Pancha Sitara | |
|---|---|
| Genre | Melayu Asli |
| Pekerjaan | Penyanyi |
| Tahun aktif | 1955–2000 |
| Syarikat rakaman | Warnada Records Life Records |
| Kegiatan berkaitan | Datuk Zain Hamzah H. M. Rohaizad |
| Bekas anggota | P. Ramlee Ahmad C Kassim Masdor Aziz Jaafar Normadiah Saloma Ahmad Daud Ahmad Fauzee Dian P. Ramlee Anuar Rizman Zainal Merican Nias Ahmad Nasir P. Ramlee Aziz Sattar |
| sunting · sunting di Wikidata | |
Pancha Sitara merupakan sebuah kumpulan muzik yang ditubuhkan oleh P. Ramlee dan Datuk Zain Hamzah pada tahun 1955. Kumpulan ini dianggotai empat penyanyi lelaki bersama seorang penyanyi wanita. Kumpulan ini tampil dengan imej berkaca mata hitam kerana salah seorang anggotanya, Ahmad C seringkali mengenakan cermin mata hitam. Mulai saat itu sebagai ketua kumpulan, P. Ramlee mengarahkan semua ahli Pancha Sitara memakai cermin mata hitam.[1][2][3]
Sejarah
Pancha dalam bahasa Sanskrit bermaksud lima manakala Sitara pula bermaksud penyanyi. Pancha Sitara bermaksud Lima Penyanyi yang dianggotai empat penyanyi lelaki dan seorang penyanyi perempuan.
Pancha Sitara ditubuhkan untuk memberi satu corak baru kepada lagu-lagu Melayu dan membendung pengaruh muzik pop Barat seperti The Beatles dan The Platters yang diikuti dengan pop yeh-yeh. Bagi P. Ramlee, muzik pop Barat hanya mementingkan bunyi yang kuat dari mutu lagu itu sendiri.
Pancha Sitara boleh dikatakan sebagai kumpulan berharmoni pertama dalam industri seni hiburan Melayu kerana tiada kumpulan yang seumpama diketahui sebelum kumpulan ini ditubuhkan.
Pemuzik-pemuzik yang mengiringi kumpulan pimpinan P. Ramlee ini pada awal penubuhannya ialah Ahmad Kassim (Piano), Yusof B (Tenor Saxophone), Osman Ahmad (Double Bass) dan A. Rahim (Dram). Mereka juga dikenali sebagai P. Ramlee Quartet.
Penukaran Ahli
Pancha Sitara mempunyai sebab tersendiri mengapa kumpulan ini melalui pertukaran anggota pada tahun 1960. Satu peraturan telah ditetapkan oleh P. Ramlee dimana ahli kumpulan tidak dibenarkan bercinta antara satu sama lain. Naluri semulajadi manusia tiada siapa yang dapat menghalangnya, akhirnya Aziz Jaafar dan Normadiah jatuh cinta dan terpaksa meninggalkan kumpulan Pancha Sitara.
Kekosongan itu diisi oleh Ahmad Daud dan Saloma. Pancha Sitara II pada masa itu ialah P. Ramlee, Ahmad C, Kassim Masdor, Ahmad Daud dan Saloma. Ironinya, cinta P. Ramlee dan Saloma dikatakan berputik setelah Saloma menyertai Pancha Sitara. Kali ini lain pula ceritanya, menurut Kassim Masdor berikutan peraturan ahli kumpulan dilarang bercinta sesama sendiri yang dibuat oleh P. Ramlee, tiada apa yang berlaku kepada P. Ramlee dan Saloma dan mereka kekal dalam Pancha Sitara.
Hasil idea penggubah lagu dan pembantu pengarah H.M. Rohaizad, Pancha Sitara diberi peluang untuk muncul dalam filem Labu Labi pada tahun 1962 arahan P. Ramlee. Terdapat juga sebuah filem khas yang ingin menampilkan anggota Pancha Sitara sebagai bintang utama tetapi gagal direalisasikan oleh kerana pemergian mengejut H.M. Rohaizad yang bertindak sebagai penulis cerita dan skrip bagi filem itu.
Setelah pemergian P. Ramlee pada tahun 1973, nama Pancha Sitara seolah-olah terkubur sama. Atas daya dan usaha pelakon dan penyanyi Ahmad Fauzee yang juga peminat utama P. Ramlee, Pancha Sitara dihidupkan kembali pada awal tahun 1980-an. Pancha Sitara III dianggotai Ahmad Fauzee, Anuar Rizman, Zainal Merican, Nias Ahmad dan Dian P. Ramlee. Pancha Sitara III sempat merakamkan dua album bersama Warnada Records.
Masa berlalu dan Pancha Sitara seolah akan terkubur lagi apabila anggota Pancha Sitara III tidak dapat bertahan kerana mempunyai komitmen masing-masing. Namun atas semangat takkan melayu hilang didunia, anggota asal kumpulan ini menghidupkan kembali Pancha Sitara pada tahun 1990. Kali ini Aziz Jaafar, Normadiah dan Ahmad Daud bergabung dengan Nasir P. Ramlee dan membawa Aziz Sattar dalam Pancha Sitara Edisi Keempat. Pancha Sitara IV hanya merakamkan dua album bersama Life Records.
Ahli-Ahli
Pancha Sitara (1955)
- P. Ramlee
- Ahmad C
- Kassim Masdor
- Aziz Jaafar
- Normadiah
Pancha Sitara II (1960)
- P. Ramlee
- Ahmad C
- Kassim Masdor
- Ahmad Daud
- Saloma
Pancha Sitara III (1980)
- Ahmad Fauzee
- Anuar Rizman
- Zainal Merican
- Nias Ahmad
- Dian P. Ramlee
Pancha Sitara IV (1990)
- Aziz Jaafar
- Ahmad Daud
- Nasir P. Ramlee
- Aziz Sattar
- Normadiah
Diskografi
Album
| Tajuk | Maklumat Album |
|---|---|
| Kembali Menjelma |
|
| Sejuta Rasa |
|
| Rampaisari Aidilfitri |
|
| Kegemilangan Pancha Sitara |
|
Lagu - Lagu
Kembali Menjelma (1988)
| No. | Tajuk | Penulis | Gubahan | Masa | |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | "Rangkaian lagu-lagu popular 1. Malaysia Baru (Aziz Jaafar) 2. Lagak Berani (Aziz Sattar) 3. Cahaya (Normadiah) 4. Malam Pesta (Aziz Jaafar) 5. Pi Mai Pi Mai Tang Tu (Nasir P. Ramlee)" | Ahmad Jaafar, Omar Nawab, Jamil Sulong, Omar Rojik | Kassim Masdor, Osman Ahmad, Ahmad Jaafar, Omar Nawab | 6:26 | |
| 2. | "Aku Bermimpi (Aziz Jaafar)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 2:53 | |
| 3. | "Kami Tetap Berlima (Aziz Sattar)" | Aziz Sattar | Akhbar Nawab | 2:46 | |
| 4. | "Darah Muda (Normadiah)" | S. Sudarmaji | Kassim Masdor | 3:20 | |
| 5. | "1001 Malam (Nasir P. Ramlee)" | Ahmad Jaafar | Ahmad Jaafar | 2:54 | |
| 6. | "Aku Dah Jatuh Hati (Ahmad Daud)" | Pancha Sitara | Abass Akbar, Ahmad Nawab | 4:13 | |
| 7. | "Berkasih Dalam Hati (Normadiah)" | Habsah Hassan | Omar Taib | 4:12 | |
| 8. | "Manusia (Aziz Sattar)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 3:03 | |
| 9. | "Resam Dunia (Ahmad Daud, Normadiah)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 3:27 | |
| 10. | "Kembali Menjelma (Aziz Jaafar)" | Ahmad Jaafar | Ahmad Jaafar | 3:28 | |
Sejuta Rasa (1990)
| No. | Tajuk | Penulis | Gubahan | Masa | |
|---|---|---|---|---|---|
| 1. | "Medley 1. Nusa Jaya (Ahmad Daud) 2. Lagak Berani (Aziz Sattar) 3. Kumbang Dengan Bunga (Normadiah) 4. Sindir Oh Sindir (Aziz Jaafar) 5. Bunyi Gitar (Nasir P. Ramlee)" | Jamil Sulong, S. Sudarmaji | Kassim Masdor, P. Ramlee, Yusof B | 6:03 | |
| 2. | "Bila Mama Pakai Celana (Aziz Sattar)" | S. Sudarmaji | Aziz Jaafar, P. Ramlee | 3:17 | |
| 3. | "Dengarlah Gelama Hati (Ahmad Daud)" | Jamil Sulong | P. Ramlee | 3:18 | |
| 4. | "Penggodaan (Normadiah)" | Osman Ahmad | Osman Ahmad | 3:21 | |
| 5. | "Jatuh Tangga Timpa Tangga (Nasir P. Ramlee)" | Nasir P. Ramlee | P. Ramlee | 3:14 | |
| 6. | "Aku Debuk (Aziz Jaafar)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 3:26 | |
| 7. | "Oh Mama Saya Mahu Kahwin (Aziz Sattar)" | Aziz Sattar | – | 3:34 | |
| 8. | "Ku Rindu Padamu (Nasir P. Ramlee)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 3:37 | |
| 9. | "Hamidah (Ahmad Daud)" | S. Sudarmaji | P. Ramlee | 4:25 | |
| 10. | "Mengapa Riang Ria (Aziz Jaafar, Normadiah)" | H.M. Rohaizad | P. Ramlee | 3:30 | |
Rujukan
- ^ "Perjalanan Menarik Kumpulan Panca Sitara". carmahlms.com. Dicapai pada 2025-08-14.
- ^ "Kaset Panca Sitara". Dicapai pada 2025-08-14.
- ^ "Pancha Sitara: Band Yang Dianggotai Oleh P.Ramlee Yang Dilupakan - The Patriots" (dalam bahasa Inggeris). 2020-06-22. Dicapai pada 2025-08-14.
Pautan luar
- Diskografi Panca Sitara di Discogs









