மியான்மர் தமிழர்கள் / பர்மா தமிழர்கள் | |
|---|---|
| Jumlah penduduk | |
| 1,000,000 - 1,500,000 2.5 - 3.0% dari keseluruhan penduduk Myanmar | |
| Kawasan ramai penduduk | |
| Terutamanya di Burma Bawah dan Mandalay | |
| Bahasa | |
| Bahasa Myanmar, Tamil | |
| Agama | |
| Majoriti: Hinduisme Minoriti: Islam · Nasrani · Buddha |
Tamil Myanmar atau Tamil Burma ialah orang yang berketurunan etnik Tamil yang menetap di Myanmar . Tamil membentuk majoriti kominiti India di Myanmar (Burma).


Orang Tamil telah menjalin hubungan awal dengan Myanmar pada abad pertama atau kedua Masihi Empayar Chola di Tamil mempunyai hubungan perdagangan dengan pelbagai kerajaan di Burma. Migrasi besar-besaran orang Tamil ke Myanmar bermula semasa era penjajahan British. . Secara tradisinya, Tamil Burma mencari rezeki sebagai pedagang, peniaga, dan pemilik kedai serta pekerja manual seperti buruh kontrak (disebut secara pejoratif sebagai “coolie”); pekerja pelabuhan, kakitangan perbandaran, pemandu beca, dan pemandu kereta kuda. Mereka juga banyak terlibat dalam profesion tertentu seperti pegawai awam, pensyarah universiti, ahli farmasi, optik, peguam, jurutera, dan doktor.
Menurut laporan pada tahun 1966, terdapat kira-kira 200,000 orang Tamil di Myanmar. [1] Sejak Perang Dunia Kedua,, bilangan Tamil menurun dengan ketara dan ramai yang melarikan diri kembali ke India serta ke negara lain seperti Malaysia dan Singapura. Burma Bazaar di Tamil Nadu telah ditubuhkan pada tahun 1969 oleh pelarian Tamil Myanmar.
Antara tahun 1940 hingga 1942, ramai orang Tamil Malaysia dan Tamil Myanmar telah dipaksa oleh penjajah Jepun untuk bekerja membina landasan kereta api sepanjang 415 kilometer (258 batu) antara Thailand dan Burma. Lebih 150,000 orang Tamil meninggal dunia sepanjang projek tersebut akibat haiwan berbisa, penyakit, keletihan, serta penyeksaan oleh tentera Jepun.[2]
Lihat juga
- Tamil
- Orang India Burma
- agama Hindu di Myanmar
Rujukan
- ^ Ralat petik: Tag
<ref>tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaTamils 2007 - ^ "The real Kwai killed over 1.50 lakh Tamils". The Hindu. 27 August 2016. Dicapai pada 30 January 2017. Retrieved 30 January 2017








