PKW | |
Kerangka | |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Pusat Kesenian dan Warisan |
Tapak web | pkw.unisza.edu.my |
Sejarah | |
Dibentuk | 1 Januari 2008 |
Pengurusan | |
Pengarah | Shahzool Hazimin bin Azizam |
Organisasi induk | Universiti Sultan Zainal Abidin |
Lokasi | |
Ibu pejabat | Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin, Kuala Nerus, Terengganu, Malaysia |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pusat Kesenian dan Warisan (PKW) ialah sebuah pusat di bawah seliaan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA), Terengganu, Malaysia.
Fungsi-fungsi utama PKW:
• Untuk memakmurkan bidang kesenian dan kebudayaan di kalangan mahasiswa dan kakitangan UniSZA. • Untuk meyediakan perkhidmatan dan bantuan dalam pelaksanakan aktiviti-aktiviti kesenian dan kebudayaan di kampus UniSZA. • Menyediakan ruang dan peluang kepada semua pelajar UniSZA yang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti kelab-kelab kesenian seperti ;
1. Kelab De'Mahameru ( Muzik Moden). 2. Kelab Pesona Tari (Tarian Tradisional/ Rakyat / Moden). 3. Kelab Muzik Gamelan. 4. Kelab Citra Pusi (KERiSZ). 5. Kelab Koir. 6. Kelab Dikir Barat (Arjuna Warisan). 7. Kelab Nasyid. 8. Kelab Qasidah (Hadi Ar-Rukhban). 9. Kelab Teater (Anjung Kreatif). 10. Kelab Media Seni & Pengurusan Teknikal (KMSPT)
• Untuk membantu meningkatkan nilai apresiasi seni kepada masyarakat kampus terhadap hasil kesenian, kebudayaan dan warisan. • Memulakan jaringan kerjasama inter-disiplin dengan semua pihak di dalam dan luar Universiti. • Memakmurkan aktiviti dalam bidang kesenian, kebudayaan dan warisan negeri Terengganu khususnya dan Malaysia amnya. [1]
Sejarah penubuhan
PKW mula beroperasi pada 1 Januari 2008 dengan nama asal Pusat Seni & Warisan (PSW) sebelum dinamakan semula sebagai Pusat Kesenian dan Warisan (PKW).[1]
Aktiviti utama
PKW aktif menganjurkan dan menyokong pelbagai aktiviti seni kreatif, pementasan dan budaya seperti Podcast Kalang Warisan, Stesen Radio Internet Pesona FM, Pesona TV, dokumentasi seni kreatif dan persembahan pentas seperti teater muzikal, dikir barat, gamelan, nasyid, qasidah, koir, kugiran dll.
Struktur organisasi
Pengarah PKW semasa ialah Pensyarah Universiti **Shahzool Hazimin bin Azizam**, dibantu oleh pegawai seperti Pegawai Kebudayaan, Pembantu Kebudayaan, dan pegawai pentadbiran lain.[2]
Lihat juga
Rujukan
- ^ a b "About PKW UniSZA". Universiti Sultan Zainal Abidin. Dicapai pada 13 Ogos 2025.
- ^ "Direktori Staf PKW". Universiti Sultan Zainal Abidin. Dicapai pada 13 Ogos 2025.