rahim (9 November 2010). Singapore in the Malay World: Building and Breaching Regional Bridges. Taylor & Francis. m/s. 24. ISBN 978-1-134-01397-5.
- ^ Saw Swee-Hock (March 1969). "Population Trends in Singapore, 1819–1967". Journal of Southeast Asian History. 10 (1): 36–49. doi:10.1017/S0217781100004270. JSTOR 20067730.
- Asas 50
- Year 2010 Census Report Singapore:Key Population Indicators Diarkibkan 2012-07-05 di WebCite
- Year 2010 Census Report:Key Indicators of Resident Population Diarkibkan 2011-03-03 di Wayback Machine
- Report on religion in Singapore by Exploitz.com, a public domain information from the US State Department Country Guide
- Singapore Book Of Records