Jenis/bentuk sah | Syarikat milik persendirian |
---|---|
Industri | Makanan dan minuman |
Ditubuhkan | 2013 |
Pengasas | Nor Qaiyum Muhamad dan keluarga |
Keluaran | Restoran makanan barat, daging perap sejuk beku |
Pemilik | Nor Qaiyum Muhamad |
Tapak web | https://www.pakmatwestern.com/ |
sunting · sunting di Wikidata![]() |
Pak Mat Western ialah rangkaian restoran makanan barat dan pengeluar produk makanan sejuk beku dari Malaysia. Diasaskan pada tahun 2013, perniagaan ini berkembang daripada sebuah warung kecil menjadi jenama yang dikenali dengan cawangan restoran fizikal dan pengedaran produk daging perap ke seluruh negara. k
Sejarah
Pak Mat Western dimulakan oleh Nor Qaiyum Muhamad dan adik-beradiknya, yang mengambil alih lot kedai milik keluarga di Bukit Minyak, Pulau Pinang pada tahun 2013. Nama "Pak Mat" dipilih sebagai penghormatan kepada arwah bapa mereka. Pada awalnya beroperasi sebagai kedai makan kecil, perniagaan ini berkembang dengan pembukaan cawangan di Kulai, Alor Setar, Ipoh, dan lokasi lain.
Sejak tahun 2020, syarikat turut memasarkan produk daging perap sejuk beku seperti ayam, kambing dan itik melalui pengedar dan sistem stokis, serta menembusi pasaran Singapura dan Brunei.[1]
Penjenamaan dan pemasaran
Jenama ini terkenal dengan pendekatan pemasaran yang kreatif, termasuk menghasilkan kandungan video satira yang memaparkan tokoh seperti Mat Kilau, Barkoba dan figura politik. Pada November 2024, pelakon dan penyanyi Fattah Amin dilantik sebagai Ketua Pegawai Pemasaran.[2][3][4]
Manakala pada Mac 2025, pelakon veteran Kakcik Yah diumumkan sebagai duta rasmi syarikat.[5]
Kontroversi
Pak Mat Western pernah berdepan dakwaan kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja. Pihak syarikat telah menafikan tuduhan tersebut dan memberikan penjelasan rasmi kepada media.[6][7]
Pemilik
Pemilik utama perniagaan ini ialah Nor Qaiyum Muhamad, yang turut menerima Anugerah Qudwatur Rasul Shabab pada tahun 2019 mewakili sumbangan syarikat kepada komuniti.[8]
Cawangan
Antara lokasi utama termasuk:
- Bukit Minyak, Pulau Pinang
- Kulai, Johor
- Alor Setar, Kedah
- Ipoh, Perak
Pada Oktober 2023, mereka turut melancarkan jenama Mat Coffee sebagai cabang kopi dan minuman moden.
Lihat juga
Rujukan
- ^ https://www.pakmatwestern.com/tentang-kami/
- ^ https://malaysiagazette.com/2024/11/19/fatah-amin-dilantik-ketua-pegawai-pemasaran-pak-mat-western/
- ^ https://sg.style.yahoo.com/fattah-amin-appointed-pak-mat-063300179.html
- ^ https://siakapkeli.my/2024/11/21/fattah-amin-kini-ketua-eksekutif-pemasaran-pak-mat-western
- ^ https://www.mstar.com.my/lokal/semasa/2025/03/18/kakcik-yah-faham-skop-kerja-seronok-jadi-duta-pakmatwestern-jawab-tuduhan-tunggang-populariti-warga-emas
- ^ https://thevocket.com/pak-mat-western-nafi-cuas-bayar-gaji/
- ^ https://www.malaysiadateline.com/bagi-infak-sana-sini-tapi-bekas-pekerja-dakwa-pak-mat-western-liat-bayar-gaji/
- ^ https://dailyniaga.com/kisah-owner-pak-mat-western/1493